- 30

66 3 0
                                    

"Sekarang chapter yang keberapa?" Soal Farha.

"Dah 30 dah"

"Lah, bukan ni chapter last ke? Mana laki aku?"

"Author kata, tambah lagi chapter" Farha mendengus.

Sabar lah... Tengah fikir ending ni.

______________________________________

Farha mendapat panggilan daripada Ibu mertuanya.

Pantas dia mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum Ma?"

"Waalaikumussalam, Farha tengah buat apa?"

"Farha dalam kereta ma, baru balik daripada beli barang, kenapa ma?"

"Ouh, takde lah, saja tanya, Farha sihat? Cucu mama sihat?"

"Alhamdulillah, Farha dengan cucu mama sihat"

"Alhamdulillah, esok raya kan? Farha pergi mana je raya?"

"Tak tahu lagi lah mama, sebab semua kumpul dekat rumah papa"

"Ouh, iye lah" Suara Datin Atirah berubah menjadi nada sedih.

"Mama sihat? Daddy?"

"Alhamdulillah, mama dengan daddy sihat, mama rindu lah cucu mama"

"Mama, Farha minta maaf, Farha bukan tak nak balik ta-"

"Mama faham la sayang, kamu segan kan? Mama ok je, cuma rindu, nanti kalau ada masa mama datang sana ye"

"Baik ma, sekarang mama dekat rumah ke dekat kampung?"

"Dekat kampung, ada makngah je, masing masing beraya belah mertua, kami dua beradik je"

"Ouh ye ke ma, insyaallah kalau takde pape Farha sampai, petang esok ke"

"Ye ke Farha? Alhamdulillah, mama tak kisah kalau malam ni Farha takde, mama faham, kirim salam dekat mama kamu ye, Assalamualaikum"

"Baik ma, Waalaikumussalam"

Panggilan dimatikan.

Riuh rendah rumah Dato' Fareed. Macam tak puasa pula.

"Nah ma, santan" Farha meletakkan dua plastik santan di atas meja.

"Terima kasih sayang" Ucap Datin Aliesa.

"Ma, Farha rasa kan, Farha nak balik kejap lah kampung Fairel, esok tengahari Farha gerak"

"Bagus lah tu Farha, lebih baik kamu balik daripada tak balik, jangan risau lah, dekat sini ramai, mama tak kisah" Datin Aliesa memberi dorongan.

"Ye lah ma, tadi besan mama telefon, dia kirim salam dekat mama, katanya rindu dengan cucu, tu lah Farha nak balik" Jelas Farha.

"Ouh, patut lah, kalau tak disuruh, memang takde nya kamu nak balik, kan?" Datin Aliesa memerli.

"Ish mama ni" Farha mencebik.

Pagi raya yang indah, semua kelihatan bahagia, termasuk Farha. Muka ceria tetapi hati duka.

'selamat hari raya Aidilfitri Fairel, aku mohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga hujung kaki, maaf jika selama aku jadi isteri kau, aku banyak tergores kan hati kau, buat kau terasa, aku minta maaf, aku nak kau tahu, walaupun kau bukan orang pertama yang aku cinta, tetapi kau adalah orang yang terakhir aku cinta, selamat hari raya baby'

Sambil menyiapkan Farya, sambil hati memohon maaf pada si suami, walaupun dia tak dengar, tapi tak pe lah. Rindu dia.

"Comelnya anak mummy ni! Dah siap dah dia" Pipi gebu itu dicubit. Terkekek kekek Farya tertawa. Kini umurnya sudah masuk 2 bulan, jadi dah bijak bila diagah.

Sesi bersalaman bersama keluarga sudah siap. Matahari sudah tegak diatas kepala.

Selesai makan serta mengambil gambar. Farha meminta diri untuk bergerak ke kampung Fairel. Satu beg miliknya dan dua beg milik Farya sudah diletakkan didalam kereta.

"Farha gerak dulu tau, Assalamualaikum" Dia bersalaman dengan Datin Aliesa. Dengan Bismillah, dia mulakan pemanduan.

"Farya, awak jangan meragam tau, jadi budak baik" Pesan Farha. Sepanjang perjalanan, Farya hanya tidur. Nasib Farha dah siap-siap bagi susu. Dah kenyang, tidur lah.

Kereta diberhentikan didepan sebuah rumah kayu.

Dia menarik nafas. Seatbelt dibuka. Dia melihat kerumah itu. Farya diambil dan dibawa masuk.

"Assalamualaikum.." Terlihat sepi sahaja ruang tamu itu.

"Waalaikumussalam! Masuk lah!" Jerit seseorang dari arah dapur.

"Eh! Farha!" Marnisha berlari-lari untuk mendapatkan Farya.

Mereka bersalaman serta berpelukan.

"Bila sampai?" Soal Marnisha.

"Baru sampai ni ha, mana mertua aku?" Soal Farha pula.

"Ada tu ha, dekat dapur, sibuk merewang-rewang, malam ni ada open house" Dengar sahaja open house dia mula terkaku. Shit! Dia fikir dia takkan terserempak dengan perempuan tu. Rupanya sangkaan dia benar. Hahaha. Maklong tak balik, dia beraya dekat luar negera.

Farha mengambil semula Farya dari Marnisha.

"Mama" Tegurnya. Perlahan lahan dia turun daripada tangga untuk menuju ke dapur.

"Eh! Farha!" Laju Datin Atirah memeluk tubuh Farha. Farya yang berada didukungnya diambil.

"Rindunya dekat cucu nenda ni.." Habis merah muka Farya akibat digomol oleh Datin Atirah.

"Eh makan lah, duduk sini, biar mama pegang Arya" Kerusi kayu itu ditarik untuk memberi Farha duduk.

"Terima kasih mama" Dia mula mengambil ketupat dan rendang.

Suasana di dapur itu riuh rendah dengan gelak ketawa. Tiada pergaduhan pun.

Kalau lah ada perempuan tak guna tu, dah lama dia gerak balik. Nasib takde.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now