Kini, dia dikelilingi oleh 5 orang lelaki dewasa. Hanya dia yang berada ditengah-tengah. Manakala lelaki yang dia belasah tadi, sudahpun ditarik jauh daripada mereka.
Farya tersenyum sinis. Salah orang kau nak lawan.
"Tak gentleman lah main pistol lepastu serang ramai ramai.. takde telor ke? Lemah" Sinis nya. Dia memeluk tubuh.
Tidak ada sedikit pun rasa gementar. Takut? Apa tu?
Entah macam mana, asma nya tidak kunjung tiba. Selalu, waktu-waktu gini, dia dah datang dah..
"Ok!" Semua diarah untuk membuang pistol ketepi.
"Seriously? Lima lawan satu? Ok.." Dengan perlahan dia melangkah kearah seorang lelaki.
Mereka sedikit kaku. Mungkin terpaku.
Muka lelaki itu dipegang dan diusap.
"Kau buat apa hah!" Jerkah lelaki itu.
"Shh.. mulut kau bau longkang" Pantas Farya mematahkan tengkuk lelaki itu dengan tangannya.
"Argh!"
Semua seperti baru tersedar ke realiti.
Semua bergerak untuk menyerang Farya.
Tangan Farya yang masih lagi memegang tengkuk lelaki, membaling kan pula tubuh lelaki itu kepada salah seorang yang kelihatan botak, yang sedang mendekatinya. Mereka berdua tercampak ke dinding.
Gula gula getah yang lama dikunyah itu diludah.
Ketiga tiga lelaki itu maju.
Seorang lelaki ingin melepaskan tumbukan di perut Farya, namun Farya sudahpun menyepak alat sulit lelaki itu.
"Agrh!" Lelaki itu terduduk.
Kini, giliran lelaki yang sedikit pendek pula. Dasar pendek tak sedar diri.
Eh. Farya pun pendek..
Lelaki itu ingin menyepak kepala Farya, namun Farya mengelak. Dia menundukkan badannya.
Meja kaca yang terletak betul betul di sampingnya di ambil dan di lontar kan kearah lelaki yang dibelakang.
Lelaki yang ingin menyepak kepalanya tadi, ingin membuat serangan lagi. Dia menarik pula rambut panjang milik Farya.
Kepala Farya terdongak.
"Kau jangan nak tunjuk belang lah budak!" Tengking lelaki itu.
Muka mereka berdekatan.
Puih!
Farya meludah ke muka lelaki itu.
"Kau jangan jadi macam orang bangang lah! Main rambut aku pulak! Aku baran tau!" Farya membalikkan badannya. Walaupun sakit rambutnya ditarik. Tapi takpe.. dia tak nak mati dengan orang pendek.. dah lah tak hensem! Main rambut orang pulak tu!
Tubuh Lelaki itu dihempas. Kekuatan Superman nya sudah keluar.
Muka lelaki itu dipijaknya geram.
"Ambik ni! Kau sentuh aku lagi! Padan muka! Ambik! Ambik! Ambik!" Diloncat loncatnya dimuka lelaki pendek tersebut. Habis hancur berkecai muka si pendek itu.
Orang yang tercampak dinding tadi mula maju.
Lelaki botak itu mengambil serpihan kaca yang dilemparkan oleh Farya itu. Perlahan lahan dia mendekati Farya yang masih melepaskan geram terhadap lelaki pendek tadi.
Dengan pantas, tubuh Farya ditikam dari belakang.
"Argh!" Darah mula mengalir.
Farya membalikkan badannya dan menendang kepala botak itu. Dia membuat pusingan 360 darjah.
"Ini balasan sebab kau lukakan aku!" Kaca yang masih dibadannya dicabut keluar. Besar dan tebal.
Dirinya hampir pitam. Darah banyak keluar dari belakang badannya.
Kaca yang dipegang itu dilemparkan tepat kena perut lelaki botak yang tercampak akibat ditendang itu.
Dia tersenyum puas sebelum matanya pudar. Dirinya jatuh terkulai dibalik sofa.
"Farya!" Qaishar, Fairel, Farha, Darwish, Haraz, Shah dan Dika, baru sahaja dapat menghabiskan hampir 800 ratus orang, tapi boong. 100 orang. Jasad jasad semua musuh itu disuruh pekerja nya yang lain menyelesaikan hal itu.
Mereka bertujuh berlari masuk kedalam ingin melihat keadaan Farya.
Sesampai sahaja diruang tamu yang cukup luas itu, mata mereka terbuntang, melihat banyak kaca yang berderai. Enam orang lelaki sudah rebah dilantai. Mereka tidak tahu siapa yang menumbangkan keenam enam lelaki itu. Mereka tidak syak itu perbuatan Farya.
Farha menutup mulutnya. Dia mendekati gadis itu perlahan lahan. Dia terduduk.
Banyak darah yang keluar dari belakang badan gadis itu.
"Farya! Arya!" Digoncang goncang tubuh Farya yang rebah dan dilumuri darah itu.
Fairel, Qaishar, Shah, Darwish, Haraz dan Dika yang sedang mengangkut lelaki lelaki itu untuk dibawa keluar, tidak perasan akan Farya yang sudah dilumuri darah itu. Dia rebah di sebalik sofa, jadi tidak perasan.
"Fairel! Anak kita!" Teresak-esak Farha menjerit. Dia tidak sanggup melihat darah itu. Dia tidak sanggup..
Berlari Fairel mendapat kan isterinya.
Dia juga terduduk melihat keadaan Farya.
Air matanya turut mengalir.
"Haraz! Siapkan kereta! Hospital now!" Arah Fairel dengan suara yang serak akibat menangis.
Berlari Haraz mengambil kunci kereta.
Tubuh Farya diangkat oleh Fairel. Dia tidak sanggup melihat darah yang banyak itu. Dia tidak sanggup, dia seperti mahu tumbang juga.
Melihat Fairel yang hampir jatuh itu. Qaishar menahan.
"Kau bawak bini kau, biarkan aku bawak anak kau" Baru sahaja ingin menolak. Tubuh Farya sudahpun diambil oleh Qaishar. Berlari dia masuk kedalam kereta.
Kereta mula bergerak.
Seperti biasa, dalam waktu-waktu macam ni, Haraz akan bawak kereta, tak ingat maut.
Nadi Farya dirasa. Namun, samar samar dengung.. hahaha. Gurau.
Nadinya makin lemah.
"Haraz!" Jeritnya sekuat hati. Dia turut mengalirkan air mata. Siapa yang tidak sayangkan Farya ni? Anak tunggal Fairel.. mestilah semua sayangkan dia.
Belum sempat Haraz memberhentikan kereta nya dengan perfect. Qaishar sudahpun keluar dan berlari masuk kedalam hospital.
Melihat darah yang masih menitik itu, doktor terus menolaknya masuk kebilik rawatan kecemasan.
Tangannya yang penuh dengan darah Farya itu ditenung.
Dia menggeleng perlahan.
Jangan tinggalkan kami!
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Novela Juvenilʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...