- 13

62 5 0
                                    

"Tadi tengah hari pergi mana?" Fairel perlahan lahan membuka baju kemejanya. Letih seharian duduk di office.

"Tadi lepas Qai ambik, pergi makan, lepas tu balik" Fairel hanya mengangguk. Farha menutup laptopnya, mata memperhatikan gerak geri Fairel.

"Ye sayang, kau nak apa" Farha mengukirkan senyuman. Tolong la faham aku.

"Dah makan?" Farha menggeleng. Ye dia lapar. Dia tunggu Fairel balik.

"Pergi siap, kita pergi dinner" Farha melompat keriangan. Pantas bersiap.

Fairel memakai baju t-shirt berwarna hitam dan seluar hitam.

Farha seperti biasa, menyarung hoodie dan tudung sarung warna cream.

"Jom!"

Fairel turun bersama Farha. Diruang tamu terlihat seorang lelaki sedang terbongkang.

Sempat Farha mencapai sebiji bantal dan baling kepada lelaki tersebut.

Qaishar terbangun. Sapa pulak yang kacau dia tidur ni, memang nak kena!

Farha menayangkan muka tidak bersalah. Dia menjelirkan lidah.

"Kau nak ikut tak, aku nak bawak bini aku pergi makan" Tiba tiba perut Qaishar berbunyi. Dia tersengih. Nak!

"Cepat basuh muka, aku tunggu dekat dalam kereta" Fairel menarik tangan Farha.

"Jom masuk kereta" Nak masuk kereta pun kena ajak eh?

Farha hanya turut.

"Kau nak makan apa?" Farha mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk. Dia berfikir. Apa eh?

"Nak makan makanan"

Fairel mengeluh, apa punya jawapan la.

"Kau ni perempuan" Qaishar yang dibelakang menolak bahu Farha.

"Aku nak makan dekat restoran A Ris" Fairel hanya akur, lagipun dia memang nak bawak pergi situ.

Selepas makan, mereka pulang. Sesampai dirumah, baru sahaja Qaishar ingin merebahkan dirinya di sofa, pantas ditahan oleh Farha.

Farha mengajak Fairel dan Qaishar pergi ke bilik karaoke.

"Sumpah lah sayang? Esok aku ada kerja, lain kali eh?" Farha mencebik.

"Alaaa" Farha merayu. Tolonglah layan kita.

"Sorry darling, esok aku kerja, lagipun aku dah penat, next time aku teman kau karaoke eh? Kalau kau nak malam ni juga, ajak Qai, boleh?" Farha hanya mengangguk. Fairel mencium kedua belah pipi Farha dan juga dahi. Dia menggosok kepala Farha lalu pergi manaiki lif untuk masuk ke bilik tidur.

Farha hampa. Baru nak nyanyikan untuk dia. Lagipun kau salah time Farha.

Qaishar hanya melihat adegan itu. Perlahan lahan Farha mengatur langkah menuju ke bilik karaoke, karok tetap karok. Takkan nak biar perempuan tu nyanyi sorang sorang? Dia pun mengikut langkah Farha.

Dia memasuki ruang karaoke itu. Dia melabuhkan punggung nya di sofa yang tersedia didalam bilik itu. Tangan mencapai remote tv tersebut.

Lagu Tentang rasa by Acoustic jadi pilihan hati Farha. Lagu itu dipasang.

"Aku tersesat menuju hatimu,
beri aku jalan yang indah,
izin kan ku lepas penat ku,
Tuk sejenak lelap di bahumu,
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku?
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti,
Selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan Cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa"

Tiba tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Kelihatan wajah Fairel. Apa lelaki tu buat dekat sini?

Meluru Fairel memeluk tubuh Farha, kepalanya disandarkan ke bahu Farha. Farha hanya mengendahkan perbuatan Fairel. Dia hanya sambung menyanyi.

Farha memandang kearah Fairel yang masih memeluk tubuh Farha itu. Kau dengar ni eh Fairel.

"Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku?
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti
Selamanya"

Fairel mengubah posisi. Kini berbaring pula dipeha Farha. Amboi banyak cantik muka kau.

Farha mengusap-usap rambut yang berwarna perang milik Fairel.

Part chorus diulangi sampai habis.

"Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku?
Dapatkah selamanya kita kekal abadi?
Sesampainya akhir nanti
Selamanya.."

Satu kucupan mendarat di dahi licin milik Fairel. Fairel mengangkat kening. Amboi, beshe dia tu.

Qaishar hanya memerhati. Apabenda dua ekor ni? Tak nampak ke aku ada dekat sini? Qaishar membuat roll eyes. Single diam.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now