BAB 75

3.2K 134 16
                                    

Lagu: Masihkah Ada Rasa Itu oleh Misha Omar

🌻🌻🌻

"Na, tolong urutkan kaki aku boleh tak? Susahlah nak berjalan. Sakit." Natashya memuncung meminta simpati.

"Kau yang degil sangat nak berjalan sana sini. Aku suruh duduk rumah je pun." bebel Aina tetapi langkah kaki masih mengatur masuk ke dalam bilik untuk mengambil minyak angin.
"Marah ke?" Natashya tersenyum lebar.

"Bukan marah, bebel."

"Lepas ni bila aku tak ada, bilik tu jangan buat stor weyh. Kau buat le bilik letak baju-baju kau yang menimbun tu."

"Tak naklah, nanti kau gaduh dengan Farel lagi, kau tak ada tempat nak tidur kalau datang sini."

"Kalaulah aku gaduh lagi. Entah-entah aku dah terbang tinggi ke langit."

Aina memandang Natashya bersama kerutan di dahinya. "Kau cakap apa ni, Nat? Kau high ke?"

Natashya mencubit lengan Aina, persis seorang mak-mak.

Aina terduduk di atas kerusi menunggu. Kata-kata daripada doktor itu seakan-akan mimpi buatnya. Baru sahaja tadi mereka bergelak tawa memikirkan masa depan anak-anak yang dikandungkan oleh Natashya sebelum pergi ke pusara Irsyad.

Eijaz turut terkejut akan berita pemergian Natashya itu. Walhal, kawannya itu kelihatan baik-baik sahaja. Eijaz mengusap perlahan kepala Aina, cuba menenangkan tangisan kekasih hati yang tidak henti itu.

Qays pula meraup wajahnya. Ingatannya kembali pada waktu mereka berempat meluangkan masa bersama seminggu yang lalu.

"Sengih bukan main lebar lagi. Awak tengok apa tu, Nat?" ujar Qays.

"Tengok video ni hah, cute gila. Nanti anak-anak saya macam ni ke dengan korang?" Natashya menunjukkan video seorang kanak-kanak perempuan dimanjakan oleh pakcik-pakcik saudaranya.

"Betullah tu, nanti aku ajar anak kau Taekwondo. Kalau perempuan dia boleh protect diri sendiri, kalau lelaki dia boleh protect perempuan. Baru gentleman." Eijaz mengangguk, berbangga diri.

"Janji? Sebab aku tak sentiasa ada dengan anak-anak nanti." Natashya memandang Eijaz dan Qays bersilih ganti.
"They're lucky to have me as their uncle though. No doubt." Qays tertawa kecil.

"Make sure, kahwin dengan Faqihah. Awak tak kahwin dengan adik ipar saya, siap eh."

"Dengar tu, Qays. Jangan pasang perempuan kiri kanan." Aina menggoyangkan jari telunjuknya.
"Lahhh mana ada." nafi Qays.

- - -

"Abang, saya kepilkan kad kebenaran ni dekat buku pink tau. Risaulah abang letak bersepah-sepah nanti." Natashya mengambil stapler di atas meja kerja Farel dan kad kebenaran masuk ke wad bersalin itu dikepilkan sekali dengan buku pink miliknya.

"Abang baru nak simpan dalam wallet."

"Tak boleh, nanti kalau abang tertingal wallet macam mana? Kalau waktu tu abang kelam kabut, kan susah nanti." Natashya menggelengkan kepalanya.

"Benda penting macam ni takkan abang lupa, bintang hati."

"Saya cuma paranoid je. Biar je ada dekat buku pink ni. Senang sikit. Lagipun saya nak abang teman dekat dalam labour room nanti. Takutlah sorang-sorang." Natashya mengambil tempat di atas peha Farel. Kepalanya disandarkan pada dada bidang milik encik suami.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now