Farya sedang khusyuk bermain piano kecilnya berwarna pink.
Qaishar hanya memerhati nya dari tepi.
Selagi budak tu tak meragam. Aman aman aja..
"Farya" Panggil Fairel yang baru turun itu. Dia mula melangkah mendekati mereka.
"Ye daddy" Sahut Farya. Mata masih tertumpu pada pianonya itu.
"Main apa tu?" Dia sengaja bertanya, padahal dia tahu apa yang anaknya sedang main itu.
"Main piano!" Piano yang dipegangnya ditunjukkan kepada Fairel.
"Ouh.. khusyuk betul eh.." Farya hanya mengangguk. Ye. Dia perlu khusyuk!
Farha juga baru turun. Dia melangkah ke dapur dahulu sebelum melangkah ke depan televisyen.
Farya menoleh kearah Farha.
Mummy nya memakai drees berwarna cream dan mengenakan shawl berwarna pink belacan.
Ditenungnya atas bawah.
"Cantiknya mummy! Mummy nak pergi mana!" Soal Farya sebaik sahaja Farha duduk disebelah Fairel.
"Mana ada nak pergi mana mana.." Jelas Farha. Dia tersenyum apabila dipuji cantik.
Farya hanya mengangguk. Ingat kan nak pergi jalan jalan..
Jarinya lincah bermain piano. Walaupun melalut, masih sedap didengar.. tapi tipu lah..
"Qai, kau dah berapa lama single?" Soal Fairel tiba tiba. Hampir tersedak apabila mendengar pertanyaan Fairel itu.
"Lama dah.." Jujurnya.
"Bila nak kawin? Orang suka kau, kau tak suka dia.." Dia bukan apa. Bukan nak menentukan masa depan Qaishar. Tapi dia sedikit kesian tengok kawannya seorang itu. Single sampai ke tua.
"Aku tak nak lah kawin.." Ucap nya perlahan.
"Mana boleh tak kawin.. kalau kau tak kawin.. kau takde anak.. kalau kau takde anak.. takde sesiapa yang mewarisi harta kau tu, kalau kau ada anak atau bini, boleh lah mewarisi harta kau yang tak habis tujuh keturunan tu" Bebel Fairel.
"Aku muda lagi lah.." Dia memberi alasan.
"Ye, aku tahu, kau muda lagi, muda muda macam ni lah yang paling laku.. paling sesuai untuk dikahwinkan, bukannya waktu dah tua kerepot baru nak kawin.." Bebel Fairel lagi dan lagi.
Qaishar menghela nafas.
"Aku tak nak kawin lah.. aku-" Kata katanya dipotong oleh Farya.
"Arya nak kawin! Boleh tak daddy?" Fairel serta Farha hampir tersedak.
"Wo.. Arya nak kawin dengan siapa?" Soal Fairel yang hampir tidak percaya kata-kata itu keluar daripada mulut anak gadisnya.
"Arya nak kawin dengan uncle Qaishar!" Terbuntang mata kedua ibubapanya itu. Sedangkan Qaishar sudah hampir terkeluar biji mata.
"Are you sure sweetie?" Soal Qaishar sedikit bergurau.
Farya hanya mengangguk dan tersenyum riang.
Lagi sekali, kedua ibubapanya tercengang. What the..
'Kalau tak dapat mak, anak pun bolehlah' getus hatinya.
"Ok ok.. Arya.. anak mummy.. Arya tahu ke.. kawin tu apa?" Pantas Farya mengangguk.
"Kawin tu.. macam mummy dengan daddy lah.. lepas kawin.. dapat Arya! Hidup bahagia!" Jelas Farya Qaisara.
Farha serta Fairel terkejut beruk. Ma- macam mana budak ni boleh tahu?
"Arya tanya uncle Darwish.. dia kata.. macam tu.. Arya jawab lah macam tu.." Jelas Farya lagi.
"Kau memang nak kena Darwish.." Gumam Fairel. Yang kuban kuban kau ajar anak aku ye?
"Parah men.." Qaishar menggeleng.
"Mampus gini.." Farha turut menggeleng kepala.
Farya tersenyum lebar dan kembali bermain piano.
"Qai! Kau tengok anak aku tu! Kecik kecik dah angau!" Bisik Farha.
"Aku tak ajar eh pasal cinta cinta ni.." Qaishar menggeleng perlahan. Setahu dia, yang suka bercakap tentang cinta cinta ni, tak lain dan tak bukan.. Darwish.. walaupun mulut serupa puaka.. dia masih mengerti apa itu erti cinta. Ceh.. untunglah siapa yang dapat jantan tu.. aku pun tak tahu nanti dia kawin dengan siapa..
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Novela Juvenilʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...