BAB 87

2.8K 130 15
                                    

"Jangan call Farel. Dia baru sampai Tangkak sebab ada urusan kerja. Aku boleh handle Haziq sendiri." Natashya memandang ke arah Nayla.

"Haziq tu siapa, kak?"

"Orang gila." jawab Natashya bersahaja.

"Umi, tak payah lah keluar...Isha risaulah. Umi duduk je diam-diam dalam bilik ni." Falisha menahan tangan Natashya daripada berlalu keluar.
"Isha dengan Falique nak tolong umi tak?" Natashya berlutut di hadapan anak kembar encik suaminya itu.

"Tolong apa?" berkerut dahi mereka ketika itu. Nayla pula hanya menjadi pendengar setia, turut menantikan pertolongan yang Natashya mahu daripada mereka berdua.

"Cuba naikkan kemarahan uncle Haziq depan tok baba dan opah. Umi sangat sangat pasti uncle Haziq datang sini dan berlagak baik je depan orang lain. Pijak semut pun tak mati." Natashya membelai rambut panjang Falisha.

"Boleh ke, umi? Tak berbahaya ke?" Falique pula menyoal.

"Tok baba tu dulu bekas polis tau. For sure, tok baba will protect us." Natashya tersenyum yakin. Falique dan Falisha tersenyum senang.

Natashya melangkah keluar daripada bilik tidur tersebut bersama Falique, Falisha dan juga Nayla.
Kelibat Haziq yang sedang duduk berbual bersama Encik Haedar dan juga Puan Elvina itu didekati.

Haziq terus berdiri tegak sebaik sahaja melihat Natashya di ruang tamu itu.
"Duduklah." tudung yang tersarung pada kepalanya diperbetulkan.

"Maaf, Nat..saya datang tak beritahu dulu sebab saya dah tukar phone sebenarnya. Nombor telefon awak semua hilang." ujar Haziq.
"Tak apalah, saya faham. Isha, Falique salam uncle Haziq dulu." Natashya memberikan arahan pada si kembar besar

"Dah besar anak-anak uncle ni. Is it fun to stay here? Uncle ada bawa buah tangan untuk korang berdua. Dengan adik-adik sekali." Haziq menggenggam tangan Falique dan Falisha.

"Kitaorang bukan anak uncle lah. Kitaorang anak papa." jawab Falique dengan berani. Natashya memandang wajah Haziq ketika itu yang senyum terpaksa. Dua beg kertas dihulurkan kepada Falique dan Falisha.

"Thank you." Falisha mengambil beg kertas tersebut dan segera berjalan ke arah Natashya semula. Mereka berdua duduk di sebelah kiri dan kanan Natashya.

"Awak sihat ke Nat? Ayah awak kata tiga bulan awak dekat sini." soal Haziq sambil tersenyum manis.
"Sihat alhamdulillah."

"Macam mana dengan Faris dan Fateh? Teringin saya nak jumpa. Saya ada belikan baju juga untuk si kembar tu." Haziq menghulurkan satu lagi beg kertas kepada Natashya.
"Buat susah-susah je, Haziq. Tapi anak-anak saya tengah tidur dekat dalam bilik."

"Tak apalah kalau macam tu. Nanti-nantilah saya jenguk diaorang tu." Haziq tersenyum kecil.

"Macam mana awak tahu rumah keluarga saya ni?" soal Natashya.
"Farel yang beritahu saya." Haziq mengangguk kecil. Natashya memandang pada reaksi ibu dan babanya. Mereka berdua berkerut keliru.

"Untuk apa awak minta Farel alamat rumah saya?" Natashya masih mengekalkan ketenangannya. Walaupun tangan dia yang menggenggam tangan Falisha sudah pun kesejukan. Takut.
"Sebenarnya, saya datang sini ada hajat, Nat. Pakcik, Makcik saya nak maklumkan yang saya ada hati pada Natashya. Kalau boleh saya nak jadikan Natashya sebagai suri hati saya." Haziq memandang Encik Haedar dan Puan Elvina bersilih ganti.

"Kau ni biau betul? Nat tu masih isteri Farel. Sedau ke tak sedau ape yang kau cakap ni? Kau cakap depan anak-anak dia ni." Encik Haedar menggelengkan kepalanya.

"Saya tahu apa yang saya cakapkan ni memang kedengaran mengarut, tapi saya betul-betul sayangkan Nat. Farel tu kawan baik saya, pakcik. Banyak kali dah dia maklumkan pada saya yang dia akan menceraikan Nat dalam masa terdekat."

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now