BAB 77

2.6K 125 8
                                    

Lagu: Entah Apa oleh Aepul Roza ft Sarah Suhairi

🌻🌻🌻

"ibuuu, dak kakak tak nak makanlah." Nayla menatang dulang makanan orang berpantang keluar daripada bilik tidur kakaknya.

"Apalah masalah anak awak tu? Tak pikirkan anak-anak nak menyusu ke?" Puan Elvina sudah bernada tidak berpuas hati kepada Encik Haedar.
"Entah le budak tu. Jangan nanti susu badan dah kering baru terhegeh-hegeh nak makan."

"Pujuk le isteri kau tu Farel. Kesian dekat anak-anak." sambung Encik Haedar pula.

"Dah cuba, baba. Lagilah dia tak nak jamah." perlahan suara Farel berkata.

"Falique nak cuba pujuk umi untuk makan boleh?" Falique mengangkat tinggi tangannya.
"Isha pun!" ujar Falisha.
"Hah bagus. Jom ikut ciksu." Nayla memanggil si kembar untuk ikut bersamanya. Terus sahaja mereka berdua berlari anak mengikuti langkah Nayla.

"Assalamualaikum, umi." Falique memanjat katil itu.
"Waalaikumusalam. Anak-anak umi selalu sangat dekat luar tu. Tak datang tengok umi dengan adik-adik pun."

"Datanglah umiiii. Umi yang tidur setiap kali kitaorang masuk bilik." Falisha memuncung panjang. Kecil hati apabila Natashya berkata sebegitu.

Natashya tersenyum kecil dan mengucup pipi Falisha.
"Umi nak makan? Falique suapkan."

"Umi ada tangan sendiri, boleh suap makan sendiri." balas Natashya.
"Habis tuuu kenapa umi tak nak makan? Kan umi tak sihat lagi." Falisha memandang ke arah Natashya.
"Umi tak laparlah, sayang."

"Kalau nak menunggu lapau baru makan, payah le." Nayla memutarkan bebola matanya.
"Umi sendiri cakap sebelum ni, kita kena makan tiga kali sehari. Baru badan sentiasa sihat. Tapi, umi makan sekali sehari je. Tak sihatlah umi nanti." Falique berkata dengan nada yang kerisauan.

"Umi tak nak sihat cepat ke? Umi tak kesian dekat adik Faris dengan adik Fateh?"

Persoalan Falisha membuatkan Natashya terkedu untuk seketika. Bagi Natashya perasaan sakit hatinya melebihi rasa lapar pada perut. Tapi, syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan dirinya susu badan yang banyak untuk si kembar kecil walaupun dia hanya menjamah makanan satu hari sekali.

"Baiklah, umi makan." Natashya mengambil pinggan daripada tangan Nayla. Sesuap, dua suap masuk ke dalam mulut Natashya. Dua pasang mata yang duduk memerhatikannya membuatkan Natashya tidak henti menyuap nasi ke dalam mulut. Sudah seperti kena paksa makan.

Natashya menghabiskan sepinggan lauk orang berpantang yang dimasak oleh ibu. Licin sahaja pinggan makannya, Falique dan Falisha kembali tersenyum.

"Good job, umi."

- - -

Masuk hari keempat Natashya berpantang di Melaka, keadaannya masih sama malah semakin teruk, seakan-akan kemurungan dan hanya menjamah makanan jika Falique dan Falisha berada di hadapannya.

Natashya turut tidak mahu Farel yang menguruskan dirinya, setiap kali Farel ingin membantu, pasti sahaja dihalang oleh Natashya dan dia meminta ibu yang mengambil alih.

Tetapi, Farel setia di sisinya dengan anak-anak. Kalau boleh, 24 jam Farel mahu sentiasa berada di dalam bilik itu jika tidak dihalau oleh Natashya.

Pada malam itu, Farel memasuki bilik tidur Natashya kerana mula merasakan matanya berat. Mana tidak, sepanjang berpantang setiap kali si kembar kecil terjaga dan menangis pada awal pagi, pasti dia turut terjaga. Dia menemani Natashya sepanjang si isteri menyusukan Faris dan Fateh.

Farel memandang ke jendela yang terbuka luas di dalam bilik itu. "Patutlah sejuk." Jendela itu ditutup semula. Si isteri tiada di atas katil, mungkin di dalam bilik air. Faris dan Fateh yang berada di atas katil dicium beberapa kali. Walaupun ada sahaja baby cot di sebelah katil, tetapi Natashya tetap meletakkan si kembar kecil bersamanya. Mungkin sengaja membuat batas antara dia dan Farel kerana Farel perlu tidur di atas lantai sahaja.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now