- 14

63 4 0
                                    

Hachum!!

"Puan, puan pergi la rehat dekat atas" kak Hazirah menghulur tisu kepada Farha.

"Takpe, saya nak rehat dekat bawah" Padahal takut duduk atas sorang sorang.

"Kak zira..."

"Ye puan"

"Mana telefon saya?" Kak Hazirah mencari disekitar ruang tamu itu.

"Ini puan" Dia memberi telefon Farha yang berada di atas meja makan.

"Terima kasih"

"Nanti kalau puan nak apa apa, panggil saya tau" Dia meminta diri untuk sambung pekerjaan.

Farha hanya mengangguk. Tak larat. Nak Fairel.

Nombor Marnisha di telefon.

“asslamualaikum”

“waalaikummussalam”

“mar”

“ye, asal call tiba tiba ni, kau nak apa”

“aku demam, Fairel takde, dia outstation”

lahai, sian nya kau, bila dia pergi”

“semalam”

“bila balik?”

“esok”

“3 hari je ke?”

“aah, dia kata tk leh lama lama, nanti rindu wife

Dibalik telefon, Marnisha menjeling. Ya la kau sorang je dah kawin.

“kau nak apa ni?”

“ish kau ni, salah ke aku call kau, aku nak ade orang teman, tapi laki aku takde”

“laki kau tau tak yang kau demam?”

“entah, dia tak de pulak mesej aku”

“pergi la bagitau dia”

“aku tak nak ganggu dia punya kerja”

“tapi kau isteri dia”

“memang la aku ni isteri dia, kalau dia tahu nanti dia terus ambik tiket, dah tak pikir pasal kerja, lagipun dia dah cakap dengan aku, ni kerja paling penting, kalau tertangguh, dia dah tak tau nak buat apa, aku kesian kat dia, jadi aku cuba tahan diri untuk tak kacau dia”

“hm ye laa, kau nak aku datang sana tak? Lagipun aku free

“nak!”

“kau nak apa apa tak?”

“hm.. nak anakk”

Terjungkit bahu Marnisha. Dah kenapa pulak perempuan ni. Ye tau demam. Tapi jangan macam ni.

“tu kau tak boleh minta aku, kau kena minta laki kau”

“hm ye tak ye ek”

“kau dah tu ke?”

“ape?”

“ish kau ni takkan aku nak cakap pulak, kau dah tu tu kee”

“ouhh, eh kau ni, mesti lah dah, aku dah kawin 2 bulan tau, takkan lah tak pernah”

“ingatkan belum”

“aku bukan jenis isteri yang mementingkan diri, aku fikir perasaan laki aku, kalau dia nak, aku bagi je la”

“err, yela, kang aku cakap lebih lebih kang, makin jauh pulak, aku gerak dulu bye bye, betul eh tak nak apa apa, aku belikan buah tau”

“ha okay, bye”

Panggilan dimatikan, kepalanya semakin berdenyut. Sakit. Dia menutup matanya perlahan lahan, dan tertidur.

"Cepat la makan ubat ni" Marnisha bercekak pinggang, susah betul nak bagi ubat. Tapi pelik la, selalunya dia lah yang rajin makan ubat, paling senang bila disuruh makan ubat. Tapi kali ni tak, dia dah jadi mengada-ngada.

"Tak nak la" Farha menutup mukanya menggunakan bantal.

"Habistu kau nak apa ha Farha Qaleesa, sepuluh minit dah aku pegang ubat ni" Farha tetap menggeleng.

"Nak Fairel" Farha mencebik.

Marnisha hanya melepaskan keluhannya. Ubat diletakkan di atas meja.

"Kau pelik la budak, selalunya dengar kata, kali ni makin menjadi jadi ye"

Marnisha berfikir, apa yang membuatkan Farha jadi macam ni ye.

Badan panas nak mati. Tapi tak nak makan ubat.

"Bila last kau period?" Soal Marnisha tiba tiba.

Farha berfikir, bila eh?

"Bulan lepas kot" jawabnya acuh tak acuh.

"Memang tak boleh jadi ni"

Marnisha mengambil keputusan untuk memberi tahu Fairel tentang Farha. Penat nak memujuk.

"Kau rehat la, badan kau panas sangat ni, aku takut kau mati je kejap lagi" Farha menjeling, kuajo punya Marnisha. Dasar sepupu tidak berguna.

Fairel memberi tahu bahawa dia memang dalam perjalanan nak balik, tapi tak tahu pulak yang isterinya sakit.

Sesampai Fairel dirumah, dengan pantas dia mencari sosok isterinya.

Tiada?

Huek! Huek!

Bunyi didalam tandas.

Fairel menjengah kedalam tandas itu. Marnisha masih setia menemani Farha. Dia menggosok dibahagian belakang Farha. Teruk sangat ni.

Fairel mengambil tempat Marnisha tetapi Farha tidak sedar yang menolongnya sekarang bukanlah Marnisha tetapi suaminya.

"Nak Fairel.." Farha merintih.

"Come sayang, aku ni" Farha menoleh kebelakang. Tubuh Fairel dipeluk erat.

"Panas nya badan kau, dah makan ubat?" Farha sudah tidak larat, tidak mampu untuk menjawab.

"Dia tak nak makan ubat, dia nak kau" Marnisha berpeluk tubuh didepan tandas itu. Melihat keharmonian rumah tangga mereka. Kenapa aku dekat sini eh?

Fairel mendukung Farha yang masih erat memeluk lehernya. Kepalanya disandarkan pada bahu Fairel. Rindunya dekat mamat ni.

Tubuh Farha diletakkan diatas sofa. Fairel memberi ubat. Farha menggeleng. Dia membuka mulut. Suap laa. Aku tak larat.

Fairel memasukkan ubat kedalam mulut Farha. Farha hanya akur.

Marnisha tercengang. Semudah itu ye. Punyalah aku berperang tadi. Baik aku suruh je laki kau balik. Marnisha hanya menggeleng. Lantak awak lah.

"Jom klinik" Farha menyandarkan tubuhnya kepada Fairel.

"Tak larat.." Suaranya semakin lemah. Aku dah nak mampus ni oi!

"Mar, ikut aku eh?" Marnisha hanya mengangguk.

Fairel memakaikan tudung sarung kepada Farha. Dia mendukung Farha dan dimasukkan ke dalam kereta.

Farha diletakkan di belakang, dia dibaringkan diatas peha Marnisha. Teruk betul ye demam kali ni.

'get well soon Far'

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now