BAB 15

3.2K 134 2
                                    

SEUSAI solat Zohor dan juga makan tengahari bersama Natashya sekeluarga, mereka juga menyambung berbual bersama Luthfi di ruang tamu itu sementara menunggu azan Asar pula. Yang menyakitkan hati Natashya ketika itu adalah adiknya, Nayla sesuka hati membawa beberapa album gambar ketika zaman mereka masih kanak-kanak.

Sengaja ingin tunjuk pada Luthfi yang dirinya itu selekeh ketika di zaman kanak-kanak. Natashya paling tidak suka jika aibnya yang satu itu dibuka secara terang-terangan begini.

"Tengok ni, bang. Baba ambik gambau kakak masa dia tengah melalak sebab jatuh basikal" Nayla tunjuk pada gambar Natashya yang lututnya berdarah itu.

"Melalak?" Soal Luthfi.

"Menangis" Puan Elvina menjawab. Terlopong mulut Luthfi berbentuk 'O'.

"Yang baba pun satu, pergi ambik gambau macam ni buat ape" Natashya memeluk tubuhnya.
"Lah kenangan kan? Baba suka ambik gambau rare macam tu. Bukannya ambik gambau cantik-cantik je" Encik Haedar menjungkitkan bahunya.

"Tapi, memalukan lah"

"Sayang comel lah dalam gambar-gambar ni. Rasa nak simpan satu letak dalam wallet" Luthfi mengusap kepala Natashya disebelahnya. Encik Haedar berdehem dengan perbuatan Luthfi itu.

Terus Natashya memberikan isyarat mata pada Luthfi mengenai perbuatannya. Laju tangan Luthfi menjauhi Natashya.

"This is cute" ujar Luthfi ketika menunjukkan ke arah gambar Natashya yang sedang membina istana pasir di tepi pantai Klebang pada waktu kecil. Klebang yang dahulu tidaklah seperti yang sekarang.

Dahulu, tepi jalan sahaja sudah nampak pantai dan dapat mendengarkan bunyian ombak, yang sekarang? Hanyalah pasir yang ditambak atas pantai tersebut. Begitu banyak perubahan dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka.

"I'm so good with building sand castle" Natashya tersenyum bangga.

"Yes you are" Luthfi tertawa kecil dan membelek lagi gambar-gambar ketika zaman hingusan Natashya itu.

"Ini, kita dekat playground. Bukit Serindit kalau tak silap" ujar Nayla sambil menunjukkan mereka berdua sedang menikmati aiskrim di atas buaian.

"Macam kembar" Luthfi tersenyum dan memandang Natashya dan Nayla yang sekarang. Masih ada irasnya tetapi, Natashya lebih kelihatan matang berbanding Nayla.

"Kalau betul kembau, entah ape perangai diaoghang bagi pun, makcik tak tau" Puan Elvina menggelengkan kepalanya.

"Nasib dua ni je tau yang keluau. Awal-awal makcik dah pesan dekat pakcik kau ni hah, tak nak yang ketige sebab dua pun dah sakit kepale" sambung Puan Elvina lagi.

"Dah besau, kughang sikit sakit kepale. Sebab masing-masing dah ada akal" Encik Haedar mengangguk setuju.
"Degil juga sayang ni eh?" Luthfi berbisik perlahan pada Natashya di sebelahnya.
"Degil sikit je" Natashya tersengih.

"Kak, petang kang ronda-ronda naik motor nak?" Nayla tersenyum lebar.
"Boleh, awak reti bawa motor tak?" Natashya memandang ke arah Luthfi. Sebab sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah melihat Luthfi membawa motosikal.

"Easy peasy, sayang" Luthfi tersenyum bangga.

"Hah, sebelum korang nak merayap, Luthfi kena ikut abah pergi mesjid dulu waktu Asar nanti. Boleh, Luthfi?" Encik Haedar bertanya padanya.
"Boleh, pakcik. Tak ada masalah" ujar Luthfi.

"Bagus sangat le tu, boleh pakcik kenal-kenalkan kau dengan oghang kampong" Encik Haedar mengangguk.

'Baik budak ni, tak banyak pe'el' detik hati Encik Haedar ketika melihat Luthfi yang berbual bersama Natashya dan Nayla.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now