Tangannya yang kecil itu tergapai-gapai ingin mengambil sebalang biskut coklat diatas meja dapur. Maklumlah.. diri tu pendek..
Kini, dia berusia 6 tahun.
Qaishar yang kebetulan baru balik itu mendekati si kecil.
"Arya.. nak ambil apa ni?" Soal Qaishar sambil merendahkan badannya untuk menyamai ketinggian Farya.
Dia tidak menjawab, dia hanya menunjuk kearah biskut coklat itu.
Qaishar tersenyum. Farya masih berusaha untuk mendapatkan biskut coklat yang diinginkan itu.
Qaishar membantunya dengan mendukung Farya untuk membolehkan si kecil itu mengambil balang biskut itu.
"Yeay! Thank you Uncle.." Ucap Farya sambil menayangkan gigi putihnya.
Qaishar tersenyum lagi. Sehari kalau tak jumpa budak ni, tak boleh hidup..
Qaishar menurunkan Farya semula dilantai.
Farya pantas berlari lari untuk ke sofa depan televisyen.
Remot tv dicapai. Lincah jarinya menekan butang.
Kartun favourite nya dibuka.
Kini, dia mempunyai satu lagi masalah.
Penutup balang itu terlalu ketat.
Berkerut kerut dahi nya ketika membuka penutup balang itu.
Qaishar mengambil tempat disebelah Farya. Dia pantang mengalah.
"Sini, biar uncle tolong" Farya menyerahkan balang itu kepada Qaishar.
Setelah berjaya penutup itu terbuka, dia memberikan kembali balang yang terisi biskut itu.
"Wow.. thank you lagi sekali uncle! Sayang uncle!" Gadis itu medekat kan bibirnya kepada pipi Qaishar.
"Muah!" Siap berbunyi.
Qaishar tersenyum lagi dan lagi.
Dia mengambil sekeping biskut coklat itu dan diberikan kepada Qaishar.
"Nah! Sharing is caring!" Qaishar mengambil biskut tersebut dan memasukkan kedalam mulutnya.
Farya turut memakan biskut itu.
Perkara biskut pun boleh jadi lama..
Pintu ditutup perlahan. Tidak mahu mengganggu lena si kecil.
Terlihat, anaknya terlena dipeha Qaishar. Skrin televisyen tidak tertutup. Qaishar juga ikut terlena.
"Ish Ish Ish.." Fairel menggeleng kepala melihat Farya dan Qaishar tertidur itu. Farya masih memegang biskut coklat tadi.
Mulutnya juga comot. Tak sempat basuh, dah terlena.
"Mana Far-" Percakapannya terhenti apabila melihat Farya disofa.
"Astaghfirullahalazim.. penat betul.." Farha menggeleng kecil. Pantas tubuh Farya didukung olehnya. Perlahan lahan dia melangkah ke lift.
"Qai.." Kejut Fairel perlahan.
"Erm.." Mata dibuka perlahan-lahan.
"Kau tidur sini je lah.. dah lambat.." Arah Fairel. Qaishar mengangguk dan melangkah masuk kedalam bilik tidur.
Bukan kali pertama dia tidur disitu. Bilik yang asalnya bilik tetamu, sudahpun jadi biliknya.
Farya diletakkan di atas katil. Biskut yang sudah lemau itu dibuang. Farha mengelap tangan Farya yang kotor itu menggunakan kain putih yang sedikit basah. Dilap nya berkali kali sehingga bersih.
Rambut yang masih terikat, dibuka secara perlahan lahan. Baju yang dipakai oleh Farya juga dibuka.
Dia memasukkan baju yang dibuka tadi, didalam bakul baju kotor.
Baju tidur yang baru diambil.
Dipakai kan ke tubuh Farya. Dia terlampau lena sehingga tidak ada pergerakan ketika Farha sibuk menguruskan dirinya.
Setelah selesai, Farha membetulkan posisi tidur nya. Selimut yang lebih besar daripada tubuh Farya ditarik.
Dia melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum tidur.
Fairel pula entah kemana.
Baju tidur set anak beranak dipakai. Sama seperti yang dipakaikan olehnya untuk Farya tadi. Baru sweet.
Dia merebahkan diri nya disebelah kanan Farya. Perlahan lahan memasuki kedalaman selimut.
Farya yang hampir terjaga itu ditepuk perlahan sehingga dia terlena kembali.
Farya bergerak lagi sekali.
Farha menariknya untuk masuk kedalam pelukannya. Tidak lama kemudian, dia juga turut terlena.
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Novela Juvenilʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...