BAB 72

2.6K 131 20
                                    

Belum sempat Encik Nazeem menghalang balingan Puan Izara itu, batu bata yang dipegangan wanita tua tersebut sudah pun jatuh tepat di hadapan Natashya dan nyaris sahaja mengenai kaki.

"Astaghfirullahalazim, Izara cubalah bawa bersabar. Kita ni dekat tanah perkuburan." Encik Nazeem menggelengkan kepalanya.

"Saya dah cukup bersabar dah ni. Eh betina, kalau aku jumpa kau sekali lagi, bukan setakat batu bata yang aku baling, kau pun aku boleh tolak atas jalan raya. Biar kau mati!! Entah-entah suami kau pun tak sayangkan kau. Tengoklah, pergi mana-mana kawan yang usung kau."

"Alang-alang makcik kata kitaorang biadap, saya nak tanyalah, makcik memang tak sayang mulut eh? Makcik ingat, makcik sorang je yang sedih atas kehilangan Irsyad? Saya dengan Nat ni turut berduka sama. Cumanya kami perlu teruskan kehidupan dan itu tak bermakna kami lupa akan apa yang dah terjadi sebelum ni." Aina menarik Natashya ke belakang dua tapak daripada Puan Izara dan Encik Nazeem. Tiada lagi panggilan 'aunty' buat wanita tua itu.

"Nat berkahwin, Nat mengandung tak semestinya dia bahagia. Ada makcik tanya pasal kehidupan kami? Macam mana kami hadapi perasaan sedih bila teringatkan Irsyad? Sebenarnya makcik dengki je, kan? Dengki yang kitaorang dapat teruskan hidup tapi bukan Irsyad."

"Memang pun! Anak aku tu sebaik-baik manusia, tapi kenapa Allah ambil dia dan bukan korang berdua ni?"

"Sebab kitaorang banyak dosa lagi, makcik. Allah bagi masa untuk kumpulkan amal. Sebab Irsyad baiklah Allah sayang dia, Allah ambil dia pulang." balas Aina bersahaja.
"Makcik pun banyak dosa lagi lah kot, itu yang masih sihat nak maki hamun Nat. Kan?" Aina tersenyum kecil.

"Kau dah menguji kesabaran aku lah!"

"Bersyukurlah saya uji, kalau makcik tak melenting, dapat pahala free je. Makcik cubalah redha dengan pemergian Irsyad. Setiap manusia ni hanyalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah boleh ambil kita. Takdir Allah untuk uji makcik dengan pakcik kehilangan seorang anak yang baik. Mana tahu, dekat sana nanti Irsyad boleh tarik pakcik dengan makcik ke syurga."

"Pakcik dah lama redha, Aina. Maafkan isteri pakcik ye, Nat." Encik Nazeem memandang pula pada Natashya.

"Abang pergi minta maaf dekat dia buat apa?! Saya ni! Saya ni tak redha lagi!" bergema suara Puan Izara di tanah perkuburan itu.

"Maaf saya cakap ni akan mengguris hati pakcik tapi, makcik tak layak untuk jadi seorang yang bergelar ibu. Makcik nampak sendiri Nat dalam keadaan mengandung, tapi masih ada niat untuk mencederakan kawan saya ni. Alasan makcik adalah 'tak redha'. Makcik sedar tak sebenarnya makcik seperti melawan dan tak bersetuju dengan takdir Allah. Tak bergunalah makcik kalau solat lima waktu sekalipun tapi takdir Allah yang satu ni, makcik tentang habis-habisan."

"Kenapa? Kalau makcik cederakan Nat, Irsyad boleh bangun balik ke?" Aina berkata dengan nada sinisnya.

"Aina....jomlah balik..." Natashya menarik lengan kawan baiknya itu. Kalau lebih lama mereka disitu, lebih lama Aina mengumpul dosa melawan cakap orang tua.

Aina memberikan jelingan pada Puan Izara sebelum mengorak langkahnya.

"Aku boleh maafkan kau, Nat." Puan Izara tiba-tiba bersuara. Natashya terus menoleh ke arah pasangan suami isteri itu. Encik Nazeem turut terkejut dengan kata-kata daripada si isteri.

"Dengan syarat...aku nak kau melutut depan aku dan depan kubur Irsyad ni. Minta maaf dengan aku dan Irsyad atas apa yang kau dah buat. Kemudian, aku akan redha atas pemergian anak aku." Puan Izara menunding jari pada pusara Irsyad.

Berkerut dahi Aina apabila mendengar akan permintaan tak waras Puan Izara itu. Tetapi, lain pula dengan Natashya. Dengan segera Natashya menjatuhkan kedua-dua lututnya di atas tanah kubur merah dan berbatu kecil itu. Perutnya yang terasa berat tidak dihiraukan.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now