Bergegas Farha pulang kerumah, apabila bodyguard nya menelefon nya sebentar tadi.
Pistol sudahpun disiapkan ditepi seluar. Buat berjaga-jaga.
"Farya!!" Jeritnya dari luar. Belum masuk lagi dah jerit jerit.
Langkah saja masuk ke pintu. Dia melihat sosok seorang lelaki sedang duduk disofa dan memegang anaknya. Picu pistol ditarik. Dan sedia dihalakan kearah jejaka itu.
"Jangan sentuh anak aku!" Farha mula mendekati jejaka itu.
"Shuhhh.. jangan bising, ada baby tengah tidur, perlahankan kan suara tu" Tenang si jejaka menjawab.
"Calm down, simpan pistol tu, aku nak jumpa baby je, bukan nak bunuh baby" Farya yang tadi berada di pangkuan jejaka itu, kini diletakkan diatas sofa. Jejaka itu mula bangun.
"Garang nya madam kita ni" Usik Qaishar.
"Qaishar?!" Pantas Farha berlari untuk mendekati Qaishar. Pistol yang dipegang sudah lama dicampakkan ke tepi.
"Hai?" Sapa Qaishar.
Tiba tiba, Farha memeluk Qaishar.
Qaishar terkaku disitu. Tidak membalas pelukan.
"Far, laki kau hidup lagi tau" Terus Farha melepaskan pelukan.
"Hehe sorry, rindu ah" Qaishar menelan air liur. Lain macam.
"Tak rindu suami ke?"
"Rindu lah gila, setiap hari aku menangis" Kaki melangkah mendekati Farya yang sedang nyenyak tidur.
"Berapa bulan?" Soal Qaishar.
"Berapa bulan korang tinggalkan aku?" Qaishar menggaru kepalanya.
"6 bulan?" Farha mengangguk. Selama enam bulan lah, dia perlu membesarkan anaknya seorang diri.
"Bila dia nak balik?" Muka Farha kelihatan begitu sayu.
"Entah lah" Qaishar mengangkat bahu.
"Penantian.. ini teramat lah panjang.. cuba kau rasakan sayang, letih ku di hujung jalan.. ooo.. dia menghilang.. membawa semua kenangan.. terindah yang ku rasakan.. saat bersamanya sayang.. hati ku pilu, sepilu pilunya..." Lagu itu sudah cukup untuk menggambarkan tentang perasaan Farha buat sekarang ini.
Siapa je yang tak rindu dengan lelaki sendiri. Nak nak, kena tinggal lama. It's hurt.
"Apa nama anak kau ni?" Soal Qaishar, sejak pertama kali dia berjumpa, nama pun tak tahu.
"Farya Qaisara binti bapak dia" Qaishar seperti berfikir.
"Qaisara.. Qaishar.. pretty name.." Gumam nya sendiri.
'Patut la single.. jodoh baru lahir..' Pipi Farya dielus.
"Kau fikir apa benda ha?" Soal Farha yang dari tadi asyik memerhatikan Qaishar.
"Ada lah"
Semenjak hari itu, Qaishar sudahpun digelar sebagai Babysitter Farya. Kemana sahaja Qaishar ingin pergi, Farya wajib dibawa. Kecuali pergi tandas lah. Rosak anak orang.
Telefon milik Farha berdering. Pantas diangkat.
"Hello?"
"Jantan tu terlepas, aku dah suruh Xavier dengan Ryan cari dia" Jennifer mencuba untuk meyakinkan Farha.
"Cakap dekat Xavier, tak payah susah susah cari jantan tu, menyusahkan aku je, biarlah dia terlepas, paling paling pun, dia budak Rania"
"Macam mana kau tahu?"
"Certo, sono Lee, giusto?(Of course, I'm Lee, right?)"
"Sì, tu sei Lee(Yes, you are Lee)"
Farha tersenyum nipis. Panggilan dimatikan.
Dalam diam, Qaishar mendengar perbualan mereka.
Sejak Qaishar balik dan menolong nya untuk menjaga Farya, Farha jadi makin terlalu sibuk dengan urusan kerja nya. Sehingga kesihatan pun tidak terjaga.
"Bye sayang, nanti mummy balik" Ucapan terakhir sebelum Farha bergerak untuk pergi berjumpa dengan anak buahnya.
Seperti biasa, dia memecut laju. Tanpa disedari, sebuah kereta telah mengekori nya dari jauh.
Radio dibuka. Terpasang lagu Pasti dari Cherpen band.
Dia mula menghayati lirik lagu itu, sehinggalah sampai pada bahagian chorus.
Semestinya nanti, engkau kembalikan sentuhan lembut mu, lagi, akan juga nanti, angin meniup kan rindu padamu..
Semestinya nanti, engkau kembalikan sentuhan lembut mu lagi... akan juga nanti angin meniup kan rindu padamu.
Radio tiba tiba terpadam. Dan terpampang pada skrin, notice amaran.
What the heck?
Pantas Farha meminta bantuan dari Jennifer, tetapi tidak berjaya.
Sistem nya sudah tidak berfungsi. Bila masa tah rosak.
Farha mengeluh. Stereng dipukul. Shit!
Dia melihat ke cermin sisinya. Dia terlihat sebuah kereta berwarna hitam seperti sedang mengejarnya.
Dia menarik nafas sebelum cepat memecut. Tetapi apakan daya. Kereta itu lagi pantas darinya.
"Bangsat.." Makinya perlahan.
Dia segera menghubungi Qaishar untuk meminta bantuan.
"Qai! Tolong aku! Kalau apa apa jadi dekat aku, tolong jagakan anak aku!"
Telefon dimatikan. Location terakhir nya diberikan kepada Qaishar.
Telefon disimpan di dalam poket. Dia tiada pilihan lain, selain daripada masuk kegaung yang ada didepan.
Kereta BMW X6 berwarna biru, sudah selamat sampai ke dalam gaung.
Kereta yang mengekori nya tadi langsung berhenti apabila melihat keretanya sudahpun masuk kedalam gaung.
"Dia dah mati" Rania menoleh kearah Najwa. Najwa tersenyum sebelum mengarahkan Rania untuk pergi dari situ.
"Aduh!" Kepalanya terhantuk kuat. Banyak darah yang keluar dari kepalanya.
Dengan perlahan, dia keluar daripada kereta. Terlihat keadaan kereta yang hampir terbakar itu, pantas dia menjauh dan rebah di atas tanah.
Keretanya meletup dengan kuat sehingga beberapa orang awam perasan akan kejadian itu.
Al- Fatihah...
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...