BAB 40

4K 137 6
                                    

Natashya dapat rasakan badannya dihimpit dengan beberapa orang di sebelah kanan dan kirinya.

Dengan mata yang masih terpejam rapat, Natashya cuba menolak. Serupa kena sleep paralysis ketika tidur.

Mata yang masih berat itu dibuka perlahan-lahan. 'Aku period ni, apa pasal kejut aku awal-awal pagi.' detik hati Natashya.

Alangkah terkejutnya Natashya apabila melihatkan senyuman Falique dan Falisha yang menghiasi pandangannya. "Umi dah bangun pun!"

"Umi mengantuklah....bagi umi tidur 10 minit lagi boleh, tak?" Natashya melelapkan kembali matanya.

"Papa yang suruh kejutkan umi." Falisha bersuara.

"Tapi, korang pun sama menempel dekat umi juga." Natashya tersenyum kecil ketika si kembar masih memeluk tubuhnya.

"Isha dengan Falique tidur je balik. Awal lagi nak bangun." sambung Natashya. Ini kalau Puan Elvina tahu perangai malas Natashya ketika datang bulan masih ada walaupun di rumah Farel, memang punggungnya dilibas dengan tali pinggang baba.

Sayup-sayup kedengaran suara Falisha dan Falique bercakap dengannya. Natashya kembali semula ke alam mimpi.

"Ya Allah...Isha dengan Falique kejutkan umi ke tak?" Farel sudah bercekak pinggang bersama songkok di kepalanya. Solat Subuh baru ditunaikan terlebih dahulu kerana telah menunggu Natashya lama di dalam biliknya tadi.

"Dah,umi yang tidur semula." Falique mengangguk laju.

"Cuba papa yang kejut. Mesti umi bangun." Falisha duduk di atas katilnya.

"Nat, kau nak Subuh gajah ke?" Farel menepuk perlahan lengan Natashya. Isterinya cuma memalingkan wajah menghadap ke arah Farel.
"Natashya Ammara." panggil Farel lagi.

"Bagi umi 5 minit je lagi." dengan lemah Natashya menunjukkan lima jari ke atas. Farel menggenggam tangan Natashya dan dikucup belakang tangan itu.

"Nat, solat Subuh dululah. Lepas tu, awak tidur semula." perlahan Farel berkata, serupa memujuk anak kecil untuk bangun solat.

Natashya mengesat mata dengan perlahan dan alangkah terkejut Natashya ketika melihat Farel yang berdiri di hadapannya. "Awak.."

"Saya tahu awak penat, tapi solat dulu." Farel mengusap perlahan rambut Natashya.
"Saya....ABC lah.." perlahan Natashya bersuara.
"ABC? Awak nak ABC pagi-pagi ni?" terbeliak mata Farel, mana nak dicarinya ABC pula.

"Eh bukan...saya..ABC...Allah Bagi Cuti." Natashya menggigit bibir bawahnya.
"Hari pertama ke?" Farel pula menyoalnya.

"Taklah, hari kedua." Natashya menggelengkan kepalanya. Farel melihat ke arah jam pintar di tangan dan kemudian dia mengangguk sedikit.

"Awak rehatlah. Saya nak sediakan breakfast."

"Eh, tak boleh tak boleh. Saya boleh sediakan breakfast dulu." Natashya segera duduk di atas katil Falisha.
"Tak apa lah umi, papa pandai masak tauuu.". Falique mengangguk laju.

"Umi pun pandai masak juga." Natashya mencari-cari sepit rambut yang dipakai semalam. Falisha tertawa kecil dengan gelagat Natashya di pagi hari dan menghulurkan sepit rambut yang hanya berada di sebelahnya sahaja.

"Isha dengan Falique nak siapa masak?" soal Farel.
"Papa!" jerit mereka serentak. Terus sahaja wajah Natashya mencuka.

"We've got the answer." Farel menepuk perlahan pipi Natashya dan langkah segera diatur keluar daripada bilik tidur anak-anaknya.
"Lain kali, jerit nama umi pula." pesan Natashya pada Falique dan Falisha sejurus turun daripada katil tidur anak kecil itu.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now