Farha memasuki rumah milik keluarganya. Buka sahaja pintu, terlihat semua ahli keluarganya sedang duduk di sofa.
Mereka kedatangan tetamu Tapi siapa? Tak kenal pulak.
"Assalamualaikum.." Dengan sopan santun, Farha menapak mendekati mereka.
"Waalaikumussalam"
"Farha, mari sini" panggil Datin Aliesa.
Farha duduk di sofa berhadapan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali.
"Ini la Farha" Datin Aliesa memperkenalkan Farha kepada tetamu itu.
Pantas Farha bangun untuk bersalaman dengan mereka. Perempuan sahajalah.
"Ini Dato' Arshad dan Datin Atirah" Farha hanya mengangguk kepala sahaja.
"Itu anak anaknya, nombor satu Aris Fawwaz, nombor dua Aris Fairel dan bongsu Airis Nabila" Datin Aliesa menunjuk seorang demi seorang.
'fairel?' soal hati Farha.
Farhan yang disebelah Farha mencuit pinggang Farha.
"Apa?" Farha menoleh kearah Farhan.
"Kau kenal tak diorang?"
Farha menggeleng . Dia hanya mengenali Fairel tetapi tidak mengenali keluarga mereka.
"Itulah bakal mertua kau, Fawwaz tu bakal abang ipar kau dan Nabila tu bakal adik ipar kau"
"Apa kau cakap ni bele" Farha memandang kearah Farhan.
"Kau tu yang bele, bele" Farhan menjeling lantas memeluk tubuh.
"Jadi, tanpa kita buang masa lagi, boleh la saya cakap tentang tujuan kami sekeluarga datang ni" Dato' Arshad membuka topik. Semua sudah tahu tentang perjodohan itu. Hanya Farha yang masih belum tahu. Kesian dia dah la bele. Bele bele pun jadi bos yang digeruni ramai.
Datin Atirah mengeluarkan satu kotak kecil. Kotak kecil tersebut diberikan kepada Datin Aliesa.
Datin Aliesa membuka kotak kecil tersebut. Terdapat sebuah cincin silver. Cantik dan terlihat mahal. Memang la mahal bele.
"Jadi kamu sudi?" Dato' Arshad inginkan jawapan.
Farha terkejut. Dia memandang kearah mamanya.
"Farha nak kawin dengan Fairel?" Datin Aliesa menyoalnya.
"Apa? Kawin?" Jelas riak wajahnya sangat terkejut itu.
"Farha muda lagi mama" Dia menggunakan nada yang paling perlahan.
"Mama tak paksa, buat la pilihan"
Farha memandang semua orang yang ada di ruang tamu itu. Dia memandang Fairel, aku kena kawin dengan dia? Macam takda perasaan je.Fairel hanya memeluk tubuh. Dia hanya akur dengan kehendak mamanya. Untuk berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Farha Qaleesa. Jujur dia tak pernah kenal gadis itu.
"Bagi Farha lima minit" Lantas dia bangun dan menarik lengan Fairel yang berlapik. Semua memandang pelik. Tak da rasa malu ke kak?
Farhan menepuk dahi. Jangan buat hal Farha.
Farha menarik Fairel ke halaman rumah.
"Dah kenapa tarik aku ni?" Farha kenal siapa jejaka yang akan mengahwininya.
"Kenapa kau masuk minang aku?" Farha kini mula bersoal jawab.
"Aku kena paksa"
"Jadi kau pun dijodohkan la?"
"Ye"
"Kenapa kau tak tolak dari awal?"
"Aku lebih sayangkan mama aku"
Farha menepuk dahinya. Sah mamat ni bodoh .
"Perlu ke aku terima pinangan kau ni?"
"Kalau kau tak nak kecewakan parents kau baik kau terima, tapi aku tak jamin yang aku akan buat apa yang kebanyakannya suami orang lain buat, tapi aku cuba" jelas Fairel.
Boleh ke aku bahagia? Bagaimana dengan kisah cinta lamanya yang telah terkubur? Boleh ke dia lupakan sosok lelaki yang amat dia cintai itu?
"Tapi kau jangan risau" Farha menaikkan sebelah keningnya. Apa yang mamat ni nak cakap ?
"Aku tak suka perempuan" kata Fairel.
Farha terkejut, sedangkan Fairel bermaksud lain.
"Jadi.. kau gay la" Farha menyoal dengan polos.
Fairel memandang Farha. Aduh kenapa aku kena kawin dengan budak bele ni.
"Gay? Ewww, aku tahu pasal agama lagi" Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar dan masuk kembali kedalam rumah. Tinggallah Farha keseorangan di halam itu.
Farha hanya redha.
Kalau ini yang perlu aku buat, aku redha.
Farha masuk kembali ke ruang tamu. Dia menarik nafas panjang. Dan melepaskannya perlahan Lahan.
Nervous beb.
Farha kembali duduk di sebelah mamanya.
"Farha terima" Farha membisikkan ke telinga mamanya. Malu la nak cakap kuat kuat..
Datin Aliesa tersenyum..
Bahagia kerana anaknya menerima pinangan itu. Kalau Farha menolak pinangan ni tadi. Memang kena halau.
Farha melihat senyuman yang terukir di bibir Fairel. Dia tersenyum.
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...