"Kau duduk situ diam diam tau, aku nak buat kerja, kalau nak apa apa bagitau, okay?" Farha mengangguk. Perutnya yang masih kempis diusap.
Cepat lahir tau anak mummy ni. Tak sabar nak dukung awak. Farha tersenyum sendiri.
Pintu pejabat milik Fairel dibuka dari luar. Terpampang wajah 5 orang lelaki yang kemas memakai coats.
"Bagi salam lah woi" Tegur Fairel.
Kelima-lima jejaka itu masuk tanpa keizinan. Memang selamba badak je.
"Eh ada gegirl la dekat sini" Farha menjeling. Suka hati aku lah. Laki aku.
"Beruk beruk sekalian, jangan nak kacau bini aku, buat kerja diam diam, jangan nak memekak" Fairel memberi amaran.
"Yelah yelah, nak kacau sikit pun tak boleh" Qaishar mencebik. Kalau tak kacau sehari tak sah.
Mereka berlima duduk disofa yang berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Farha.
"Wei beruk" Usik Farha. Kesemua jejaka itu memandang kearahnya. Sah semua beruk.
"Kau nak apa?" Qaishar mengangkat kepala. Fikir gangster ah.
"Lek lek, muka rilek sikit, aku kenal sekor je, beruk beruk yang lain aku tak kenal" Farha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau nak kenal dengan diorang ke? Tak payahlah, diorang tak penting" Keempat empat jejaka itu menjeling ke arah Qaishar. Budak ni memang biadap.
"Aku tak nak kenal, tapi kalau tak tahu nama, nak panggil apa? Beruk? Kalau beruk maksudnya, tu beruk satu, tu beruk dua, yang tu beruk tiga, yang tu pulak beruk empat, kalau kau pulak beruk import, gitu?" Farha menunjuk seorang demi seorang. Mereka berlima ternganga.
"Otak kau lah" Qaishar memeluk tubuh.
"Lah betul lah, dah korang tak nak kenalkan diri, aku panggil jela beruk, kan?" Mereka semua menjeling. Ni bukan diorang yang kacau Farha, tapi Farha yang kacau diorang.
"Ish kau ni"
"Yang pakai baju warna merah tu Shah, aku rasa Fairel dah kenalkan kot" Terang Qaishar.
"Kau fikir, aku ada masa ke nak scan sorang sorang?" Qaishar menjeling. Suka hati kau lah.
"Yang baju biru ni pulak, Darwish, ni beruk dari New Zealand, yang Shah tadi tu, beruk dari Amerika" Shah dan Darwish hanya pasrah. Kau tunggu Qaishar.
"Yang baju kelabu tu, Haraz, dia bukan beruk tapi orang utan, perangai dia sebijik macam yang dekat hutan tu" Haraz memeluk tubuh. Jantan ni memang kurang ajar.
"Yang baju hijau ni pulak, Dika, dia ni lelaki melayu terakhir tau" Dika membuat muka bangga. Dalam kroni kroni diorang, Dika paling behave, tak macam yang lain, serupa beruk.
"Kalau yang pakai baju Coklat.."
"Kalau yang pakai baju Coklat ni aku kenal, dia lah seekor beruk dari hutan Amazon, dia paling Sakai, nak cakap pasal perangai dia? Huh, paling teruk dari korang semua" Bidas Farha. Padan muka, kau nak kutuk diorang kan. Kan dah kena.
"Wah sedap mulut kau eh" Qaishar menjeling. Shah, Darwish, Haraz dan Dika hanya ketawa.
Farha hanya menggeleng melihat Qaishar. Muka macho, perangai budak budak.
"Korang semua mesti single kan?" Mereka berlima mengangguk.
"Tengok muka pun tau" Farha tergelak.
"Kenapa dengan muka kitorang?"
"Muka muka kesepian" Mereka semua memeluk tubuh. Kenapalah boss dia kawin dengan perempuan ni? Habis k.o dikerjakan.
"Tak lah gurau, by the way, aku nak tanya, kecuali Qaishar, sapa je yang non muslim? Sorry tapi aku nak tahu je" Agak biadap ye tanya macam tu. Tapi mereka tidak kesah.
"Semua muslim kak, Qai sorang je Non Muslim" Farha mengangguk. Dika adalah salah seorang yang paling muda. Jadi dia lebih selesa memanggil Farha kakak, sebab Farha lebih tua daripada dia. Farha 21 sedangkan Dika baru 18. Kau rasa?
"Korang tak nak kawin ke?" Mereka semua menggeleng.
"Kitorang muda lagi kak, Qai baru 19, Shah 20, Darwish 20, Haraz 21, Saya 18" Farha membulatkan matanya. Mudanya.
"Lah, sumpah lah? Aku ingatkan korang dah 25 keatas" Mereka menggeleng. Muka nampak matang, tapi tidak dengan umur. Mereka didewasakan oleh keadaan.
"Boss kitorang pun muda lagi kak, dia baru 24" Farha mengangguk. Dia dengan Fairel beza umur 3 tahun sahaja. Bukan 5 tahun.
"Akak lagi lah, umur 19 dah jadi young master" Farha tersenyum kekok. Sial, macam mana dia tahu ni? Semua budak budak terapat sudah tahu tentang kedudukan Farha.
Farha memandang kearah Qaishar. Qaishar turut memandang kearahnya.
Qaishar mengangkat bahu nya. Aku tak tahu apa apa.______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...