Darah milik Farya sudahpun mengering ditangan Qaishar.
Haraz meninggalkan dia sebentar untuk pergi mengambil Fairel dan Farha.
Hampir satu jam dia menunggu diruang menunggu. Namun tiada sebarang khabar, mahupun baik ataupun tidak.
Fairel juga tidak kunjung tiba. Dia dimaklumkan, mereka tengah menempuhi jem. Langsung tidak kasi can untuk bergerak.
Nasib Farya sudah selamat tiba dia hospital tanpa menempuh jalan yang sesak itu.
"Penjaga Farya Qaisara?" Soal seorang doktor lelaki.
Qaishar pantas bangkit dan mengangguk.
"Saya ahli keluarganya"
"Cik Farya kehilangan banyak darah.. dan sekarang, dia koma.. kami tak pasti berapa lama.. keadaan cik Farya pun masih belum stabil.. keseluruh serpihan kaca dapat dikeluarkan.., kami minta maaf atas segala kekurangan kami, untuk penderma darah itu.. kami akan bagitau kejap lagi.. harap diminta seluruh ahli keluarga untuk kuat, untuk dia.. saya minta diri.." Dia menunduk sedikit sebelum melangkah pergi.
Qaishar terduduk. Air matanya deras mengalir.
"Qaishar!" Berlari lari Farha mendapatkan Qaishar.
"Qai! Anak aku selamat kan! Dia tak apa apa kan! Bagitau aku Qai!" Qaishar menyuruh Fairel untuk menenangkan Farha.
Fairel menguatkan diri untuk keluarga kecilnya.
"Sayang.. bertenang sayang.. jangan menjerit sayang.. dengar dulu apa yang Qai nak bagitau.. tenang ye sayang? Apa apa kita serahkan semuanya kepada tuhan.. kita perlu redha.. semua yang jadi ni ada asbab.. tenang sayang.." Diusap usap belakang badan isterinya.
Air mata isterinya diseka.
"Farya, dia koma, dia kehilangan banyak darah, belakang badan dia dijahit dengan tiga jahitan.." Dia tidak mampu untuk bercakap lagi. Dia menundukkan kepalanya.
Haraz, Shah, Darwish dan Dika mendekati jejaka itu, mereka tahu sebesar mana sayang nya jejaka itu kepada Farya..
"Dia dimasukkan ke dalam ICU.." Tangisan Farha pecah.
Air mata Fairel juga jatuh. Fairel dipeluk erat.
"Baby.. anak kita baby.." Fairel membalas pelukan.
Air mata mereka berempat juga turut bertakung.
"Kejap lagi doktor bagitau tentang pendermaan darah tu.." Jelas Qaishar lagi. Mereka semua mengangguk dan menunggu sehingga berita selanjutnya.
Selesai sahaja menjelaskan tentang penderma darah itu. Salah seorang daripada mereka boleh menderma.
Siapa tu? Adalah..
"Buat masa sekarang, Cik Farya masih dalam keadaan kritikal, harap semua dapat menguatkan diri demi nya, banyak kan doa.. buatkan Yassin untuk dipermudahkan segala urusan.. saya minta diri dulu.." Jelas doktor lelaki yang sama.
Fairel hanya mengangguk.
"Terima kasih doktor" Senyuman hambar diberikan. Farya masih didalam ruang ICU.
Selama dua minggu dia ditahan di ICU, keadaan Farya masih sama.. cuma sedikit membaik.
Dia sudahpun keluar daripada ruang ICU dan dimasukkan ke dalam wad peribadi.
Muka putih pucat gadis itu ditatap lama. Hanya tinggal mereka berdua didalam wad itu. Yang lain baru sahaja pulang kerumah sebentar untuk berehat. Esok pagi baru datang semula. Fairel dan Farha juga diarahkan untuk balik dahulu. Mereka masih tidak berdaya.
Qaishar menggenggam erat tangan Farya.
Kepala gadis itu diusap lembut. Air mata turut mengalir. Dia juga tidak kuat.
Kelopak matanya bergerak-gerak. Matanya dibuka perlahan lahan. Badannya terasa perit dan pedih. Berat sahaja ingin bangun.
Matanya tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur di sisi katil. Tangannya masih kuat menggenggam.
Ingin mengejutkan lelaki itu. Namun, dia tidak larat.
Jari jemarinya bergerak gerak. Masih mencuba untuk mengejutnya.
Hampir lima minit dia mencuba, namun tidak berjaya. Dia mula menyerah.
Lantak lah..
'Berapa lama aku tidur eh?'
'Ke.. aku dah.. ma..ti!'
Matanya terbeliak. Biar betul?
"Arya.." Panggil Qaishar yang baru sedar itu. Farya menoleh. Matanya terkebil-kebil.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
"Doktor! Wife saya! Eh- Bini! Eh- Sapa nama kau? Ah.. Cinta hati saya dah sedar!" Berlari-lari Qaishar mendapatkan doktor. Farya masih terkebil-kebil. Apa yang jadi ni?
Mereka semua setia menunggu diruang menunggu. Masih tiada sebarang berita. Doktor masih memeriksa keadaan Farya.
Tepat jam 1 pagi tadi, Qaishar menelefon Fairel dan jantan jantan yang lain. Kalau tak bagitau nanti merajuk..
Mereka berenam terus bergegas ke hospital.
Pintu wad itu dibuka. Doktor menayangkan senyuman.
"Alhamdulillah.. Cik Farya dah sedar.. keadaan dia pun dah stabil.. cuma kami perlu membuat pemantauan untuk seminggu dua.." Ucap doktor itu.
Farha berucap syukur.
Alhamdulillah..
Pantas pintu bilik wad peribadi dibuka. Wajahnya masih pucat.
"Arya!" Pantas tubuh Farya dipeluk.
Pipi putih mulus itu dicium berkali-kali. Dia hampir kehilangan permata yang paling bernilai itu.
Fairel juga mengusap lembut kepala buah hatinya itu.
"Don't cry mummy.. Arya ok.. tapi, apa yang terjadi? Arya tak ingat.."
Masing masing mendiamkan diri. Farha menoleh kearah Fairel.
Fairel pantas mengalih pandangan.
Farha memandang kearah jantan jantan itu pula. Mereka turut mengalihkan pandangan.
'korang memang fuck..'
Farha tersenyum hambar.
"Takpelah kalau Arya tak ingat.. takde jadi apa apa pun.. rehat eh?" Tubuh Farya dibaringkan. Dikucup lembut kepala Farya.
'Apa benda yang pedih sangat belakang badan aku ni?'
Dia mengerutkan dahinya. Sakit, pedih, perit.
"Kenapa sayang?" Soal Farha risau.
"Pedih.." Farya mendesis kesakitan.
Pantas Farha memanggil doktor sekali lagi.
Luka yang dijahit itu belum kering..
'Get well soon Sara..'
______________________________________
End..
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Ficção Adolescenteʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...