- 4

89 4 0
                                    

"Farha dah siap?"Datin Aliesa menjengah kedalam bilik tidur nya.

Semua kaum kerabat keluarga kedua belah hadir. Penuh satu rumah Dato' Fareed.

"Sikit lagi ma, nak pasang kuku"

"Cepat sikit" selepas kuku sudah siap dipasang . Kini masa untuk turun. Dia tak ada rasa nervous langsung. Macam tak ada apa-apa berlaku. Tenang bagaikan air.

Turun sahaja ke ruang tamu kedua, dia rasa gementar. Ramai yang hadir. Padahal ini majlis pertunangan. Bukan majlis perkahwinan. Nanti kahwin mesti lagi ramai.

Farha memakai dress simple berwarna cream dan tidak lupa untuk memakai veil. Dia mengenakan tudung shawl. Indah mata memandang. Orang cantik kalau pakai apa apapun cantik ye.

Dengan penuh sopan santun Farha berjalan sambil menundukkan kepala nya dan bersalaman dengan saudara mara Fairel. Nenek, sepupu, makcik sedara, semua datang.

"Cantiknya" puji salah seorang makcik sedara Fairel.

Farha menayangkan senyuman yang paling manis yang dia pernah ada. Senyum tak lekang dibibir.

Dia duduk dipelamin. Terlihat dulang dulang hantar. Cantik tersusun. Datin Atirah mula menyarung cincin di jari manis Farha.

'sumpah la Farha? Kau dah jadi tunang orang sekarang?' bisik hati Farha.

Tangan yang sudah di sarung cincin tunang itu ditenung. Cantik!

Majlis berjalan dengan lancar. Banyak yang mendoakan dirinya agar kekal hingga hari bahagia itu. Tidak lupa juga kepada sahabatnya, Marnisha, Areesa dan Ellyana. Mereka turut hadir dalam majlis itu.

Selepas habis majlis itu Farha kembali berehat. Inai yang masih di tangannya di tenung lama.

Selepas sahaja menyarung cincin tadi, dia di ajak untuk bergambar dengan Fairel. Fairel mengenakan baju biasa, tetapi sama warna dan hensem!

Mereka tidak buat di Outdoor kerana malas. Farha kalau malas memang tak boleh dibawa berbincang yaa.

Hanya bergambar dikawasan rumah milik keluarganya. Tak heran sangat, sebab halam rumah Dato' Fareed memang cantik.

Farha hanya termenung. Tiba tiba telefon nya berbunyi.

Ting!

Aplikasi Instagram dibuka .

RissRell

Liked by Marrnish and 10452 others

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liked by Marrnish and 10452 others

RissRell 🤍 @qalleesaa

View all 10k comment

Reesa congratss!! 💅

Marrnish ceh cehhh..

Farleesh tahniah bro!!

Farha tersenyum. Blushing gilak. Farha menekan butang like. Hati nya seperti nak tercabut. Dia melompat lompat di atas katil.

"Arghh!! Comelnyaaa!!HAHAHAH"

Setelah penat melompat lompat akhirnya Farha mengambil keputusan untuk pergi menukar baju.

"Farha, esok tak kerja ke?" Farha yang baru sahaja turun itu memandang kearah Datin Aliesa yang sudah berada di meja makan.

"Esok ambil cuti, nak pergi jalan jalan" Farha mengambil tempat duduk disebelah Farhan.

"Bila balik sana?" Datin Aliesa mula menyedok nasi.

"Kejap lagi Marnisha ambil, lepastu nak pergi beli barang dapur" Farha menyambut pinggan yang diberikan oleh Datin Aliesa.

Selesai makan Farha membuka telefon nya. Kaki menyusun langkah untuk duduk di ruang tamu.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada dirinya.

Farha hanya bisa membalas dengan senyuman. Tak mampu nak membalas dengan menghantar mesej, sebab ramai sangat. Tapi kebanyakannya bukan lah dari kenalannya tetapi warga Instagram, semua pekerja serta budak bawahan Farha tidak tahu akan pertunangan ini. Kecuali mereka yang follow Instagram Farha.

Marnisha tiba tiba muncul didepan pintu yang tidak bertutup.

"Bila sampai nok" Farha bangun dari sofa. Dia membawa beg tangannya.

"Mama! Farha gerak dulu!" Satu rumah dengar akan pekikan nya.

"Ha ye la!" Farha keluar.

Sandal nya dicari. Hilang?

"Mana selipar aku ni" dia mencari di setiap rak kasut disitu. Tiada.

Ah sudah!

Dia tiada pilihan, Heels 3cm di sarung.

"Weh minah, dah buang terbiat ke pakai Heels, tak pernah pulak aku tengok kau pakai Heels" Farha menjeling. Dia bukan jenis yang minat Heels. Kalau dia pakai Heels pun bila ada event yang penting.

"Nak singgah mana ni?" Marnisha masih fokus membawa kereta. Driver Farha la dikatakan. Tapi tak berbayar la.

"Aku nak beli barang dapur" Marnisha memberi signal ke kiri.

Marnisha memarkir kan kereta.

"Jom" Farha membuka pintu.

"Kau pergi la sorang"

"Ish cepat laa" paksa nya. Gila ke nak pergi sorang sorang. Aku dah la pemalu! Pemalu tapi bukan penakut.

Marnisha redha. Ikutkan hati malas nak keluar. Tapi dah dipaksa nak buat macamana.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now