BAB 60

2.8K 95 4
                                    

Lagu: Natasha Bedingfield, Unwritten ❤️

🌻🌻🌻

Natashya mengusap perlahan perutnya yang semakin kelihatan ketika bersama rakan-rakan serta adik iparnya di bawah khemah kanopi itu.

Mereka sakan berbual mengenai hal-hal semasa.

"Umi, adik babies ada kick tak?" Soal Falisha.

"Awal lagilah untuk adik babies kick." Natashya mengucup dahi Falisha.

"Oh... ingatkan dah boleh rasa." Falisha tertawa kecil akan sikapnya.

"Isha tak sabar nak jadi kakak. Boleh peluk adik-adik, sayang diaorang."

"Bagusnya anak umi ni. Nanti jadi kakak yang baik ye." Natashya memeluk erat tubuh kecil Falisha di sebelahnya. Falisha segera mengangguk tanda setuju.

"Abang..." Natashya membelai perlahan tangan Farel yang berada di atas pehanya. Encik suami yang leka mendengar perbualan Eijaz dan Qays segera menoleh.
"Yes, bintang hati?"

"Ice cream tastes good right now." Natashya tersenyum lebar pada Farel disisinya. Sengaja memancing kebenaran encik suami.
"Nak perisa apa?" Farel terus memandang ke arah booth ais krim yang ditempah oleh Faqihah untuk majlis kesyukuran itu.

"Campur semua."

"Dah bagi peluang, bukan main meminta-minta." Farel menggelengkan kepala bersama senyuman manisnya.
"Sekali sekala lah, abang."

"Adik, cubalah cerita macam mana boleh kenal Qays ni?" Natashya tersenyum mengusik pada merpati dua sejoli di hadapannya setelah Farel meminta diri untuk mengambil ais krim yang diminta oleh Natashya.

"Terserempak je sebenarnya." Faqihah tertawa kecil. Malu apabila ada yang bertanya akan hal itu.
"Qays ni sebenarnya hero yang datang selamatkan Faqihah. Tak sangka pula boleh jatuh hati dekat kawan baik punya adik." jawab Eijaz bersahaja.

Eijaz dan Aina juga baru sahaja tahu mengenai hubungan Qays dan Faqihah. Sebelum ini, Qays hanya menyatakan kekasih hatinya bernama Kayyisa. Itu yang menimbulkan perasaan bengang pada Eijaz dan Aina.

Rupa-rupanya nama penuh pujaan hati Qays Al-Khair adalah Faqihah Kayyisa.

Mereka berdua langsung tidak tahu menahu mengenai wanita pujaan Qays ini sehingga Farel sendiri yang menangkap Qays serta adiknya di dapur sebentar tadi.

"Kau tahulah sebenarnya?" soal Natashya kembali.

"Tahu kisahnya, tapi tak tahu pula dengan adik bongsu Farel. Dasar perahsia. Macamlah aku dengan Eijaz akan kantoikan korang berdua pada Farel." kata Aina ketika memandang pada Qays yang sudah tersengih lebar itu.

"Perangai memang haram, boleh pula minta tips tackle perempuan pada bakal abang ipar sendiri." Eijaz memeluk tubuhnya.

"Hidup ni, Eijaz...kena bijak memahami situasi sekeliling." Qays mengangguk bangga. Eijaz memutarkan bebola matanya.

"Berani betul awak ni pergi tanya angah macam tu." Faqihah memandang Qays di sebelahnya.
"Saya memang berani orangnya. Alah setakat Farel tu, saya dah hadap ramai lagi orang jahatlah."

"Apa dia? Aku tak dengar." Farel menghulurkan ais krim yang diminta pada Natashya.
"Eh abang ipar...pergi mana tadi?" Qays tersengih lebar.

Daripada kembang bunganya, terus menjadi kuncup ketika Farel tiba-tiba muncul.

"Bila masa aku jadi abang kau?" tegas Farel berkata.

Eijaz tergelak besar apabila Qays tiba-tiba menjadi seperti kucing Parsi yang pemalu. Diam tidak berkutik apabila ditegur oleh Farel.
"Angah ni, mulut tu cuba cakap baik-baik sikit." tegur Faqihah pula.
"Habis tu, buah hati kau tu mengata belakang aku, boleh pula?"

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now