[Three]

37 3 0
                                    

Kakinya perlahan lahan melangkah mendekati Qaishar yang sedang duduk dikerusi kayu berhampiran kolam renang.

Usianya semakin meningkat. Makin lama, makin bertambah idea untuk menganggu Qaishar.

Tika ini, dia berusia 12 tahun.

"Bah!!" Dengan satu kejutan itu mampu membuatkan Qaishar melompat sehingga jatuh kedalam kolam renang.

"Oh mak kau!"

Bush!

Itulah kata katanya sebelum terjatuh ke dalam kolam.

Terkekek kekek Farya mentertawakan Qaishar.

"HAHAHAHAH, lawak lah uncle ni!" Perutnya dipegang, hampir cramp dibuatnya.

Qaishar tidak marah, sebaliknya, dia juga ikut tertawa.

"Amboi Arya.. tunggu eh.." Ucap Qaishar sebelum keluar daripada kolam renang tersebut.

Baju t shirt yang berwarna putih itu sudah basah lencun. Farya tidak lari, tapi dia masih berdiri tegak melihat Qaishar yang sedang mendekati dirinya.

Baju yang putih tadi sudahpun bertukar menjadi transparant. Kini pemandangan Farya, hanya ketulan abs milik Qaishar. Dia tersengih gatal. Aku pun tak tahu lah siapa yang ajar.

"Eh eh.. kau sengih sengih pulak.. gatal eh anak Aris Fairel ni.." Ucap Qaishar. Rambutnya yang basah itu ditolak kebelakang.

Jujur Farya kata..

"Pemandangan yang indah.."

"Jangan tenung lama lama.." Tegur Qaishar. Kini badannya ditutupi dengan tuala putih. Baju yang basah tadi diperah dan dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Alang alang, kita basuh je lah sekali..

Prang!!

Ingin sahaja menoleh. Qaishar sudah menariknya ke dalam pelukan terlebih dahulu.

Mukanya kini betul betul di perut Qaishar yang mantap itu. Hampir dia tidak bernafas.

Tangannya digenggam sebelum dibawa untuk masuk kedalam rumah.

"Apa tu?" Soal Farya sedikit berbisik.

"Tak tahu.. tapi, Arya duduk sini diam diam.. nanti dah siap.. uncle datang balik.." Farya akur. Pantas Qaishar pergi menjengah ke luar rumah. Disitu sahaja yang ada benda yang berunsur kan kaca. Ditempat lain tiada.

Terlihat 15 biji kereta hitam.

"Oh shit?" Dia mendengus. Pintu ditutup kembali. Kini, hanya tinggal dia berdua sahaja dirumah. Sementara pekerja lain masih bercuti.

Pandai setan tu buat kerja..

Farya yang sedang duduk dibawah meja itu mencapai telefon milik Qaishar yang ditinggalkan diatas sofa.

Dengan fokus dia mencari salah seorang uncle nya.

Nombor Uncle Darwish menjadi pilihan hatinya. Walaupun dia menyampah dengan mamat tu.

"Assalamualaikum.. uncle.."

"Waalaikumussalam, eh- Arya eh?"

"Ye, Arya.."

"Mana Uncle Qaishar? Kenapa call ni?

"Uncle pergi main dengan siapa tah.. uncle nak kena pecat tak?"

"Uish, tak nak lah"

"Ok good, kalau uncle tak nak kena pecat.. datang sini cepat.. Arya berdua je dengan uncle Qaishar.. dia pergi main sorang-sorang, Arya tak mampu nak tolong.. jadi.. datang sini cepat tau.. bawak 30 orang.. jangan sikit sangat.. nanti ada yang masuk kubur.. cakap dekat Daddy dengan mummy.. jangan risau, anak kesayangan nya ni, yang comel ni, baik baik sahaja.. jangan risau.. muah" Pantas panggilan dimatikan.

Darwish tidak berdiam diri. Seperti yang diminta. Mereka turut turun padang.

Fairel serta Farha juga turut bergegas pulang.

Semua anak buah Fairel sudahpun mengepung rumah itu. Supaya tidak ada musuh yang larikan diri.

Beberapa orang lain, diarahkan untuk serbu masuk kedalam. Baru sahaja ingin melangkah masuk kedalam pagar, mereka semua diserang.

"Qai! Jaga posisi!" Arah Fairel. Dengan sekelip mata, musuh sudah pun tumbang. Kini, Qaishar berada di taman mini.

Semakin lama berlawan, semakin ramai yang datang menyerang.

Diluar hanya penuh dengan bunyi tembakan dan darah dimana mana.

Masih tiada sesiapa yang berjaya masuk kedalam rumah akibat terlampau ramai yang datang menghalang dan menyerang.

"Hello baby girl.. jom main dengan abang.." Lelaki yang bertopeng itu mencuba untuk mendapatkan Farya. Namun Farya lebih cekap.

Tangannya yang masih mencuba untuk menarik Farya itu, ditahan sebelum menggigit nya sepuas hati. Sehinggalah berdarah.

"Argh! Tak guna kau!" Jerit lelaki itu. Meja yang terletak elok itu diterbalikkan.

Terlihat lah seorang gadis sedang bercangkung untuk menyembunyikan diri.

"Sini kau!" Lelaki itu mula mengejar Farya yang sudah melarikan diri.

"Argh!! Jangan kejar Arya!" Farya berlari ke dapur.

Pistol yang berada elok tersangkut ditepi peti ais itu dicapai.

Picu pistol ditarik.

"Sini lah dekat!" Arah Farya sambil menghalakan pistol kearah lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat kedua tangannya.

"Wo.. main senjata eh.." Lelaki itu turut mengeluarkan pistol.

Farya mendengus.

"Shit?" Pistol yang tadi dipegang oleh nya di campak ketepi.

Dengan pantas dia menahan tangan lelaki itu dan dipusing 360 darjah. Sehingga berbunyi.

Prak!

"Argh!" Tangan lelaki itu sudah pun patah.

"Mantol! Sedap kan?" Pantas kakinya pula mendarat ke kepala lelaki itu.

Terbaring terus apabila mendapat sepakan percuma itu.

"Damn!" Dipijaknya pula alat sulit lelaki itu.

"Argh!" Erang nya lagi. Lelaki itu sudahpun terbaring lemah.

"Stop it budak!" Dia kini dikelilingi oleh 5 orang lelaki dewasa.

Farya mendengus. Cap dikepala nya dibetulkan. Game start..

Mati? Belakang cerita lah..

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now