Setelah hampir satu jam pengsan, akhirnya Farha sedar.
Dia melihat keseluruh ruang itu. Tidak ada sesiapa. Dia mula mencari sosok jejaka itu. Tetapi tiada.
"Fairel?" Panggil nya. Dengan berharap, jejaka itu datang kepadanya.
"Fairel.." panggilnya lagi. Namun tiada sesiapa.
Hati mula rasa gelisah. Dia takut. Dia hampir lupa akan kehadiran anaknya. Pantas dia mencari anaknya itu. Kesian kepada anaknya. Masih belum mendapat susu.
"Mama! Papa! Farhan! Fairel!" Habis semua nama dipanggil. Dia seperti orang hilang akal. Dia tidak tahu kenapa hatinya berasa tersangatlah gelisah.
Berlari Farhan apabila mendengar jeritan daripada adiknya. Meraung raung Farha di bilik itu.
"Hey, Farha, kenapa ni?" Dengan muka yang risau Farhan memeluk tubuh gadis itu.
"Mana anak aku?" Farhan memandang kearah sebuah katil kaca yang terletak disebelah katil Farha. Sumpah dia tak perasan anaknya berada disitu.
Uwek! Uwek!
Bayi itu mula menangis.
Farha gelabah. Apa yang patut dia buat?
Mendengar tangisan bayi itu. Kedua ibu bapanya serta ibu bapa mertuanya pantas melihat keadaan didalam bilik itu.
"Kenapa?" Soal Datin Aliesa.
Melihat kan anaknya yang masih merenung ke arah bayinya itu dia berasa kasihan.
"Sayang.. anak kamu nak susu tu" Dengan wajah polos Farha menggaru kepalanya.
"Ambillah anak tu" Dengan tangan yang bergetar. Farha mula mengambil anaknya dan didukung olehnya. Wajah bayi yang putih gebu itu ditatap.
Selepas melahirkan, dia tidak sempat untuk menatap lama wajah anaknya. Dicium berkali-kali pipi putih bayi itu.
"Assalamualaikum anak mummy" Sapa si gadis.
Bayi itu masih menangis.
"Dia nak susu, sayang" Ujar Datin Atirah. Dia mengelus lembut kepala Farha yang dibaluti tudung.
Perlahan lahan Farha memberi susu badannya. Dia berasa terharu. Air matanya mula mengalir.
"Fairel, tengok anak kita ni, comel kan?" Bisiknya perlahan. Dia masih belum tahu akan keadaan sekarang. Dia berfikir bahawa Fairel hanya pergi surau atau membeli makanan.
Setelah bayi itu kenyang. Dia mula tertidur di dukungan ibunya.
Hati mula tertanya tanya. Mana Fairel. Hampir satu jam dia menunggu jejaka itu. Tetapi, kelibatnya pun tidak nampak.
Matanya mula mencari-cari.
"Mama, mana Fairel? Dia belum bagitau nama anak dia lagi ni, dia kata dekat Far, nak bagitau lepas Far bersalin, tapi kelibat dia pun tak nampak, mana dia? Far rindu la nak bau dia" Semua yang berada didalam ruangan itu tersentak. Mereka hanya mampu menelan air liur sahaja, tidak mampu untuk memberi tahu perkara yang sebenar.
Datin Atirah sebagai ibu kandung Fairel mula mendekatinya dan memeluk tubuh nya.
"Sabar eh sayang, mama harap Farha dapat faham dia" Farha mengerutkan dahinya.
Sebuah bouqet butterfly dan bunga rose putih diberikan kepada Farha.
Dia teringat akan pertama kali mereka bergaduh. Fairel menghadiahkan nya bouqet sama berserta coklat. Tapi kalini tiada coklat melain kan bunga rose putih, sebotol perfume lelaki dan sepucuk surat.
Bayi yang ada di dukungan nya itu diambil oleh Datin Aliesa. Sementara Farha sedang memegang bouqet itu.
Dia tersenyum. Dia fikir ini adalah sebuah hadiah yang manis, tetapi sebaliknya.
Perfume itu dibuka. Jelas itu adalah perfume milik Fairel. Itu bau dia. Bau yang selama ini Farha gemari. Bau yang selama ini dia mencium.
Dia mula membuka surat itu dan dibaca. Seperti sebuah mimpi yang buruk dia pernah alami. Air matanya mengalir. Dia menggeleng perlahan. Mulut nya hanya menyebut, tidak.
Surat itu tertulis.
'Dear Farha Qaleesa..
Tahniah sayang, aku ucapkan. Terima kasih atas perjuangan kau selama ni, terima kasih sebab dah taruhkan nyawa kau, demi anak kita, aku hanya ada dengan kau selama 9 bulan sahaja. After kau selamat bersalin kan anak kita. Aku kena pergi demi kebahagiaan dan keselamatan kita. aku just nak cakap aku sayang kan kau. You only mine. Dalam hati ni takde sesiapa kecuali kau. Aku minta diri. Aku minta maaf atas kesalahan aku yang sebelum ini. Aku masih belum boleh jadi suami yang terbaik. Tapi aku masih mencuba. Aku nak pesan, jaga anak kita selama setahun aku takde. Aku janji selepas satu tahun. Aku akan cari kau, mungkin kau tak boleh terima aku balik sebab aku dah tinggalkan kau selama setahun tanpa contact. Tapi aku nak kau tahu. Aku akan cari kau, My wife and My daughter. Aku redha sebab aku tak boleh tengok anak kita membesar depan mata aku sendiri. Tapi aku mohon kalau kau benci aku sekalipun, tolong kenalkan dekat dia, siapa ayah dia. Aku tak nak bila aku jumpa dia masa umur satu tahun. Dia tak kenal aku ataupun lebih tepat sekali, dia tak kenal sapa ayah dia. Aku nak kau tahu. Semua yang aku buat ni demi kau. Aku sayangkan kau. Aku pergi ni masa kau pengsan tadi, sorry darling. Aku harap kau kuat kan semangat demi anak kita. I'm sorry. Qaishar tak boleh jaga kau. Dia perlu ikut juga. Aku pergi tanpa sebarang khabar. Aku nak pesan. Kalau dalam masa setahun aku belum balik. Aku minta maaf. Titipkan salam aku untuk puteri kecil kita.
Aku sayang kan kau, Farha Qaleesa..
Assalamualaikum..Your husband, Aris Fairel..'
Hatinya kian remuk. Tiada apa yang mampu dia katakan. Dia hanya mahukan Fairel.
Air matanya mengalir deras, sederas hujan diluar.
Farhan mengusap usap belakang badannya supaya bertenang.
Dia masih menggeleng. Dia tak percaya.
"Mama! Please! Far nak jumpa dia! Tolong lah mama! Farha nak tatap wajah dia ma! Farha tak sanggup mama!" Dia meraung raung.
Fairel yang sedang berada di rumah itu juga berasa sedih. Dia tak nak tinggalkan gadis itu, tapi dia terpaksa.
"Sayang.. sabar sayang... Insyaallah ada hikmahnya.. ini ujian.. jangan risau kami ada.. tolong ye sayang jangan macam ni, kesian pada anak, jangan bawa emosi sangat, bahaya sayang" Datin Aliesa cuba menenangkan Farha. Farha kian mendiamkan diri. Dia menarik nafas. Dia ingin bergerak, namun masih berasa sakit.
"Farha dah fikir nak letak nama baby apa?" Farah menggeleng. Dia tak nak bagi nama sorang sorang. Dia nak bagi nama bersama suaminya.
"Apa kata bagi Farya Qaisara?" Ujar Datin Aliesa.
Mendengar nama itu, Farha mengangguk. Sedap juga.
"Farya Qaisara ye sayang?" Datin Aliesa bertanya untuk kepastian.
"Boleh je ma, Far suka"
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Jugendliteraturʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...