- 1

217 7 0
                                    

"Farha, jom dinner" Marnisha yang sudah lengkap memakai tudung itu dipandang atas bawah.

"Lain kali, dah sampai kedai baru cakap" Farha menjeling, bingkas bangun untuk pergi bersiap.

"Lek ah, jangan marah" Marnisha hanya menayangkan senyuman. Hehe sorry la dek.

"Mana lagi dua orang tu?" Farha masih sibuk mencari pakaian yang sesuai didalam almari baju miliknya.

"Err, diorang dah sampai kedai"

Hah? Dah sampai? Siot betul.

Farha hanya menyarung hoodie berwarna hitam, dan memakai tudung shawl yang berwarna biru gelap.

Mereka berkawan berempat. Tetapi tidak serumah. Mereka dibahagikan dua dua.

Marnisha mendiamkan diri. Kalau dia terlepas cakap auto gagal rancangan mereka bertiga.

Rancangan mereka ingin membuat kejutan untuk rakan karibnya, Farha.

Ini bukan sempena birthday dia. Tetapi sempena perkahwinan Farha tidak lama lagi.

Tetapi mereka tidak tahu, Farha masih belum mengetahui yang dirinya akan bernikah tidak lama lagi. Tunang dulu maybe.

Marnisha membawa keretanya ke tempat yang mereka tetapakan.

Di restoran mewah yang terkenal.

Restoran A Ris.

"Sumpah la we?" Farha tidak percaya. Dia tidak pernah makan disini, walaupun dirinya orang kaya. Ini adalah kali pertama dia jejak ke restoran mewah itu.

"Apa?"

"Makan dekat sini?"

"Ye la, kau tak pernah datang sini ke?" Mendengar pertanyaan Marnisha itu Farha menggeleng.

"Sian nya kau, ni kali ke 5 aku datang sini" Marnisha berkata sambil menunjukkan lima jari.

"Untunglah, ada orang bawakan, kita ni busy, makan dekat office jee" Farha membalikkan tubuhnya menghadap belah kiri. Nak tunjuk yang dia merajuk.

"Aku dah bawakan la ni, cepat la turun" Marnisha memujuknya. Time time ni la kau nak merajuk eh.

Sementara menunggu Ellyana dan Areesa menyiapkan hidangan dan sebagainya. Marnisha mengambil masa untuk melambat lambatkan Farha daripada masuk ke restoran itu. Kalau masuk ni, terus nampak Ellyana dengan Areesa.

Dia mendapat mesej supaya disuruh masuk.

Farha dan Marnisha sudahpun masuk ke dalam restoran itu.

"Eh jap jap" Marnisha mengambil kain yang berwarna merah didalam begnya dan menutup mata Farha.

"Ok jom" Marnisha memimpin tangan Farha untuk sampai ke meja yang mereka tempah.

Sesampai di meja tersebut, Ellyana serta Areesa berdiri dibelakang Farha.

Dalam kiraan 1 2 3

"Tadaaa!!" Ucap mereka bertiga serentak. Terlepas la ikatan kain merah yang menutupi mata Farha.

Farha tidak membuat sebarang reaksi.

'tahniah?' Farha kebingungan.

"Kenapa? Tak suka ke?" Soal Areesa.

"Suka, tapi.." Farha menunjuk kearah kek yang bertulis 'congratulations'.

"Aku baru dapat anugerah apa?" Tanya Farha yang masih memproses.

Tiba tiba Areesa mendapat satu Panggilan.

'aunty liesa'

"Kejap korang, diam kejap" Areesa mengangkat panggilan .

"Assalamualaikum aunty"

"Waalaikumussalam, Areesa"

"Ye aunty"

"Areesa ada dengan Farha ke? Aunty nak discuss dengan Farha, pasal perkahwinan dia, dia tak tahu lagi yang dia kena kawin"

Areesa membulatkan matanya. Jelas terkejut. Mereka fikir Farha sudah tahu tentang itu.

Kerana tidak ingin membuat Datin Aliesa risau. Areesa tidak memberitahu tentang kejutan yang mereka adakan.

"Ouh, Farha ada dengan kami ni aunty, Aunty nak jumpa dia? Ok boleh nanti kami hantar dia balik" Areesa mematikan panggilan. Cuak.

Areesa memberitahu kepada Marnisha dan Ellyana apa yang dah terjadi.

Marnisha cepat menukar topik.

"Er Farha, lupakan tentang kek, sekarang kau kena balik, mama kau nak jumpa kau"

"Ye Far, mama kau nak cakap pasal benda penting" Ellyana mencuba untuk meyakinkan Farha.

"Jom Far, aku hantar kau balik" Areesa menarik tangan Farha untuk mengikutinya, tanpa banyak tanya Farha hanya ikut.

Jarang sekali Farha tidak banyak bertanya.

Marnisha dan Ellyana meminta kepada pekerja restoran itu untuk membungkuskan makanan yang di atas meja itu.

Setelah lama menunggu. Mereka pulang ke rumah masing-masing.

Areesa menghantar Farha ke rumah keluarganya dan pulang semula ke kondominium miliknya.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now