BAB 29

3.3K 151 11
                                    

Lagu: Baik Baik Sayang - Wali Band

🌻🌻🌻

FAREL memberhentikan kereta Volkswagen Tiguan milik di hadapan pagar Tadika Ceria Bestari. Kebiasaannya, dengar sahaja kereta berhenti di hadapan pagar kecil itu, terus Falique dan Falisha keluar bersama Natashya. Tetapi, lain pula hari ini.

Farel melangkah keluar daripada kereta dan melihat pada pintu utama yang terbuka luas itu. Hatinya sudah berdetak dengan tidak baik.

Kakinya melangkah masuk ke halaman hadapan tadika itu dan jelas pada pandangannya kesan tompokan darah pada jalan tar. Farel dengan segera melangkah menuju ke pintu utama tadika yang sudah pun terbuka luas itu. Dua cawan teh o panas yang dibancuh oleh Natashya masih setia berada di situ bersama empat keping biskut kering di dalam pinggan kecil.

Beg-beg sekolah masih ada bersandar pada dinding. Beg tangan Natashya turut ada di atas sofa bersama telefon pintar.

"Falique! Isha!" Farel memanggil kedua-dua anaknya. Segera setiap bilik darjah dibuka luas, berharap si kembar ada bermain di dalam sana.

"Natashya!" Nama cikgu tadika itu turut dipanggil.

Namun tiada sahutan.

"Allahuakbar.... Astaghfirullahalazim..." Farel segera meraba poket seluar dan kot miliknya. Telefon pintar tiada bersama ketika itu. Dengan tenaga yang masih berbaki, Farel melangkah lemah ke arah kereta dan segera mencapai telefon pintarnya. Panggilan segera dibuat kepada pengusaha tadika iaitu Cikgu Salma.

"Assalamualaikum, Encik Farel. Saya dah maklumkan pada cikgu Nat ya..."

"Anak-anak saya tak ada.... Hilang..... Cikgu Nat pun tak ada..." Segera Farel memintas kata-kata Cikgu Salma. Jantungnya hampir sahaja tidak dirasakan denyutan ketika ini. Anak-anaknya hilang sekelip mata.

"Allah...macam mana boleh jadi ni..saya..saya segera ke sana. Encik Farel istighfar banyak-banyak. Telefon polis, saya akan ke sana sekarang" ujar Cikgu Salma.

Farel mematikan panggilannya.

Panggilan kepada Qays pula disambungkan. Tiada sebab untuk Farel merehatkan kepalanya sedangkan Natashya, Falique dan Falisha mungkin dalam bahaya.

Tempoh keemasan pencarian kes penculikan hanyalah selama 24 jam yang pertama. Lebih daripada itu, ia boleh jadi sesuatu yang mustahil untuk menjumpai mangsa culik itu.

Setelah menunggu hampir 15 minit, Qays datang bersama pegawai polis yang lain. Ketika itu, Cikgu Salma sudah berada di tadika bersama Farel.

"Ada contact Nat sebelum datang sini?" Soal Qays.
"Ada, 15 minit sebelum aku sampai sini" Farel mengiyakan soalan daripada Qays itu.

Qays memandang ke ruang atas Tadika Ceria Bestari. Jarinya menunjukkan ke arah CCTV yang berada di situ.

"CCTV tu berfungsi ke?" Soal Qays kepada Cikgu Salma.
"Ya Allah..saya lupa pasal CCTV tu. CCTV tu memang berfungsi, tuan" ujar Cikgu Salma. Telefon pintar di dalam beg tangan diambil.

"Encik Farel sampai sini pukul berapa ye?"

"Lingkungan pukul 6:30 petang" Farel mendekati Cikgu Salma yang memerhatikan rakaman litar tertutup CCTV pada telefon pintarnya.

"Saya nak tengok rakaman CCTV dalam lingkungan pukul 6 petang" ujar Qays.

Farel mengusap wajahnya ketika melihatkan rakaman tentang kejadian yang berlaku pada telefon pintar milik Cikgu Salma. Kakinya melangkah menjauhi pengusaha tadika dan juga Qays.

Qays mengikuti Farel dan mengusap dengan perlahan badan belakang Farel. Cuba menenangkan kawannya itu.

"Tengok dari rakaman ni, target diaorang macam Nat je. Tapi, sebab Falique dengan Isha halang, diaorang angkut sekali. Memang jahanam lah orang-orang macam ni" Qays mendengus kasar.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now