Setelah hampir seminggu ditahan di hospital. Farha akhirnya dibenarkan untuk pulang kerumah. Tetapi dia tidak pulang ke rumahnya, dia pulang ke rumah keluarganya.
Barangan bayi semua berada di rumah Fairel. Dia terpaksa pulang untuk mengambil barang yang penting. Agak payah jikalau dia berpantang disitu, jadi dia mengambil keputusan untuk berpantang dirumah Datin Aliesa.
Rumah itu kosong. Hanya ada pembantu rumah yang akan datang seminggu sekali untuk mengurus rumah tersebut. Kini Fawwaz yang duduk sementara disitu sehinggalah Farha habis berpantang. Selepas Farha habis berpantang, dia akan duduk disitu semula.
"Farha" Berasa dirinya dipanggil, pantas dia menoleh kebelakang.
"Eh, Sofi" Dia bersalaman dengan gadis yang sudah lama tidak berjumpa. Ini lah P.A kesayangan dia.
"Wah, buat apa kat sini? Beli barang dapur ke?" Soal Sofi.
"Ye lah, takkan aku beli perabut pulak" Masih dengan perangai tidak berubah. Semenjak berkahwin, Farha jarang datang kerja. Fail yang menimbun semua Sofi yang settle kan.
Dekat tempat kerja memang berbahasa English. Tetapi kalau diluar, hilang segala bahasa.
"Ye lah, ni Puan datang dengan sapa?" Pantas Farha menunjuk kearah Farya yang berada helok duduk di dalam stroller itu.
"Eh ada budak kecik la dekat sini" Sofi kelihatan teruja.
"Dengan anak je" Sofi hanya mengangguk. Dia faham dengan perasaan Farha itu.
"Sapa nama dia? Lelaki ke perempuan?" Maklumlah baru pertama kali jumpa.
"Perempuan lah, nama dia Farya, boleh panggil Arya" Pipi gebu milik Farya di cubit perlahan. Geram!
"Ni dah berapa bulan ni, nampak macam dah besar sikit ni"
"Baru sebulan lebih, aku pun baru habis berpantang" Jelas Farha. Sofi hanya mengangguk.
"Nanti Aunty Sofi bagi hadiah ye" Satu kucupan diberikan oleh Sofi. Comel sangat.
"Nanti balik jangan ikut jalan yang sama tau, pusing jauh sikit" Sofi memberi peringatan.
Farha hanya mengangguk. Ok.
Farha mengikut arahan. Dia mengambil jalan yang jauh sedikit untuk sampai ke rumah mama nya.
"Kak Ina, nanti tolong angkat barang dapur yang di bonet kereta ya, saya nak mandikan anak saya, dia membuang pula" Kak Ina hanya mengangguk dan menunduk sedikit sebelum menuju ke bonet kereta.
Farya sudah pun meragam.
"Sabar la sayang, Mummy nak buka tudung sekejap" Beg tangan diletakkan di atas meja solek, tudung sarung dicabut dan diletak kan didalam bakul.
Farya diangkat dan dibawa masuk ke dalam bilik air.
Setelah bertungkus lumus membasuh tahi dan memandikan si kecil. Farha meletakkan Farya diatas katil untuk memakaikan baju.
"Awak nak pakai baju warna apa? Biru ke coklat?" Farya hanya diam. Kang bercakap kang ada yang terkejut pula.
"Pakai biru je lah" Dia yang tanya dia yang bagi jawapan. Suka hati lah.
Setelah kenyang, Farya melelapkan matanya. Telefon dicapai, aplikasi Whatsapp dibuka.
Dia merindukan jejaka itu. Setiap hari dia mesej jejaka itu, dengan harapan, jejaka itu membalas, tetapi sebaliknya. Dia hanya mendapat onetick. Sungguh sakit hati.
Farha mengambil gambar Farya yang sedang tidur itu dan dihantar pada Fairel. Masih onetick.
Dia mengeluh. Lama lagi ke?
Ikutkan hati, dia nak ikut sekali. Tapi siapa pula yang akan jaga anaknya.
"Arya.. Mummy rindu daddy" Air mata yang lama ditahan itu, kini mengalir.
"Daddy tinggal kita.." sambung nya lagi.
"Mummy nak daddy..."
"Arya mesti nak jumpa daddy kan?" Pipi mulus Farya di elus.
"Mummy minta maaf kalau Arya rasa Arya kurang kasih sayang daripada daddy, tapi jangan risau, setahun sahaja, mummy janji, kalau lepas setahun ni dia tak balik juga, jangan risau, biar mummy yang cari daddy, ye sayang?"
"Arya janji dengan mummy, yang Arya takkan tinggalkan mummy, okay?"
Fairel mengeluh, masih tidak tahu bagaimana untuk mencari kekuatan. Kerana kekuatan dirinya ada pada Farha. Dia juga merindui si gadis serta putri kecilnya.
"Tunggu aku balik sayang"
Picu pistol ditarik. Dia melepaskan tembakan pada sebuah patung.
"Teruskan usaha lagi Fairel!" Dika memberi kata-kata semangat.
Mereka akan memulakan peperangan lima bulan lagi, selama enam bulan ini, mereka hanyalah mengumpul strategi dan memasang perangkap. Musuh masih tidak mengetahui tentang persiapan mereka. Jadi bersedia lah.
Enam bulan selebihnya untuk memastikan supaya keadaan sudah selamat. Lebih cepat siap, lebih cepat lah dia boleh balik kepelukan si isteri.
"Wei, aku nak perang sekarang boleh tak? Bulan depan aku nak balik" Pinta Fairel.
"Boleh, tapi aku belum tahu lagi orang dia ada berapa" Fairel mengeluh.
"Kau nak balik awal ke?" Soal Qaishar.
"Mesti lah, aku rindu bodo dengan bini aku" Air mata dikesat kasar.
"Entah lah Rel, aku tak tahu, tapi yang pasti kita dekat sini tak sampai setahun, mungkin sepuluh bulan tahu sebelas bulan sahaja" Shah membuat andaian.
"Minggu depan puasa dho!" Haraz tiba tiba menyampuk.
"Ala, aku nak raya dengan bini aku!" Kesekian kalinya Fairel menangis.
Mereka berlima hanya melihat Fairel. Kau sorang je lah yang ada bini.
"Single diam!" Fairel menjelirkan lidah kepada mereka berlima. Dasar bos tak guna.
"Eh kau, aku dah ada awek eh" Haraz memeluk tubuh.
"Awek je, bukan bini!" Sembur Fairel lagi.
Kalini mereka semua terdiam. Malas nak jawab lebih lebih. Nanti sakit hati.
"Korang, aku ada satu idea, tapi ni macam pentingkan diri aku" Qaishar memberi sebuah rancangan.
"Aku rasa okay je, lagipun kau macam takde function" Sembur Darwish.
Qaishar menunjukkan jari tengahnya.
Darwish tergelak.
Fairel masih berfikir.
"Aku on je, lagipun biarlah terubat sikit rindu dia, aku kesian dekat dia" Qaishar mengangguk.
"Okay, plan tu dikira on!" Mereka bersetuju untuk membuat kerja gila itu. Sebuah kerja yang mungkin boleh menyebabkan kematian.
"Tak sabar nak tengok Qaishar join underground" Darwish menepuk-nepuk tangannya.
"Kau memang bodoh.." Ucap Qaishar kesal. Penat nak berlawan mulut dengan Darwish. Kalau Darwish lawan dengan Farha. Confirm kalah.
Dasar mulut puaka!
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Подростковая литератураʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...