BAB 24

3.1K 150 0
                                    

"Saya kawan dia je" Farel segera menggelengkan kepalanya.

"Oh, kawan encik dalam keadaan yang stabil. Hanya luka di bahagian siku dan kakinya sahaja. Mujur juga pelanggaran itu tidak memberi impak yang besar" kata doktor lelaki itu.

"Pesakit akan dibawa ke wad dan saya nak minta encik untuk buat pendaftaran ke atas pesakit" sambungnya lagi.

"Boleh doktor" Farel mengangguk perlahan.

Tibanya Farel di kaunter pendaftaran, borang di tangan dipandang lama. 'Manalah aku tahu maklumat dia ni'

Farel menyumpah seranah dirinya sendiri. Main ikut sedap mulut sahaja bersetuju.

Telefon pintar Natashya yang masih hidup itu dipandang juga. Ada kata laluan. Farel mencuba '0000' pada kata laluan. Salah. Farel mencuba lagi meletakkan '1234' pada kata laluan itu.

Salah.

Tidak berputus asa Farel mencuba sehinggakan telefon pintar Natashya dikunci selama 10 minit kerana kata laluan yang salah telah dimasukkan beberapa kali. Jururawat yang bertugas hanya memandang ke arah dirinya yang jelas berserabut. Walhal hanya ada borang pendaftaran di tangan.

Telefon pintar Natashya berdering, laju sahaja Farel memandang.

Aina ❤️🤟 is calling

Panggilan segera dijawab. "Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam, eh siapa ni? Pak Kassim mana? Kau buat apa dengan phone kawan aku ni?"

"Farel's here"

"Ohh Farel...." Aina berdiam diri buat seketika.

"Eh Farel! Encik Farel? Macam mana boleh ada phone Nat? Kenapa Encik Farel pula dekat situ? Karl mana?" Soal Aina kembali.

"Memang daripada tadi aku dekat sini. Mana ada Karl" Farel mengerutkan dahinya. Sejak Natashya terbuat panggilan kepadanya, nama Karl sahaja yang didengari. Siapa Karl?

"Apa-apa jelah Encik Farel. Saya nak tahu keadaan kawan saya tu, doktor cakap apa?"

"Cedera ringan. Tapi, masih ditahan wad lagi sampai dia sedar" Farel mengetuk pen ditangannya perlahan pada atas kaunter pendaftaran itu.
"Alang-alang kau dah call, aku nak tahu maklumat cikgu Nat. Nak isi borang" kata Farel lagi.

"Maklumat yang mana?"

"Semualah, full name, address, age, IC number" Farel memandang semula pada borang tersebut. Satu persatu disebut oleh Aina melalui panggilan itu. Mujur sahaja rakan serumah Natashya itu menelefon, atau Farel akan setia merenung borang pendaftaran itu sehingga esok pagi.

"Saya on the way balik sana, terima kasih banyak-banyak Encik Farel sebab dah uruskan semua hal kawan saya tu" kata Aina sebelum ingin mematikan panggilannya.

"I was just helping what I can. I will stay here for a moment....just incase" Farel berjalan ke wad yang ditempatkan Natashya berada. Sebelum itu, Farel meminta agar Natashya ditempatkan di wad persendirian, mudah untuknya menjaga guru tadika itu.

Tetapi, disebabkan mereka tiada hubungan yang sah mahupun ahli keluarga, Farel tidak dibenarkan menjaga Natashya pada malam itu. Melawat sahaja dibenarkan.

Farel melihat ke dalam wad. Natashya yang sedang berehat itu dipandang sayu. Entah mengapa perasaan risau mula timbul untuk guru tadika itu.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now