- 31

62 2 0
                                    

Lima biji kereta Ranger berwarna hitam sudah lama terparking.

"Awal" Qaishar mengambil lighter dipoket untuk membakar rokok.

"Widih.. tak sabar nak tengok Qai bar bar" Darwish bersorak. Dari haritu lagi.

"Pergi mampus lah kau, aku pun tak sabar nak balik hahaha" Shah hanya menggeleng. Macam budak budak.

"Tapi kan, kalau Qai mati awal, sapa nak bunuh diorang? Aku tak nak bunuh bunuh" Haraz mula menyoal. Ye tak ye jugak eh. Sepanjang hidup, jarang sekali mereka membunuh orang, kecuali Qaishar.

"Kau ni, kan ramai lagi budak aku, biar diorang yang habiskan" Jelas Fairel.

Mereka mengangguk ye la.

Tiba tiba mereka mendengar sebuah bunyi tembakan dari arah depan.

"Tak reti sabar sial" Qaishar menjeling. Siap memakai pakaian keselamatan. Dia mula maju kehadapan. Memang betul betul tak sabar.

Pom! Pom! Pom!

Tiga tembak dilepaskan pada tiga orang. Headshot!

Qaishar mula membuat perlawanan itu menjadi sengit, dengan melemparkan sepuluh biji granade pada pihak musuh. Lagendary!

Mereka berlima yang berada dibelakang hanya menjadi supporter.

Tanpa dia sedar. Sebuah sniper sudah pun diarahkan untuk menembak kearahnya.

Klik!

Peluru dimasukkan. Dengan berhati-hati, dia menembak mengikut sasaran.

"Qai! Sniper!" Jerit Fairel.

Qaishar tidak mengelak. Tetapi masih tetap berdiri tegak disitu. Butang yang tertulis sniper yang ada pada jaketnya, ditekan. Tepat peluru terkena didada Qaishar.

Dia mendesis sebelum rebah ke lantai dan mencium jalan tar.

"Yes!" Lelaki yang menembak kearah Qaishar bersorak perlahan. Pantas dia menyimpan semula sniper itu didalam beg khas. Sah dia memang sasarkan hanya untuk Qaishar.

"Sekarang!!" Arah Fairel. Kini mereka mula maju. Tubuh Qaishar yang sudah terkulai itu diangkat oleh Fairel dan diletakkan didalam kereta kalis peluru. Sudah lah berat.

"Weh! Jangan mati betul betul!" Fairel kelihatan risau. Pantas Fairel mengarahkan driver nya pergi membawa Qaishar ke hospital.

Perlawanan itu terjadi selama 3 jam. Akhirnya mereka berjaya menumpaskan musuh.

"Sial betul!" Fairel menepuk bonet kereta.

"Asal?" Soal Haraz.

"Orang yang tembak Qai tu, bukan budak dia! Dia pembunuh upahan!" Darwish jelas terkejut.

"Ha!? Pembunuh upahan? Gila lah!" Ucap Haraz pula. Masing masing terkejut. Siapa pula yang nak bunuh si Qai ni?

"Habistu Qai dah mati ke?" Dika pula menyoal.

Shah memukul kepalanya.

"Kepala hotak kau, dia dah gerak" Ujar Shah. Yang kuban kuban je kawan dia ni.

"Ouh, nasib baik" Dika mengusap dadanya, tanda lega.

Farha sedang asyik menyaksikan perlawanan itu. Dia memasang mata mata untuk memerhatikan mereka.

'wah, pro lah baby!' Pujinya dalam hati.

Tiba tiba dia melihat adegan Qaishar ditembak dan dibawa ke hospital. Dia terkedu.

Mati ke? Hatinya mula risau. Pantas dia memeriksa dari mana datangnya tembakan itu. Identiti lelaki itu dicari.

"Tolong tandakan lelaki ni" Pinta Farha. Pantas Jennifer membuat apa yang disuruh.

"Lee, kalau bunuh dia tak dapat apa apa, sebab dia orang upahan" Jelas Jennifer.

"Tangkap dia dan siasat dia" Tegas Farha.

"Baik" Jennifer sambung membuat kerja. Orang orangnya sudah pun dihantar untuk mencari lelaki itu.

"Kalau dapat nak buat apa?" Arely menanyakan soalan bodoh.

"Buat macam biasalah, macam tak pernah buat, pastikan dia bagitau semua benda betul, kalau dia berkeras, just do it" Farha mula melangkah meninggalkan bilik itu.

Alara tersenyum. Yes!

Tepat pukul 1 pagi, Farha sampai dirumah, dengan muka yang penat, Farha melangkah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum.." Baju coats dibuka dan dicampakkan diatas sofa, beg kerja serta beg tangan turut dicampakkan sekali. Penat woo..

Uwekk! Uwekk!

Suara tangisan bayi dari dalam bilik pembantu rumah nya. Farha langsung memasuki kebilik itu.

Farya didukung dan dibawa naik keatas. Memang setiap malam, pulang sahaja daripada tempat kerja, Farha akan mengambil anaknya terlebih dahulu sebelum naik ke atas.

"Sorry sayang, Harini mummy busy" Kedua belah pipi dicium.

Selesai memberi susu, Farha terlelap sambil memegang Farya.

Dengan badan yang letih, Farha masih mengingati akan tanggungjawab nya sebagai seorang ibu.

Farya turut terlena didalam dakapan mummy nya.

Uwekk! Uwekk!!

Kini jam menunjukkan pukul 3 pagi, seperti biasa, Farya akan bangun selepas 2 ke 3 jam.

Kali kedua Farya menangis.

Perlahan lahan Farha bangun dan memberikan Farya susu.

Punggung Farya ditepuk-tepuk. Setelah kenyang, mereka sambung tidur.

Uwek!! Uwekk!!

Farya bangun lagi untuk kali yang ke tiga, pada pukul 6 pagi. Jadual malam dia senang je. Kalau bukan pukul 1,3,6 mesti 2,5,7.

Sekarang ni, memang dah tak payah pasang alarm, cukup Farya bangun untuk menyusu je, dah dikira alarm.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now