- 23

55 4 0
                                    

Farha baru sahaja keluar dari bilik air. Harini dia tak ikut Fairel pergi ke kerja. Katanya takde mood.

Sejak kandungannya nak masuk 3 bulan. Ada saja benda yang tak kena. Sebab tu dia jadi takde mood nak melekat dengan Fairel.

"Bagai mimpi kau kutemu, gadis yang ku dambakan terserlah ayu, terbit kasihku namun tertunduk malu, kerna ku tahu bezanya kau dan aku " Mula muncul mood untuk menyanyi sambil bersiap-siap untuk keluar pergi makan. Mulut masih terkumat-kamit menyanyi lagu kasihnya Laila.

Tangan mula mencapai beg tangannya dan kunci kereta. Pantas kakinya keluar dari bilik dan turun menggunakan tangga.

"Kau menjelma bak cahaya, suluhku yang terabadi dalam dada, Assalamualaikum hulur bersapa, bersama kita mencipta bahagia" suaranya yang sengaja dibesarkan itu memenuhi segenap ruang tamu rumah itu. Sekarang rumahnya kosong. Tiada orang, hanya ada dia dan 2 orang pembantu rumah sahaja. Tapi mereka pun entah ke mana.

"Di balik selendang sembunyi Nur kasih mu, tersimpul hatimu, hatiku, satu! Persis si majnun menagih kasihnya Farha! Terbelah dunia tetap bersama..." Nyanyian dihabiskan tepat dia memasuki kereta. Sempat dia menukar lirik lagu. Suka hati dia je.

Keretanya dipandu laju menghala ke sebuah mall terbesar dibandar. Nak healing.

Masuk sahaja kedalam mall yang besar itu. Kakinya terus melangkah menuju ke sebuah restoran. Kita makan dulu, baru shopping.

Selesai sahaja memesan makanan. Matanya menangkap sosok lelaki yang amat dia kenali. Lelaki itu bersama seorang perempuan yang kelihatan terlampau seksi. Sakit mata dibuatnya.

Hati Farha mula terbakar. Dia cuba menenangkan hatinya, mula dia memasang telinga untuk mendengar percakapan mereka.

Kedudukan mereka tidak lah jauh mana. Hanya jarak beberapa meja. Kebetulan meja itu semua kosong. Jadi tidak ada halangan untuk Farha mengintip.

Untuk pastikan dirinya tidak dikenali oleh lelaki tersebut. Faham mencapai satu cermin mata dan memakai topi. Cukup itu saja, dia boleh mengubah identiti.

"Kau nak apa ha?" Fairel mula menyoal dengan tenang.

"You tanya i? I nak apa? I nak you Fairel" Jelas Najwa. Fairel mendengus. Ada yang kena tampar kang dekat sini. Farha mula menggenggam penumbuk. Ikutkan hati nak je dia pergi kearah mereka. Tapi dia perlu sabar.

"Kau tak payah nak buat kerja bodoh la Ain Najwa, aku dah ada bini, kau boleh berambus lah" Ucap Fairel lagi. Najwa hanya membuat muka selamba.

"Bini? Bini kau bukannya cantik pun, nak bandingkan dengan aku? Bagai langit dengan bumi lah Fairel!" Dengan berlagak nya Najwa memeluk tubuhnya.

Farha tersenyum sinis, bagai langit dengan bumi ye. Kita tengok, sapa langit, sapa bumi.

"Aku boleh gantikan tempat dia lah! Aku boleh jadi yang lebih baik dan aku lebih layak dari dia lah!" Dengan perasaan bangga diri Najwa berkata.

"Kau tak layak" Dengar sahaja ayat itu keluar dari mulut Fairel. Najwa mula berasa sakit hati. Dia sebenarnya tidak kenal dengan isteri Fairel. Jadi dia boleh la nak berlagak kan.

Fairel membelakangkan kerusi untuk bangun dan meninggalkan Najwa disitu. Dengan pantas, Farha duduk diatas peha Fairel. Terus terhenti pergerakan lelaki itu.

Dia terdiam. Tidak perlu teka lagi, sah itu adalah isterinya. Dia bukan tak kenal dengan bau perfume Farha. Dia terlalu kenal.

Fairel hanya duduk diam di atas kerusi itu.

Najwa membulat kan matanya. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Kau sapa hah! Kenapa kau duduk dekat atas suami aku!" Najwa ingin menarik tangan Farha dan ingin Farha bangun dari pemangkuan itu. Tapi tidak boleh kerana Fairel sudah memeluk pinggang Farha terlebih dahulu.

Farha tersenyum sinis. Topi dan cermin mata itu dibuka.

"Apa kau cakap? Suami?" Dengan nada yang sinis, Farha memegang tangan Fairel yang melingkar di pinggangnya. Tangan jejaka itu di pegang dan dicium.

"Kau? Isteri Fairel? Dia takde tested ke sampai nak kawin dengan kau?" Farha mula bangun dari pangkuan Fairel. Perlahan lahan mendekati Najwa.

Najwa dengan laju ingin melepaskan tamparan pada pipi Farha. Tapi apakan daya, Farha lebih cekap. Tangan Najwa yang mencuba menyentuh pipinya itu ditahan dan dicengkam kuat.

"Wow, nak tampar aku? Kau tak kenal ke aku sapa?" Makin lama, makin sinis nada yang diberikan.

"Kau sapa hah! Kau fikir kau boleh dapatkan Fairel! Dia aku punyalah! Aku isteri dia!" Dengan angkuhnya Najwa menipu.

"Wah kau, nak claim claim pulak" cengkaman itu dilepaskan. Najwa mendesis kesakitan.

Pergelangan tangannya mula memerah akibat cengkaman yang kuat itu.

"Sayang! Tengok ni, perempuan ni buat! Sakit tangan i" Najwa mengadu kepada Fairel.

Fairel sudah memaki Najwa didalam hati. Dia mula bangun.

Najwa melihat Fairel yang mula mendekatinya itu, dia tersenyum senang.

Fairel berjalan melepasinya. Dia berdiri disebelah Farha. Pinggang Farha dipeluk. Pipi putih milik Farha dicium.

Najwa jelas terkejut.

"she is my wife" Farha menunjukkan senyum kemenangan. Tetapi lebih kepada senyum sinis.

"A-apa, is-isteri you?" Tergagap-gagap Najwa dibuatnya.

"Ye, Cik Ain Najwa" Farha perlahan lahan mendekati Najwa lagi sekali. Api kemarahannya semakin membuak-buak.

Pak!

Terteleng kepala Najwa kekanan. Sungguh perih temparan itu.

"Jadi perempuan, jangan nampak diri tu murah!" Najwa memang pipi kanannya.

Pak!

Lagi sekali, tetapi di belah kiri pula.

"Kau dengar sini eh" ke-dua belah pipi Najwa di cengkam.

"Tiada siapa yang boleh gantikan tempat aku sebagai wife Aris Fairel, only me! Kau tak payah nak berangan!" Sembur Farha.

"Kau cakap apa tadi? Kau isteri dia? Wow, bila masa pulak dia kawin dua? Kau? Nak jadi madu aku? Pastikan kau langkah mayat aku dulu Ain Najwa" Sembur Farha lagi.

"Lagi satu, kau tadi cakap yang aku tak layak? Wow, yakinya kamu, kau cakap apa tadi? Kau lagi cantik dari aku? Siap bezakan langit dengan bumi, sungguh hebat ye kamu wahai wanita" Cengkaman pada pipi Najwa dilepaskan. Cukup pedih pada saat itu.

"Sekarang kau dah tengok kan? Sapa langit sapa bumi? Yang jelas aku lagi perfect dari kau! Kau boleh pergi mampus" Sengaja muka Farha mendekati muka Najwa.

Seperti tidak boleh menerima kenyataan, Najwa mendengus, pantas Najwa pergi melarikan diri. Farha tersenyum sinis. Nak lawan dengan aku.

Fairel mendekati Farha. Tangan ingin memeluk pinggang gadis itu. Tapi pantas Farha menepis. Farha kembali duduk di mejanya. Makanannya sudah pun sampai. Dia menjamu selera tanpa menghiraukan Fairel yang masih terkaku akan tindakan Farha sebentar tadi.

Sorry baby, aku sakit hati.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now