- 25

62 3 0
                                    

Kini, dia sudahpun sarat mengandung. Tetapi masih tidak berasa sakit dan sebagainya. Masih enjoy menikmati hari hari indah bersama Fairel. Tidak lama lagi, Fairel perlu tinggalkan dirinya bersama anaknya selama setahun.

Dia memang tidak rela, tapi demi keselamatan dan kebahagiaan mereka. Fairel sanggup melepaskan peluang untuk melihat anak pertamanya membesar. Dia takut jikalau dia kembali. Anaknya tidak mengenali siapa ayahnya.

"Sayang tengah buat apa tu?" Soal Fairel yang tiba tiba muncul dibelakang Farha.

"Aku tengah kemas baju untuk persiapan bersalin, risau kalau tiba tiba nak terberanak, nanti tak sempat nak siapkan semua benda ni, kalau dah pack siap siap, senang, ada bedung untuk baby, stokin, baju, sarung tangan" Jelas Farha. Fairel hanya mengangguk. Betul la tu, kalau nak suruh aku siapkan, manalah aku tahu.

"Dah siap?" Farha mengangguk. Dua buah beg itu dibawa untuk diletakkan di dalam kereta milik Fairel. Nanti kereta tu yang akan dibawa masa emergency nanti.

"Nak pergi mana tu?" Fairel hairan. Menonong sahaja Farha berjalan meninggalkan dirinya di dalam bilik baju itu.

Pantas Fairel mencapai kunci keretanya dan beg tangan milik Farha.

Kedua beg itu sudah diletakkan didalam kereta dibahagian belakang.

"Jom" Ujar Fairel. Farha memandang kearahnya.

"Nak pergi mana pulak?" Soal Farha. Dia dah lah belum bersiap, hanya memakai pakaian biasa dan bertudung sarung sahaja.

"Jom la pergi keluar" Fairel sudahpun memasuki kereta.

"Ish, tak nak lah, aku belum bersiap lagi" Farha memeluk tubuh.

"Tak payahlah bersiap, kau dah cantik, sini masuk, nah beg tangan kau" Beg tangan itu diletakkan diatas kerusi kereta di bahagian Farha.

"Ish!" Farha hanya menurut.

Kereta milik Fairel dibawa laju. Farha masih tertanya tanya. Nak pergi mana ni?

Kereta diberhentikan didepan sebuah mall.

"Buat apa pergi sini?" Farha hanya memandang kearah mall yang besar itu.

"Jom kita jalan jalan" Fairel dengan bersemangat membukakan pintu kereta untuk Farha.

Farha menggeleng.

"Ish! Tak nak lah! Malas lah nak berjalan" Farha memeluk tubuh nya.

"Ala jom lah sayang, kita jalan jalan, aku tengok kau seharian duduk rumah, tak bosan ke? Jom lah, nanti balik dah tak payah balik rumah, kita terus pergi hospital" Dengar sahaja perkataan hospital itu dia terus membulatkan matanya dan menggeleng kepala.

"No! Tak nak pergi hospital! Takut!" Fairel menghela nafas. Dia dapat mesej daripada hospital, untuk membawa Farha pergi ke sana. Untuk membuat pemantauan. Ikutkan, tarikh bersalin esok, tapi Farha masih tidak berasa sakit. Dia dipaksa untuk dibuat pemantauan.

Untuk menenangkan hati Farha, Fairel membawanya pergi berjalan jalan sebentar. Walaupun pergi shopping mall sahaja.

"Jom sayang, kau tahu kan esok kau kena bersalin, kang lambat kang kena scissors kang, aku tak tahu eh" Ugut Fairel. Dia tahu yang Farha memang tak nak bersalin scissors, dia memang berdoa untuk bersalin normal.

"Ugut eh, yelah yelah" Akhirnya Farha keluar juga daripada kereta.

Misi berjaya!

Baru selangkah ingin memasuki shopping mall itu, Farha berhenti dan memegang perutnya.

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now