- 18

57 3 0
                                    

Finger print pintu bilik mereka dibuka.

Klik!

Fairel mencari sosok isterinya. Pintu bilik air terbuka. Gelap pulak tu.

Farha yang masih berdiri dibelakang pintu hanya diam, melihat gelagat suaminya. Mulutnya ditutup menggunakan tangan.

Dia perlahan-lahan mendekati si suami.

1 2 3!

"Bhaa!"

"Ahh sayang!" Jerit Fairel. Eee gedik. Panggil sayang.

Farha masih terkekek kekek mentertawakan suaminya. Comel la suami saya ni.

"Ish kau ni, terkejut aku" Farha hanya tersenyum. Senorok kenakan lelaki tu.

Satu persatu baju kerjanya dibuka.

"Fairel..." Suara Farha kian meleret. Nak something la tu.

"Ye sayang" Fairel menoleh. Dia melihat Farha sedang duduk bersila diatas katil. Agak agak apa budak ni nak buat?

"Sini" Dia menepuk ruang kosong disebelahnya.

Fairel turut melabuhkan punggung di sebelah Farha. Pinggangnya ditarik hingga kepelukan. Rambut keperangan yang lembut itu di usap.

"Nak apa ni?" Farha masih diam ditempat.

"Fairel.." panggil nya lagi. Dia sebenarnya rindu dengan Fairel. Tapi malu nak cakap.

"Ye cinta" tiba tiba air mata Farha menitis. Ibu mengandung memang sensitif ye.

"Rindu" Perlahan saja suara terdengar. Fairel menaikkan sebelah keningnya.

"Kau rindu siapa?" Farha kembali terdiam. Masih di posisi yang sama.

"Rindu kau.." Fairel tersenyum. Eh dia ni kang.

"Kau rindu aku?" Farha mengangguk.

"Hei, jangan la nangis lagi" Dia mengelap air mata Farha menggunakan ibu jarinya.

"Aku ada ni, jangan nangis eh?" Farha mengangguk. Peluk la korang sampai habis episod.

"Ok, now, kau nak apa apa tak?" Pelukan dileraikan. Farha menatap mata coklat cair milik Fairel.

Dia berfikir. Apa eh. Aku rasa tadi aku mengidam. Jumpa suami terus hilang.

"Tak nak pape" Disertakan gelengan.

"Jadi sekarang kau nak apa sayang" hidung Farha dicuit.

"Aku nak kau, jangan tinggalkan aku" Farha menunduk. Air matanya kembali menitis. Aku dah cakap, ibu mengandung ni sensitif.

"No sayang, aku kat sini, tak tinggalkan kau" Fairel terkejut. Dia tahu ke yang aku akan tinggalkan dia? Jangan macam ni please aku tak mampu.

"Betul?" Farha mengangkat semula kepalanya.

Fairel mengangguk.

"Kalau aku takde depan mata kau, kau kena ingat, aku ada dekat sini" Fairel menunjuk kearah hati Farha.

Farha menggeleng.

"Tak nak, aku nak kau depan mata aku, selalu peluk aku, selalu usap kepala aku" Makin lama, makin lebat air mata yang mengalir.

"Ye, sini aku peluk" Fairel mendepakan tangannya. Pantas Farha masuk ke dalam pelukannya. Nyaman.

'please sayang jangan buat aku macam ni, 9 bulan je lagi, aku tak mampu nak tinggalkan kau' Fairel turut menitis kan air matanya.

Dia melabuhkan punggung disebelah kiri isterinya.

"Minggu depan kita balik rumah daddy tau" Farha mengangguk, matanya ralit melihat televisyen. Dia tengok netflix, tapi tengok Upin Ipin. Kau rasa?

"Dah dah lah tu tengok Upin Ipin" Qaishar memeluk tubuh. Orang nak tengok movie la, dia sibuk dok tengok Upin Ipin.

"Diam lah kau, jangan dengki" Farha menjeling.

Remot tv dirampas. Pantas cerita Hotel DelLuna dibuka. Farha mencebik.

"Lapok ah kau!" Bantal kecil yang disebelahnya dicampak ke Qaishar.

Qaishar menjelirkan lidahnya. Kurang asam punya jantan. Farha memeluk tubuh.

Farha menoleh. Sosok suaminya hilang. Baru nak mengadu.

Malas nak bergaduh malam malam. Dia pun join jela sekali. Lapuk pun lapuk lah.

"Nah" segelas susu suam dihulur. Farha mendongak memandang kearah Fairel. Susu!

"Terima kasih" Senyuman diberikan.

"Qai, kau nak ikut tak minggu depan?" Qaishar menoleh. Ikut ke tak eh? Kat rumah bosan. Kalau tak duduk dekat rumah kena pergi office.

"Nak" Jawabnya sepatah. Fairel mengangguk. Okay..

"Cepat habiskan, lepastu tidur, aku dah ngantuk ni" Farha hanya mengangguk. Pantas air susu itu dihabiskan.

"Dah" Gelas diletakkan di atas meja. Pandailah nanti Qaishar tolong basuh kan.

"Dah jom" Fairel memegang tangan Farha.

Farha melambai ke arah Qaishar. Babai pondan.

Qaishar membalas lambai tersebut, tetapi sekali dua sahaja lambaian nya itu. Dasar tak ikhlas.

"Fairel.." Panggilannya. Dia nak minta sesuatu tapi takut Fairel tak bagi.

"Ye sayang, kau nak apa?" Fairel menggosok kepala Farha.

"Esok kau kerja ke?" Soalnya, takut takut.

"Ye sayang, esok aku kerja, kenapa?"

Farha menukar posisi pembaringannya. Dia menghadap kearah Fairel.

"Jangan tinggalkan aku.." Sayu sahaja nada yang diberikan.

Fairel mengangkat keningnya.

"Kalau aku tak kerja, sapa nak handle company aku, sayang?" Farha mencebik. Air matanya mengalir. Ayok Fairel. Dah nangis dah budak tu.

"Don't cry darling" Makin ditegur makin lebat.

Fairel menarik Farha kedalam pelukan. Fairel mencium ubun-ubun isterinya.

"Nak ikut.." Perlahan saja suaranya.

"Nak ikut?" Farha mengangguk dengan penuh semangat.

Dia tak nak berenggang dengan aku ke macam mana? Mati la kalau macam ni.

"Okay sayang, untuk kau semua boleh, dah jangan nangis, jom tidur" Fairel menepuk belakang Farha. Didodoikan pula isterinya. Sejak mengandung ni, dia makin manja. Memang tak boleh berenggang. Kalau tak jumpa sehari, dah macam tak jumpa setahun. Macam mana nanti kalau kena tinggal setahun. Mampukah?

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now