BAB 82

2.8K 135 7
                                    

Lagu: Sumpah dan Cinta Matiku oleh Nidji

🌻🌻🌻

"Nanti, kirim salam mummy dengan daddy dekat sana tu."

"Awak tu, abang nak pesan jangan buat kerja-kerja berat. Ibu mengadu yang lepas je awak dah berseluar, bukan main berjalan ke sana sini. Angkat itu ini." Farel menggelengkan kepalanya.

"Bukan buat kerja berat pun. Kalau tak buat apa-apa bosanlah."

"Hah menjawab. Berjalan tu slow slow sikit. Jangan laju macam pelesit. Lusa abang balik sana, nak dengar apa yang ibu mengadu pada abang pasal awak."

"Kecoh je lah dia ni." Natashya memutarkan bebola matanya.

"Tunggulah abang balik nanti, siap awak. Dah pukul berapa ni, anak-anak tak tidur lagi ke?"

Natashya memandang ke arah Falique dan Falisha yang sedang berbual bersama si kembar kecil macam mereka memahami kata-katanya.
"Sekejap lagi diaorang tidurlah. Bukan esok sekolah pun."

"Jangan biasakan diaorang tidur lewat, bintang hati. Awak tu pun, jangan nak berjaga sampai lewat malam, nanti tak cukup rehat nak jaga anak-anak semua."

"Ye." balas Natashya sepatah. Telefon pintar dihulurkan kepada Falique dan Falisha semula.

"Papa suruh Isha dengan Falique tidur sekarang." kata Natashya.
"Okay, papa pun tidur tau. Esok nak work kan?" ujar Falisha sambil melambaikan tangannya dengan ceria.

"Good night, sweethearts. Papa loves you. Ask mummy to kiss you for me and you should do the same to her." Farel tersenyum manis pada Falique dan Falisha. Segera mereka mendekati Natashya dan mengucup sayang kedua-dua belah pipi umi mereka.

"Anak-anak umi dah boleh tidur ye." Natashya mengucup pipi si kembar besar dan juga si kembar kecil.

"Selamat malam, papa." Falique melambaikan tangannya sebelum memberi telefon pintar itu kepada Natashya semula.

"Jumpa lusa nanti, bintang hati abang. Bye, I love you."

Natashya mengangguk kecil dan mereka serentak mematikan panggilan video tersebut. Lampu bilik tidur itu dimatikan dan hanya lampu tidur kecil yang menyala malap. Natashya tersenyum senang apabila melihatkan katil tempatnya tidur dipenuhi oleh dua pasangan kembar itu. Meriah.

Tipulah kalau Natashya tidak merindui encik suaminya sepanjang lima hari ketiadaan Farel setiap minggu. Tetapi, bila encik suami sudah ada depan mata, ada sahaja hal yang ingin dikatakan untuk menyakitkan hati Farel yang penuh kesabaran itu.

Nampak banyak perubahan pada Farel sejak Natashya menetap di Melaka. Encik suaminya itu lebih banyak bersabar dan berkata sopan kepada dirinya. Kalau difikirkan balik, encik suami yang dahulu ketika Natashya masih bergelar seorang guru pada Falique dan Falisha adalah encik suami yang bengis. Pantang buat salah terus dihambur tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Mungkin Tuhan nak mengajar Natashya pada saat ini ketika wajah anak-anak lelakinya saling tak tumpah dengan wajah Farel begitu juga dengan Falique yang persis Farel versi kanak-kanak. Dugaan.

"Selamat malam anak-anak umi." Natashya mengucup sayang dua pasangan kembar itu. Falisha memeluk pinggang Natashya, satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Mujur Falique dan Falisha tidak tidur lasak, jadi bolehlah si kembar kecil turut tidur bersama abang dan kakak mereka, menemani Natashya yang berseorangan.

Natashya memandang anak-anaknya bersilih ganti sehingga dia terlelap dengan sendirinya.

- - -

Entah kenapa, Natashya seakan-akan menunggu ketibaan hari Jumaat pada minggu itu. Kenapa? Mungkin tak sabar kerana teman bergaduhnya akan pulang pada hari itu. Natashya memandang telefon pintar di tangan. Tiada mesej daripada Farel. Kebiasaannya encik suami akan menelefon atau menghantar pesanan ringkas jika dia sudah memulakan perjalanan pulang.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now