BAB 63

2.3K 86 7
                                    

"Umi, nak air tak?" soal Falisha secara tiba-tiba.

"Hah? Kenapa tanya umi macam tu? Umi boleh ambil sendirilah." Natashya tersenyum kecil.

"Bukan apa, papa suruh Isha jadi kakak yang baik. Tolong umi apa-apa pun yang Isha boleh bantu."

"Falique pun. Papa cakap macam tu juga." ujar Falique sambil tangannya dinaikkan ke atas. Padahal Falique sedang berbaring di hadapan televisyen itu.

"Sibuklah Falique ni." Falisha mendengus geram.

"Sejak bila lah papa cakap macam tu dengan korang eh?" Natashya menggelengkan kepalanya.
"Pagi tadi." jawab Falisha.

"Umi nak air tak? Isha boleh ambilkan." soal Falisha sekali lagi.
"Bolehlah. Umi nak air sejuk. Tekan je dekat Cuckoo tu tau." pesan Natashya.
"Baik umi." Falisha segera berlari ke ruang dapur.

Ding Dong. Ding Dong.

Falique segera bangun dari pembaringan dan membuka pintu utama rumahnya.

"Siapa datang, Falique?" Natashya perlahan-lahan bangun kerana pinggangnya terasa sakit pada hari itu. Mungkin tersalah tidur.

"Macam uncle Haziq. Tak payahlah umi, kita pura-pura tak ada dekat rumah." Falique segera menutup semula pintu rumahnya.

"Siapa dekat luar?" soal Farel yang sedang menuruni anak tangga rumah agamnya. Farel mengelap wajah yang berpeluh menggunakan tuala kecil yang tersangkut pada bahu.

Baru sahaja ingin berlama di dalam gim, Farel sudah mendengar bunyi loceng daripada pintu pagar rumahnya.

"Uncle Haziq. Tak payahlah papa bagi dia masuk. Isha tak sukalah." Falisha meletakkan air sejuk yang diminta oleh Natashya di atas meja kopi itu.

"Biar papa tanya dulu, dia nak apa." Farel membetulkan tudung sarung di kepala Natashya sebelum melangkah keluar daripada pintu utama ke pintu pagar yang berjarak 50 meter daripada rumah itu.

Natashya hanya memerhatikan Farel dari jauh. Risau juga kalau Haziq bertindak di luar kawalannya.

Farel melangkah mendekati Haziq di pintu pagar rumahnya. Pandangan Farel pula terarah pada kereta yang dinaiki oleh Haziq iaitu kereta mewah BMW M4 Competition Coupe.
"Assalamualaikum, Farel."

"Waalaikumusalam. Kau buat apa dekat sini?" soal Farel yang tidak mahu berbasa-basi lagi.
"Aku nak cari kau dah lama dah. Nak jumpa dekat UPM, kau asyik balik awal je."

"Untuk apa cari aku?" Farel memandang Haziq dari atas ke bawah. Pakaian kawannya itu berubah seperti mana kereta yang dipakainya itu. Lebih mewah.

"Aku datang cuma nak minta maaf dengan kau, dengan Nat atas kelakuan aku sebelum ni."

"Okay. Itu je kan? Then, you can leave now."

"Kau marah aku sangat ke, Farel? Aku ikhlas nak minta maaf dengan kau dan isteri kau sekali. Aku tahu dia tak selesa dengan aku tapi, aku nak minta maaf depan dia." rayu Haziq lagi.

Farel menoleh ke arah pintu rumahnya dimana Natashya berada.

"Farel..."

"Ye, aku tanya Nat dulu." Farel memutarkan bebola matanya dan berjalan semula untuk mendapatkan Natashya di pintu utama.

"Kenapa?" Natashya menyentuh lengan Farel. Baju rasmi encik suami di gim hanyalah baju tidak berlengan yang mengikut bentuk tubuh sasa Farel.

"Haziq datang untuk minta maaf dengan kita berdua. Abang dah suruh dia pergi tapi, dia tak nak. Haziq nak jumpa awak dulu." wajah Farel begitu jelas tidak suka akan kedatangan Haziq tetapi hanya Natashya yang melihat akan hal itu kerana Farel yang membelakangkan pintu pagar rumahnya.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now