Fairel masih menumpukan perhatian kepada kerjanya. Langsung tidak memikirkan tentang isterinya yang lama didalam tandas.
Setelah satu jam terperap didalam tandas akhirnya Farha keluar.
Macam mana nak bagitau eh? Test pack yang dibeli tadi dipandang lama.
Farha langsung menghampiri Fairel.
"Yes darling?" Fairel memandang kearah Farha.
Farha membuat muka sedih. Dah kenapa bini aku ni?
Perlahan-lahan Fairel menarik Farha untuk duduk diribanya.
"Why?" Fairel mengusap lembut kepala Farha.
Tangan yang masih erat menggenggam test pack dihulurkan kepada Fairel.
"Apa ni?" Fairel membuka genggaman.
"Kenapa ni?" Fairel masih tidak faham, apa yang ingin disampaikan oleh Farha sebenarnya?
"Tengok la betul betul, Ish!" Marah Farha pula. Sejak bila tah lakinya bele.
Test packe menunjukkan hasilnya. 'pregnant'
Fairel tergamam. Sumpah la?
Farha mengangguk. Air mata yang lama ditahan kini mengalir. Fairel turut mengalirkan airmata nya. Fairel menarik Farha kedalam pelukan.
"Alhamdulillah sayang" pipi Farha diusap lembut. Dicium berkali-kali. Rasa bahagia! Inilah penantian mereka berdua.
"Jom pergi check up" Pantas Fairel mengambil kunci keretanya.
"Tahniah tuan, isteri tuan dah mengandung 2 minggu" Terbit senyuman bahagia dibibir Fairel.
"Saya nak pesan, jangan bagi isteri tuan buat kerja yang terlampau kuat, sebab takut ada effect dekat kandungan" Fairel hanya mengangguk faham.
Setelah selesai check up, mereka pulang kerumah semula.
"Fairel" Fairel menoleh.
"Ye" Farha seperti mencari sesuatu. Matanya meliar mencari sosok lelaki itu. Mana pergi jantan tu?
"Kau cari apa?" Pinggang Farha dipeluk dari tepi.
"Mana Qai?" Fairel mengangkat kening. Qai?
"Kau tak tahu ke sayang?"
"Apa?"
"Qai cuti la" Farha membuat muka hampa. Adu cuti pula.
"Cuti apa?"
"Entah, dia minta cuti, aku bagi je la" Farha hanya mengangguk. Takde dia, kosong la rumah ni.
"Kau rindu dia ke?" Farha menggeleng. Kang angguk kang mahu kena buang.
"Kejap lagi dia balik la tu, dia minta cuti sampai kau keluar wad je" Farha mengangguk perlahan. Dia dengan Qaishar seperti adik beradik. Hilang sekejap mesti dicari. Fairel faham. Mereka dah kenal dari kecil. Jadi sudah tentu Farha sudah terbiasa dengan Qaishar.
"Hello! Wassup geng! Qaishar is comeback!!!" Tengok, baru cakap dah muncul jantan ni.
"Hello puan!!" Qaishar melambai lambai kepada Farha. Farha membalas lambaian itu. Kalau tak balas nanti terasa pulak.
"Weh! Pondan! Kau pergi mana hah!!" Farha bercekak pinggang. Rindu tau tak?
"Chill aku balik kejap, ada masalah family" Fairel mengangkat sebelah keningnya.
"Kenapa dengan family kau?"
Mereka kini duduk disofa yang berada di ruang tamu.
Qaishar membuka cerita. Dia memang dah selesa untuk berbagi masalah dengan Fairel. Baginya Fairel adalah keluarga.
"Ada orang masuk minang aku" Farha yang baru meneguk air itu, tersedak. Masuk minang?
Fairel menepuk belakang Farha. Teruk betul.
"Apa kau? Kau fikir takde ke yang nak aku? Ada eh, cuma diorang bukan test aku" Katanya angkuh.
Farha membaling bantal kecil kepada Qaishar.
"Tu lah kau! Memilih! Dasar selek! Orang tu nak kau tak nak, bila kau nak orang tak nak!! Padan muka, kan dah single" Qaishar menjeling, aku tunggu kau Bodo.
Fairel menutup mulut isterinya. Bising sangat.
"Shut, diam sayang, aku nak dengar masalah budak ni" Farha akur.
"Jadi? Apa masalahnya?"
"Masalahnya, perempuan tu paksa aku untuk aku terima dia, memang tak lah, tak de test" Qaishar memeluk tubuh.
"Habistu kau nak sapa?" Fairel mengangkat kening.
"Sebenarnya aku dari dulu minat dekat sorang perempuan ni, tapi dari dulu memang susah untuk aku dapatkan dia, sampai sekarang, kitorang rapat, tapi aku sorang je yang memendam perasaan, dia tak" keluh Qaishar, akhirnya segala benda yang dia pendam sudah di lepaskan.
"Kau kan kaya, masuk la minang dia" Fairel memberi cadangan.
Qaishar menggeleng.
"Kau nak suruh aku jadi perosak hubungan ke? Dia dah jadi bini orang" Fairel terkedu.
"Jadi selama ni kau suka bini orang la?" Qaishar menggeleng lagi.
"Memang tak lah aku nak suka bini orang, aku kenal dia dari kecil, aku nak bagitau dia yang aku suka dia, tapi masa tu dia dah ade seseorang, jadi aku memilih untuk simpan dulu, bila dia dah single, aku fikir aku ada peluang, rupanya tak, dia memilih untuk jauh kan diri dari semua orang yang ada kena mengena dengan ex dia, aku memang yang paling rapat dengan ex dia tu, jadi dia jauh kan diri dia dengan aku, aku memang sedih masa tu, tapi aku hormat keputusan dia"
Farha masih tekun mendengar. Sambil sambil menyuap popcorn didalam mulut.
"Selepas setahun kitorang lost contact, tahu tahu dia dah jadi bini orang, jadi aku mundur la, tapi aku tak boleh padam perasaan aku, jangan risau, aku takde niat nak jadi perosak rumah tangga orang, jadi aku stay single sampai bila bila, aku dah tak nak kenal orang lain, cukup dia sebagai first love aku" Fairel dan Farha mengangguk.
"I fell you Qai" Qaishar kini redha. Dah takde peluang.
"Sabar eh, biasalah tu, takde jodoh, insyaallah, jodoh kau lagi baik dari dia" Fairel memberi kata kata semangat.
Qaishar hanya mengangguk.
No one can replace your place in my heart, only you Farha Qaleesa.
Dia bahagia melihat gadis yang dicintainya bahagia bersama orang yang tepat.
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Novela Juvenilʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...