Selepas kejadian itu, Farha dibawa ke klinik untuk diubati luka yang dipipi Farha itu.
Qaishar dan Farya leka bermain mercun serta bunga api, juga dibawa. Bahaya kalau tinggal. Tahu tahu kang, ada yang beraya dekat dalam lokap karang...
Bekas luka dipipi Farha itu ditutup menggunakan hansaplast. Farha sedikit kesal akibat lukanya ini akan membawa parut yang kekal. Farha kira, lukanya itu hanya sedikit. Rupanya boleh tahanlah..
Setelah Dato' Arshad mengetahui tentang kejadian itu. Dato' Arshad telahpun menghalau Maklong untuk pulang kerumahnya semula. Mereka hanya mendiamkan diri. Farya yang membuka mulut.
Pagi raya disambut dengan indah dan damai. Selepas Maklong dihalau. Mereka semua berasa seperti lapang dada.. tidak ada lagi kerisauan didada..
"Selamat hari raya suami ku yang tercinta... Isteri mu ini ingin memohon ampun dan maaf jika telah terkasar bahasa, tergores kan hati mu, isteri mu ini meminta supaya halal kan makan dan minum, halal kan segala duit yang isteri mu ini sudah pakai tanpa izin.. satu sahaja yang isteri mu ini ingin memberitahu.. isteri mu ini amatlah menyanyangi mu wahai suamiku.. terima kasih atas segala pengorbanan dan perjuangan yang engkau telah buat untuk isteri mu ini, terima kasih suamiku" Ucap Farha panjang lebar. Fairel tergelak kecil apabila mendengar perkataan yang disebut oleh Farha.
Kini giliran Farya pula yang meminta maaf kepada Fairel. Sementara menunggu giliran, Farya memikirkan, apa dosa yang dia buat.
"Uncle... Nanti Arya kena cakap apa?" Soal Farya kepada Qaishar. Qaishar menoleh dan membisikkan sesuatu.
"Wahai Daddy ku yang paling ku cintai, anak mu ini ingin memohon maaf atas segala perkara yang sudah anakmu ini buat, contohnya semalam.. maaf kerana telah hampir membakar reban ayam jiran sebelah.. tapi itu semua adalah ajaran uncle Qaishar Daddy... Arya ikut je.." Fairel menjeling tajam kearah Qaishar.
Qaishar menelan air liur. Lain yang disuruh lain yang sebut.
"Jadi, maafkan lah anak mu yang paling comel ini" Fairel tergelak. Ada saja akal budak ni. Umur baru 5 tahun, tapi dah petah bercakap.
Selesai bersalam salaman serta bermaaf maAFAN. Mereka mengambil gambar beramai-ramai.
Meskipun dia memang membenci kan wanita itu, tetapi dia berasa seperti keluarga itu tidak lengkap.
Tiba tiba, sebuah kereta berwarna hitam telah parking didepan rumah. Terlihat dua orang perempuan sedang melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Berlari lari wanita itu.
"Assalamualaikum.." Maklong memberi salam. Tanpa dijemput Maklong telahpun mendekati Dato' Arshad dan Datin Atirah untuk meminta maaf dan meminta diri.
Fairel yang mahu menghalang itu ditahan oleh Farha.
"Biarkan dia" Fairel akur.
"Atirah.. Arshad.. aku minta ampun.. aku banyak dah buat korang terasa.. aku tahu aku banyak buat korang marah.. aku minta ampun... aku nak minta diri untuk keluar negara... aku berjanji untuk tidak tunjuk kan muka lagi depan korang.. aku minta maaf, aku suka sangat cari salah menantu kau, aku minta maaf" Maklong menangis nangis meminta ampun dan maaf. Melihat kan itu hati Farha tersentuh.
Perlahan lahan Maklong mendekati Farha dan berlutut di depan nya. Seboleh boleh Farha menahan supaya Maklong tidak melutut didepannya.
"Maklong... Jangan melutut dekat Farha.. Farha tak suka.." Pantas Maklong bangun dan menyalam Farha.
"Farha.. Maklong rasa Maklong banyak buat dosa dekat kamu.. Maklong minta maaf... Selalu maki kamu.. selalu cari salah kamu.. Maklong minta maaf sebab cederakan kamu.. Maklong janji lepas ni Maklong tak ganggu korang semua dah... Maklong minta sangat.. tolong maafkan Maklong ye... Maklong minta diri.." Farha menahan airmatanya daripada mengalir. Maklong keluar daripada rumah itu setelah meminta maaf kepada semua orang.
Setelah kereta hitam itu sudahpun beransur. Tangisan Farha dilepaskan.
"Shuhh... Don't cry.." Air mata Farha dilap. Luka dipipi Farha belum terlalu kering. Jika terkena air mata, sudah tentu perit.
"Fairel.." Panggil nya sayu.
"Ye?"
"Aku berdosa ke?" Soal Farha.
"Kenapa cakap macam tu?" Fairel menggeleng.
"Aku rasa berdosa..." Air matanya mengalir lagi. Kini tepat masuk kedalam lukanya. Cukup pedih.
"Shuhh... Stop crying sayang.. benda tu boleh buat kau sakit..." Fairel memujuknya. Tubuh Farha ditarik dan dibawa masuk ke dalam pelukannya. Diusap lembut belakang badan gadis itu. Dia juga pelik. Kenapa isteri nya ni cepat tersentuh hati..
"Dah dah.. mari kita makan.." Selesai bergambar mereka menjamu selera bersama sama. Manusia yang paling bahagia disitu ialah Farya. Sakan dia beraya.
Denyut jantung ku berdebar, terasa indahnya, dunia ini kita yang punya~
Ringtone Fairel berbunyi. Dia mendapat panggilan daripada sebuah hospital.
"Hello?"
"Innalillahiwainnalillahirajiun.." Ucap Fairel.
Semua menoleh kearah nya.
Dia menutup panggilan.
"Mama, Daddy, Maklong dah tak de" semua terkejut. Mereka berasa baru sahaja seperti melihat mukanya. Kini dia sudah pergi buat selama-lamanya.
"Innalillahiwainnalillahirajiun"
______________________________________
Tamat~ 😘
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...