- 24

51 4 0
                                    

Selesai majlis perkahwinan Marnisha, Farha serta Fairel meminta diri untuk pulang. Mereka ditahan untuk duduk disitu lama lagi, tetapi Farha memberi alasan yang kukuh untuk pulang.

Mereka datang ke majlis itu menaiki kereta berasingan. Maklumlah masih belum berbaik selepas kejadian Ain Najwa haritu.

Farha menekan butang kunci keretanya. Dengan pantas Qaishar merampas kunci tersebut.

"Biar aku bawak balik kereta kau, Fairel suruh kau naik dia" Farha tercengang. Memang tak lah.

"Tak nak" Farha berkeras.

"Kau nak derhaka ke Far?" Sinis soalan dari Qaishar.

Farha menjeling. Ok fine!

Dengan hentakan kaki, Farha pergi menuju ke tempat kereta Fairel.

Dalam kereta, hanya sunyi. Tiada eh tiada oh.

"Farha" Panggil Fairel.

"Ha" Jawab Farha tanpa melihat sedikit pun kearah Fairel.

"Tolong la sayang, jangan macam ni, tak tenang hidup aku sayang" Rayu Fairel.

"Tolong apa?" Seperti soalan bodoh ye.

"Tolonglah bercakap dengan aku, dah seminggu kau tak peluk aku Farha, rasa macam nak hilang dari dunia ni tau" Fairel masih mencuba untuk memujuk.

"Itu masalah kau, bukan masalah aku" Fairel memicit kepalanya. Susah dapat bini kuat merajuk.

Fairel mengeluh. Aduh.

Kereta diberhentikan di sebuah tempat. Mempunyai pemandangan yang cantik. Terdengar suara ombak ombak yang menenangkan fikiran.

"Jom turun" Ujar Fairel. Enjin kereta dimatikan. Pantas Fairel keluar dari kereta. Farha turut mengekori Fairel.

Angin pantai menyapa lembut. Farha pantas mendekati Fairel. Dia sebenarnya rasa bersalah selepas berkata begitu. Mungkin Fairel terasa.

Fairel duduk diatas pasir pantai itu. Dia merenung kearah air laut. Dia sebenarnya tak tahu nak pujuk macam mana lagi.

Farha turut duduk di sebelah Fairel. Mungkin dia perlu turunkan ego.

Berdosa Farha, palau suami macam tu.

Tiba tiba Fairel memberi sebuah kotak kecil yang berisi sebuah rantai.

Kotak itu diambil.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Risau kena prank.

Cantik! Pujinya dalam hati. Rantai itu dipegang. Terlihat rantai itu diukir 'Farha Qaleesa'.

Dia teringat akan rantai pemberian Shakeel suatu ketika dahulu. Persis seperti rantai yang diberi oleh Fairel. Cuma beza orang yang bagi je.

Rantai itu dipakaikan oleh Fairel.

"Aku minta maaf eh?" Rayu Fairel lagi.

Farha melihat rantai yang berada dilehernya. Dia mengangguk.

Fairel pantas memeluk pinggang Farha dari tepi. Kepala Farha diletakkan dibahu Fairel.

"Aku minta maaf sebab tak bercakap dengan kau, aku tahu mesti kau terasa kan? Aku minta maaf sangat sangat, aku terlampau pentingkan diri, aku minta maaf" Ucap Farha. Fairel hanya mengangguk.

Dicium berkali-kali kepala Farha. Mana sanggup dia tidak bercakap dengan gadis itu. Ujian.

"Fairel" Fairel menoleh kearah Farha.

"Ye saya"

"Tahun ni kan kita tak sempat nak beraya berdua kan?" Soal si gadis.

"Ha ye"

"Jadi tahun depan, kita beraya bertiga la terus kan? Eee tak sabarnya" Ujar Farha sambil menepuk nepuk tangannya teruja.

Fairel menelan air liur nya.

"Insyaallah" Hanya perkataan itu sahaja yang mampu dia balas. Mereka berkahwin selepas raya. Jadi tidak pernah beraya sekali.

Farha hanya tersenyum kegirangan. Birthday dia pun tidak lama lagi. Cuma tinggal 2 minggu sahaja hari kelahirannya. Secara kebetulan, hari kelahiran Fairel hanya beza 3 hari sahaja. Jodoh kan, nak buat macam mana.

Tiba dihari kelahiran Farha. Fairel membuat kejutan di sebuah dewan mewah. Adik beradik serta Mak Ayah Farha dan Fairel turut hadir bagi memeriahkan majlis. Tidak lupa juga kawan rapat Farha dan Fairel. Marnisha, Areesa, Ellyana, Jennifer, Ruby, Arely, Alara dan Kate. Kawan Fairel pula macam biasa sudah tentu Qaishar, Shah, Darwish, Haraz dan Dika. Selebihnya anak buah Fairel. Saja buat penuhkan dewan. Bayar mahal-mahal tapi kosong ye dok?

Setelah acara menyanyi, meniup lilin dan memotong kek, tiba tiba lampu dewan tertutup. Seluruh dewan menjadi senyap dan gelap. Pantas Farha berlari kebelakang dewan tanpa pengetahuan Fairel.

Tiba tiba muncul sebuah kek yang berlilin dibawa oleh Farha. Tarikh pada harini tidak tepat tarikh lahir Farha. Terlebih 2 hari disebabkan Fairel terlampau sibuk di office jadi, Fairel perlu menunda hari untuk menyambut secara besar-besaran. Kebetulan, birthday Fairel esok. Jadi Farha berencana untuk membuat kejutan juga.

Dengan membawa kek kearah Fairel, Farha bernyanyi berseorangan. Dia yang minta untuk bernyanyi seorang diri. Baru sweet.

Tepat jam menunjukkan pukul 12 malam. Ada ke birthday party pukul 12? Ada, aku lah yang buat.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Fairel, happy birthday to you" Tamat sahaja nyanyian dari Farha. Lampu dewan dibuka semula. Fairel terkedu. Tak sangka isterinya rancang semua ni. Keknya masih di tangan Farha. Fairel meniup lilin itu. Semua bertepuk tangan.

"Thank you darling" Dahi Farha dikucup. Kek yang dipegang kini diletakkan diatas meja bersebelahan keknya.

"Most welcome" Farha tersenyum. Dia gembira kerana rancangan dia kalini berjaya. Ini adalah kali pertama dia buat kejutan untuk Fairel.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now