Farha mendiamkan diri. Tiada eh tiada oh.
Farha memegang tangan Marnisha. Marnisha membawa Farha masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat milik keluarga Marnisha. Rumah itu penuh dengan ahli keluarga Marnisha.
"Eh Farha?" Farha menoleh. Dia mengerutkan kening. Ouh bakal mertua rupanya.
"Ye ma" Farha bersalaman dengan Datin Atirah.
"Mana Fairel? Farha datang dengan dia eh?" Farha menggeleng dan tersenyum matanya memandang kearah Fairel.
Datin Atirah turut memandang kearah Fairel. Datin Atirah membulatkan mata. Fairel?
"Marnisha, bawak Farha pergi sana, biar mak lang settle" Farha terkejut. Pantas Datin Atirah meluru ke arah Fairel dan Rania?
"Wow! Dengan partner baru nampak, Kalau betul Fairel tak nak, Harini juga mama putuskan pertunangan ni!" Datin Atirah tidak boleh mengawal emosi. Dia malu dengan perangai anak terunanya yang sorang ni.
"Apa mama cakap ni?" Fairel melepaskan tangan Rania yang berpaut di lengan nya. Berpura pura seolah olah tidak tahu apa apa.
Dato' Arshad tiba tiba muncul.
"Kamu sedar tak yang kamu ni tunang orang? Tu Farha, sanggup eh kamu buat macam ni dekat bakal menantu daddy" Dato' Arshad turut memarahi Fairel.
Fairel memandang kearah Farha.
Oh shit! Dia pandang sini gusy!
"Rania, kamu tahu kan yang Fairel ni tunang orang? Kenapa nak tergedik-gedik lagi kejar dia, tak malu?" Dato' Arshad mengeluarkan kata kata mutiara nya HAHAHA.
Rania tertunduk malu.
"Aunty tak nak tengok muka Rania dekat sini, pergi balik!" Datin Atirah menunjuk kearah pintu keluar.
Dengan rasa malu dan marah dia keluar tanpa berkata apa-apa.
"Now, pergi settle sendiri dengan tunang Fairel, papa dengan mama tak masuk campur, kalau dia minta untuk putuskan pertunangan ni, papa tak kesah, lagipun kalau Datin Aliesa dengan Dato' Fareed tahu ni, memang papa malu Fairel" Dengan rasa marah Dato' Arshad dan Datin Atirah meninggalkan Fairel berseorangan.
Fairel berasa kesal. Dia tidak tahu macamana dirinya boleh menjemput Rania secara tiba tiba. Dia meraup mukanya. Bodoh!
Dia mula mendekati Farha yang sedang berbual-bual dengan keluarganya.
"Sorry, boleh tak Fairel nak pinjam Farha sekejap?" Farha memandang kearah Fairel. What the hell? Nak sakitkan hati aku lagi?
"Ehh boleh boleh, lagipun dia kan tunang Fairel, ambil ambil" Mak Marnisha mengangguk.
"Terima kasih Makngah" Fairel menarik lengan baju Farha. Dia malas nak bergaduh jadi dia akur.
Seperti yang Farha buat kepada Fairel pada malam sebelum mereka tunang. Fairel membawanya pergi ke halaman rumah Banglo itu.
Farha disuruh duduk di kerusi yang tersedia di halaman rumah itu.
Farha hanya akur. Dia memeluk tubuh. Nak apa lagi laki ni.
"Satu perkara yang aku nak cakap" Fairel memulakan percakapan.
Farha menjeling, nak minta maaf lah tu.
"Aku, nak putuskan pertunangan ni" Farha jelas terkejut, baru sehari mereka bertunang tiba tiba nak putus? Dia menyorokkan perasaannya.
"Putus? Kalau ni yang terjadi, kenapa aku nak terima pinangan kau haritu, kalau ini penghujungnya, aku takkan terima kau lah Fairel, jadi kau lebih memilih untuk stay dengan perempuan tu? How dare you Fairel" tanpa diundang air mata Farha mengalir. Dia kecewa. Sedar Fairel! Aku tunggu kau selama ni! Ni yang kau balas? Sehari je?
"Sorry, aku tak sanggup nak malukan mama dengan daddy" Farha memandang kearah mata Fairel.
"What? Malukan mama dengan daddy? Kau cakap kau tak sanggup? Tapi kau dah buat Fairel!"
"Aku dah takde pilihan"
"Sapa perempuan tu Fairel? Kalau kau nak hidup dengan dia jangan cari aku, kalau kau cakap kau takde pilihan, aku ni sapa Fairel? Aku tunang kau Fairel, aku bakal isteri kau! Aku sanggup relakan hati aku untuk maaf kan kau tapi kau senang senang je nak putus?" Laju air mata Farha mengalir tidak henti-henti.
Fairel berasa bersalah. Ingin memeluk gadis itu tetapi haram.
"Rania, perempuan tu Rania"
"Kau sayangkan perempuan tu?"
Fairel menggeleng .
"Aku takkan putuskan pertunangan ni, tapi aku mintak sangat, tolong jaga hati aku, tolong jaga hati family aku, aku nak kau setia, tapi aku tau, dalam hati kau takde langsung nama aku" Farha bingkas bangun lalu pergi masuk kerumah semula.
'kau buat masalah Fairel!' Fairel meraup mukanya kesal . Apa yang aku dah buat ni?
Farha meminta izin untuk pulang kerumah dahulu dan meninggalkan Marnisha dirumah itu.
Marnisha hanya menatap pemergian gadis itu.
Fairel yang baru sahaja masuk kedalam rumah itu ditarik semula untuk keluar.
"Kau buat apa hah Fairel?!"
Fairel menundukkan kepalanya. Dia tidak tahu mahu berkata apa.
"Macam mana perempuan gila tu boleh ada dengan kau? Korang couple ke? Aku tak boleh brain lah Fairel.. perempuan tu?" Marnisha menggeleng perlahan. Dia juga hilang kata kata.
"Explain to me Fairel" Pinta Marnisha, dia tidak mahu hati sahabatnya tersakiti disebabkan perangai bodoh sepupunya ini.
"A- aku.. aku kena ugut.. kau tahu kan siapa sepupu perempuan tu? Dan siapa atuk diorang? Aku tak nak cari masalah dengan diorang.. dan sekarang, aku dah ada masalah dengan diorang.." Fairel menghela nafasnya.
"Apa maksud kau?"
"Rania tu gila, dia boleh buat apa sahaja yang dia nak, dia akan gunakan atuk dia yang tua kerepot tu, dan sekarang, aku dalam list musuh diorang, sebab sakit kan hati cucu dia.. dan kemungkinan besar, Farha akan terbabit sekali.."
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Ficção Adolescenteʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...