"Huh penat, dari pagi sampai petang tak rehat" Dia meletakkan barang dapur yang sudah dibeli di atas meja dapur.
Marnisha yang tidak membawa apa-apa sudah 'landing' di atas sofa.
"Kau ni Mar, bukannya nak tolong" dia mula menyusun barang barang yang dibelinya.
"Wa malas laaa" Matanya hanya tertumpu pada telefon.
"We Far, apa habit kau eh?" Marnisha tiba tiba menyoal.
"Ha? Habit?" Farha memikir, apa yang dia selalu buat eh?.
"Ha.. aku selalu buat benda ni dekat kau" Farha tersenyum sinis.
Marnisha memikir. Apa eh.
Ha! Dah tahu!
"Kau suka gigit orang kan, kalau kau geram"
"Ye betulll!" Farha bangga dirinya seorang yang suka menggigit. Dia suka gigit orang secara tiba tiba. Kalau duduk je sebelah kawannya, salah seorang akan digigit olehnya.
Selesai menyusun Farha mengambil tempat di sebelah Marnisha.
"Kau buat apa ha" Farha ingin mengintip skrin telefon Marnisha. Apa tah yang dibuat nya.
"Esok nak pergi mana ehh" Farha membuka fone.
Marnisha menoleh.
"Esok jadi ke pergi mandi mandi?"
"Tak! Sebab Ellyana takde, dia balik kampung!" Farha mencebik. Padahal dia ambil cuti untuk pergi ke waterpark bersama sama. Tetapi apakan daya. Ellyana pula ada hal family.
"Jadi esok kau free la kan?"
"Ye, asal?" Farha mengangkat kening. Dah kenapa perempuan ni. Tak pernah-pernah pun tanya free ke tak.
"Esok aku ada family Gathering, hehehe" Marnisha membuat muka comel.
"Kau apehal"
"Kau kan tunang Fairel... Jadi... Aku nak ajak kau, kau sudi tak?" Marnisha memujuk Farha. What the hell? Belum kahwin nyahh. Ajak aku family gathering? Asyumpah la.
"Eh kau, aku tunang, bukan bini" Farha menolak.
"Ish! Kan dah ade ikatan, boleh la" Marnisha masih memujuk.
"Habistu nanti Areesa kat rumah? Tak pergi mana mana? Nanti dia terasa macam mana?" Farha cuba mencari alasan. Lagipun tak senang la kalau mereka sahaja ada event sedangkan Areesa duduk dirumah.
"Esok Areesa nak celebrate birthday adik dia, family dia berkumpul, esok pun dia balik kampung jugak" Marnisha masih teguh untuk membawa Farha bersama.
Farha sudah mati idea, tak tau nak bagi alasan apa dah.
"Ish! Ye la ye la" Farha akur. Tapi dia tak nak ikut. Malu laaa.
"Yeayy!! Sayang kau muah muah" Marnisha membuat gaya seolah olah ingin mencium Farha.
Farha menolak Marnisha agar jauh daripada nya.
"Dia ada tema, black and white, aku pakai black"
"Siap bertema eh, kalau macam tu aku black la, lagipun aku tak suka sangat pakai putih lama lama"
"Okay!" Marnisha menunjuk jari 'ok'.
"Farha! Dah siap ke belum! Dah nak pukul 8 ni!" Marnisha menjerit dari ruang tamu. Sedangkan Farha masih didalam bilik. Ok ke outfit aku ni? Dia masih ragu ragu untuk keluar. Nanti apa pula yang Marnisha cakap.
Farha melihat dirinya di dalam cermin. Ok la ni.
Dia keluar dari bilik.
"Cantik Siot tunang Fairel" Puji Marnisha dengan sedikit mengusik.
Farha meng'flip kan tudung nya. Rambut takdok. Tudung pun jadi lah.
Dia memakai Drees simple berwarna hitam dan shawl hitam. Nampak simple tapi cantik!
"Jom gerak!" Marnisha bangun dari sofa.
"Eh jap" tahan Marnisha.
"Bawak kereta kau lah, aku malas la bawak kereta, lagipun malam la, aku tak boleh malam sangat" Farha redha. Mereka berdua pergi ke parking lot.
Kereta Mercedes benz AMG GT black series, kepunyaan Farha yang diberi nama, rerel dipandu laju membelah laut HAHAHA . Korang tahu tak kenapa nama kereta dia rerel? Cuba teka!
"Kau tak rasa ke kalau bawak kereta ni rasa macam riak, patutnya bawak kereta kau tadi" Farha bukan la sejenis nak menunjuk, tapi kalau mood dia nak menunjuk memang tak boleh lawan lah.
"Rilek ah lagipun family aku semua kaya kaya weh, tapi kau lagi kaya lah" Marnisha berkata jujur. Family dia takde la kaya sangat. Setakat Velfire, Farha ada 10 biji.
"Ish kau ni mana ada!"
Marnisha tergelak.
Dari kondominium milik Farha mahu ke lokasi gathering mengambil masa 20 minit.
Farha memarkirkan keretanya.
"Sampai!" Farha bertepuk tangan. Nervous nak jumpa Family Marnisha. Lebih tepat family bakal suami.
Tiba tiba Farha terlihat seseorang yang mungkin dia kenal. Mesti la kenal!
Farha terkedu. Hatinya terasa kosong.
Lelaki itu berjalan bersama seorang perempuan. Mereka terlihat seperti sepasang kekasih.
"We, Mar" Dia tidak berkata apa apa. Dia menunjuk kearah Lelaki tersebut.
"Tu Fairel kan?" Soalnya. Jujur dia sakit hati.
Marnisha membulatkan mata. Aduh! Mamat ni buat hal!
Farha menutup enjin kereta dan mengunci kereta tersebut, setelah Marnisha keluar dari kereta itu.
Farha tidak menunjukkan sebarang reaksi. Fairel lalu disebelah nya.
'Farha?' jelas Fairel terkejut, macam mana Farha boleh berada disini?
______________________________________
This is rerel 🤌🏻
Kenapa rerel? Sabab Fairel...
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...