BAB 84

2.7K 131 7
                                    

"Kakak! Abang Iz datang!" lantang suara Nayla memanggil Natashya pada petang hari Sabtu itu.

Berkerut dahi Farel yang mendengar akan suara Nayla itu ketika dia sedang mandi.

Kepalanya baru diletakkan syampu rambut, boleh pula Izham datang petang itu. Bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup turut didengari oleh Farel. Buat pertama kalinya, Farel mempercepatkan tempoh masa dia membersihkan diri. Secepat mungkin sabun badan digosok pada badannya dan juga pencuci muka membasuh wajah licinnya.

Setelah itu, Farel segera membalut tuala mandi di pinggangnya. Langkah kaki diatur keluar, tiada Natashya di dalam bilik tidur itu. Farel menjengah ke luar jendela bilik tidur Natashya dan dapat dilihat Izham menunggang motosikal pulang, manakala Natashya melambai sambil tersenyum bersama bungkusan kecil di tangan kanannya.

Tidak lama kemudian, Natashya melangkah masuk semula ke dalam bilik tidurnya. Terkejut si isteri apabila encik suami merenungnya tajam dengan hanya bertuala mandi.
"Tak sejuk ke?" spontan Natashya berkata dan kuih popia carbonara di dalam bungkusan plastik kecil itu diletakkan atas rak di sisi katil.

"Apa tu?" Farel mendekati bungkusan plastik kecil itu.
"Popia carbonara. Aku punya." ujar Natashya.
"Daripada mana dapat?"
"Iz yang bagi." perlahan Natashya berkata. Pandangannya segera dialihkan daripada menatap lama tubuh Farel yang tidak berbaju itu.

"Tak malu ke petang-petang datang rumah, cari isteri orang?"

"Aku yang pesanlah. Kebetulan dia lalu dekat pasar malam."

"Macam mana tahu mamat tu lalu depan pasar malam?" Farel membalas dengan soalan lagi.

"I'm sorry, Farel but he has a name. His name is Izham. Dia yang beritahu aku dia lalu situ. Lagipun Iz tahu, aku memang suka popia dekat situ. Jadi, ada masalah ke, Encik Farel?"

"Memang ada masalah. Why don't you let me buy it for you? Why must him, Natashya?" Farel sudah bercekak pinggang.

"Kau tak faham istilah 'kebetulan' ke?" Natashya mengeluh kecil.
"Aku tahu dan faham. Cumanya mamat tu buatkan aku seperti seorang suami yang tak berguna."

Berkerut dahi Natashya memandang ke arah Farel yang terlebih dramatik itu.
"Popia je pun?"
"Terpulanglah Nat, esok aku balik rumah kalau pampers atau barang anak-anak tak cukup, bolehlah suruh dia belikan juga. Kan?" Farel menyalin pakaiannya berdekatan almari. Natashya seakan-akan terleka sebentar ketika otot pada belakang badan Farel menghiasi pandangannya.

"Diam je, betullah tu."

"Apa yang betul?" soal Natashya kembali. Farel mengetap rapat rahangnya dan mendekati Natashya. Kemudian, Farel mengetuk dahi isterinya.

"Aauuuuwww." Natashya menggosok laju dahi licin yang diketuk itu.

"Sekurang-kurangnya, Iz tunaikan apa yang aku nak. Kau ada buat macam tu tak, Farel?" Natashya menumbuk kasar dada bidang Farel. Geram. Bertambah suram wajah encik suami sebaik sahaja Natashya berkata-kata.

"Masih tak terlambat kan untuk abang perbetulkan semula? Abang bagi awak masa sampai hari Jumaat minggu depan, untuk awak pilih satu atau banyak hidangan yang nak abang masak." Farel mengusap perlahan rambut Natashya.

"Nak mandilah." Natashya segera menukar topik perbualan mereka. Walhal, hati dah sebak dan meronta-ronta untuk mengalirkan air matanya.

"Abang tahu awak dengar, harapnya minggu depan abang balik, awak dah ada senarai makanan untuk abang." Farel memandang Natashya yang sedang mengambil tuala mandinya.

Farel tersenyum nipis dan melangkah ke katil bayi pula. 'Penguat papa.'

- - -

Seusai Natashya menunaikan solat Isyak, kakinya diatur menuju ke katil bayi. Faris terus tersenyum riang apabila melihat Natashya berada dengannya. Manakala, Fateh pula masih tidur.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now