BAB 34

3.7K 157 6
                                    

Lagu: Menang, Faizal Tahir

🌻🌻🌻

"Lamanya Farel duduk depan rumah tadi. Dia nampak orang yang mencurigakan ke?" Soal Aina yang melabuhkan punggungnya di sebelah Natashya.

"Entah" Natashya memeluk lengan Aina dan bersandar pada bahu kawan baiknya itu.

"Korang gaduh ehhhhh" gurauan Aina mendapat jelingan tajam daripada Natashya.
"Mana kau tahu ni? Muka aku ni tak pandai nak menipu ke?"

Terbeliak biji mata Aina apabila gurauan mengena tepat pula.

"Sumpahlah babe! Whyyyy?" Aina menggoyangkan kedua-dua bahu Natashya.
"Aku nak putuskan pertunangan ni. Aku tak rasa ada masa depan untuk aku dengan Farel" Natashya memandang sepi balang biskut coklat di atas meja kopi itu. Tidak terasa untuk memakannya lagi.

"Kau dah bagitahu Farel pasal ni?"

"Dia bagi aku buat keputusan. It's all on me now" Natashya mengangguk dengan lemah.
"Jangan main gile hawau, majlis kau lagi 2 minggu. Eh takkk, tak sampai 2 minggu lagi tau. Kau nak cakap ape dengan ibu baba? Nak bagitahu yang kau tak nak kahwin sebab kau tak yakin dengan Farel? Macam tu? Nat, diaorang dah jemput sedare mare kau semua tau. Mak aku pun, ibu dah jemput. Takkan lah" Aina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Serabut. Padahal, baru sahaja Natashya pulang daripada makan malam bersama keluarga Farel tadi.

"Ape punce kau nak buat keputusan menonong ni? Kau cerita dekat aku ni jam jugak" kata Aina dengan loghat Melakanya.

"Padahal kau, tiap-tiap minggu balik Melaka sejak kau bertunang. Kalau kau tak rasa nak kahwin dengan Farel, daripada awal aku tak rasa yang kau akan bagi effort sampai macam tu. Lebih baik kau buat endah tak endah je dengan majlis kau" Aina memusingkan badan untuk menghadap Natashya sepenuhnya.

Tak semena-mena, air mata Natashya mengalir deras. Air mata yang ditahan itu akhirnya dilepaskan jua dihadapan orang yang paling dipercayainya.

Aina segera memeluk erat Natashya ke dalam dakapan. "Ada benda kau tak cerita dekat aku ke?"

"Aku keliru, Na....keliru dengan perasaan aku. Separuh hati aku masih ada sayang pada Luthfi, aku dah maafkan dia dan aku boleh terima kekurangan dia. Tapi, separuh hati aku lagi...memaksa aku untuk sayangkan Farel"

"Apa aku perlu buat, Na? Farel baik gila dengan aku, tapi aku macam dah hancurkan hati dia" Natashya mengesat air matanya dan merehatkan kepala pada bahu Aina.

"Sebelum ni, kau okay je tanpa Luthfi. Kenapa sekarang kau ubah fikiran macam ni?"

"Aku jumpa Luthfi pagi tadi.....Farel tahu, dia marah aku, so I have to be honest with him. I'm not ready for the marriage yet"

Natashya memandang pada jari jemari yang terasa kosong tanpa cincin di kedua-dua belah jari manisnya.

"Kau sanggup ke tunggu Luthfi untuk sihat macam sebelum ni? Ada guarantee untuk dia pulih dalam 2 ke 3 tahun ni?" Soal Aina pula. Natashya menggelengkan kepalanya.

"Aku sebagai kawan baik kau, nak kau gembira dengan pilihan hati kau. Tapi, kalau pilihan hati kau adalah Luthfi. Aku minta kau untuk minta petunjuk Allah. Luthfi tu ada baiknya tapi..... sepanjang kau dengan dia, aku tak nampak keceriaan yang sebenar pada diri kau" Aina mengusap perlahan bahu Natashya.

"Aku tak nak kau menyesal dengan keputusan yang kau akan buat. Minta Allah tunjukkan betul ke tidak keputusan yang kau bakal buat ni. Allah Maha Tahu Segalanya, Nat. Minta petunjuk Dia"

"Masa kau terima Farel dulu, kau ada buat solat istikharah tak?"

"Tak....aku ikut kata hati je"

"Ikut kata hati boleh mati, Nat. Buat solat istikharah, minta Allah tunjukkan jodoh kau sama ada Luthfi atau Farel, atau maybe bukan dua orang tu. Apa-apa pun keputusan kau lepas ni, aku sokong. Kau nak putus? Okay fine, aku teman kau untuk cakap dengan ibu baba. Kau nak teruskan perkahwinan ni? Aku boleh jadi pengapit kau" Aina mengesat air mata Natashya yang mengalir di pipi itu.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now