"Farya, Qaishar!" Jerit Fairel dari dalam rumah. Hampir satu jam Qaishar melayan Farya untuk mandi di swimming pool itu.
"Ayok Arya.. singa dah mangaum..." Usik Qaishar. Farya menggaru kepalanya.
"Arya takde singa la uncle... Arya ada rimau je.." Qaishar mengeluh. Nak buat lawak pun tak jadi.
"Masuk cepat! Satu! Dua!" Pantas Qaishar mendukung Farya untuk masuk kedalam rumah cepat.
"Ha! Baru nak masuk!" Fairel bercekak pinggang. Farya menayangkan senyuman.
"Sorry Daddy.. uncle yang tak nak masuk tadi.." Farya membuat cerita.
Qaishar menjeling halus. Aku juga yang kena. Padahal dia yang seboleh boleh tak nak masuk tadi.
"Pergi mandi dalam bilik air, lepastu kita gerak, dah lambat ni, tak pasal pasal berbuka dekat dalam kereta" Fairel hanya mempu menggeleng. Dia fikir Qaishar boleh membantu. Rupanya tidak sama sekali.
"Fairel.." Muncul Farha disebelahnya.
"Ye sayang" Fairel menoleh.
"Nanti kita raya mana?" Soal Farha. Mereka memang tengah berbincang tentang itu. Tahun yang lepas, mereka sudahpun beraya di kampung Farha, jadi tahun ni, giliran Fairel pula.
"Eh, bukan dah tahu ke? Kenapa tanya lagi?" Farha mencebik.
"Ala..." Farha mula merajuk.
"Sayang... Jadi adil ye? Aku tahu kau tak selesa.. tapi tolong eh.. kesian mama... setiap hari minta kita balik kampung sana.. aku takde pilihan.. lagipun sekarang giliran aku.. kalau tak balik.. apa diorang kata? Lagi teruk sayang.." Fairel cuba memujuk.
Farha mengangguk perlahan. Dia perlu matang dalam menyelesaikan masalah.
"Good.." Kepala Farha diusap.
Azan maghrib sudah berkumandang. Tepat mereka tiba di kampung Fairel. Suasana kampung itu kelihatan meriah. Padahal puasa masih lagi berbaki seminggu.
"Assalamualaikum.." Ucap Fairel. Seorang wanita berusia telah membuka pintu untuk mereka.
"Masuk lah.." Jemput Makngah. Mak kepada Marnisha.
"Assalamualaikum Makngah.." Sapa Fairel. Makngah tersenyum.
Mereka semua menuju ke dapur untuk berbuka puasa. Jantung Farha seperti mahu tercabut. Dia terlampau takut untuk bersua dengan Maklong nya itu. Lelaki dah join underground pun belum bertaubat, kena tunggu dia yang join dulu kot baru nak bertaubat.
Farya yang berada di dukungan Farha itu memeluk leher Farha. Dia tahu mummy sedang gelisah. Farya memberi satu kucupan kepada Farha.
Farha tersenyum tipis. Thank you sayang..
Sejak Farha tiba dirumah itu, dia tidak berkata sepatah pun. Maklong pula asyik memerhatikan segala gerak-geri nya. Nak cari kesalahan lah tu...
"Kurusnya anak kamu Fairel.. mak dia tak bagi makan ke?" Maklong mula mencari pasal.
"Nurul Ain..." Tegur Dato' Arshad.
Setelah siap berbuka puasa, Farha menyuruh Qaishar untuk menjaga Farya sebentar.
Farha membantu membersihkan meja dan membasuh pinggan mangkuk.
"Tak payah nak acah acah rajin lah, aku tahu kau pemalas" Farha mengetap bibir. Dia mula aku sambung.
Farha masih berdiam. Dia hanya fokus membasuh pinggan sehingga selesai.
Ketika ingin naik keatas semula, Farha ditarik oleh Maklong.
"Wah kau, berlagak nya..." Farha tetap berdiam.
"Kesian kau, dah bisu dah sekarang" Maklong tersenyum sinis.
"Sudah lah Maklong, Maklong nak apa?" Maklong tergelak.
"Kau tanya aku? Aku nak apa?" Maklong mencapai sebilah pisau yang berada didalam almari. Maklong bermain dengan pisau tersebut.
"Kau sebenarnya tahu kan, apa yang aku nak?" Maklong tertawa sinis.
Kini pisau itu didekatkan dimuka Farha.
"Aku nak kau mati!" Bisiknya perlahan sebelum pisau itu menghiris sedikit kulit pipi Farha.
Farha mendesis. Darah mula mengalir.
"Maklong pun tahu kan, apa yang Maklong akan terima kalau Maklong cederakan isteri Fairel?" Fairel mula muncul dibelakang Farha. Mana mungkin Fairel meninggalkan isterinya berseorangan. Nak nak ada musuh didalam rumah itu.
Pantas pisau yang dipegang itu dicampak ketepi. Dia sudah menggigil. Farha masih menahan pedih. Darah mula menitik.
"Mak- Maklong mi- minta maaf, Mak- Maklong tak se- sengaja" Maklong mula menjauh diri daripada Farha.
Fairel tertawa sinis.
"Maklong saja kan cabar Fairel? Maklong nampak kan? Pipi putih isteri Fairel dah ada kesan luka? Maklong rasa.. apa yang Fairel akan buat dekat orang yang cuba untuk mencederakan orang yang Fairel sayang.. eh, bukan cuba cederakan tapi cederakan... tapi.. itu bukan niat Maklong sebenarnya kan? Fairel tahu lah Maklong.." Maklong mengangguk laju. Farha pula mengerutkan dahinya. Eh eh, jantan ni nak back-up sapa sebenarnya.
"Maklong sebenarnya nak bunuh isteri Fairel kan? Itukan maksud Maklong?" Fairel tertawa sinis. Maklong pantas menggeleng. Dia mula menangis.
"Eh? Kenapa Maklong pulak yang menangis? Siapa yang nak bunuh siapa? Siapa yang cedera sekarang ni? Drama Queen lah Maklong ni, patutnya, ikut je sekali dengan suami Maklong yang tak guna tu!" Bahu Maklong terhinjut apabila ditengking oleh Fairel. Sebenarnya Maklong memang gerun dengan Fairel. Siapa je yang tak kenal dia? Semua kenal..
"Jadi.. Maklong rasa, apa yang patut Fairel buat eh dekat orang yang macam Maklong ni?" Maklong mula menggigil. Dia takut. Suaminya dibunuh secara tragis oleh anak buah Fairel akibat daripada perbuatan dan percakapan Maklong sendiri.
Kalau bukan sebab Maklong, mungkin suaminya akan hidup lagi. Mana tahu..
"Orang, bulan puasa ni, banyak kan pahala, bukan nya tambah dosa macam Maklong ni.."
"Dah lah Maklong... Fairel tak nak tambah dosa, lebih baik Maklong bertaubat sebelum terlambat" Pesan Fairel sebelum membawa Farha masuk kedalam kereta.
"Arya! Tembak Arya!" Arah Qaishar. Farya yang sedang bermain mercun das itu menghalakan batang mercun itu pada reban ayam jiran sebelah.
"Yes! Inilah yang uncle sayang!" Apabila melihat sedikit api yang muncul direban ayam tu. Pantas Qaishar menyuruh Farya buang mercun itu dan lari selamatkan diri.
"Woi! Reban ayam aku!!"
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...