- 20

70 3 0
                                    

"Asalamualaikum!" Ucap Fairel bersemangat. Ye tahu rindu parents, tapi lek lek lah. Macam nak runtuh rumah ni dibuatnya.

"Waalaikumussalam!" Ujar Datin Atirah teruja. Dia memang tunggu anak menantunya balik. Datin Atirah menjemput mereka masuk. Tapi keberadaan Qaishar tidak perasan.

"Ekhem!!" Datin Atirah memandang kearah Qaishar. Eh anak sapa ni.

"Lah, Qai pun ada sekali ke, meh masuk, maaf la, mama tak perasan" Qaishar mencebik, sampai hati. Datin Atirah sudah menganggap Qaishar anak angkatnya. Disebabkan Fairel dan Qaishar sudah berkawan sejak kecil. Lagipun ibu bapa Qaishar dan ibu bapa Fairel berkawan rapat. Sudah dianggap keluarga.

"Sampai hati mama tak nampak Qai dekat sini, hmph!" Dia memeluk tubuh. Seolah olah merajuk. Datin Atirah hanya menggaru kepala.

"Kau tak payah nak gedik eh Qai, tu mama aku" Farha mengusiknya. Ada hati nak rembat mama orang.

"Eh kau, tu mama aku eh" Balas Qaishar.

"Ish kamu ni, gaduh sebab mama pulak, takde sapa nak gaduh sebab daddy ke?" Dato' Arshad tiba tiba muncul. Serentak Qaishar dan Farha menggeleng. Bertuah punya budak.

"Mari la duduk sini" Fawwaz dan Airis sudah menunggu didepan televisyen.

"Kenapa kau balik ni? Esok tak kerja ke?" Fawwaz bertanya kepada adiknya. Fairel menggeleng.

"Esok aku cuti, lusa kerja" Fawwaz mengangguk.

"Ye la Fairel, kenapa kamu balik ni?" Mereka masih bertanya tanya. Ada apa apa ke?

"Saja balik bawak menantu dengan cucu mama" Datin Atirah mengangguk. Eh kejap, cucu?

"Apa Fairel? Cucu? Farha mengandung ke?" Soal Datin Atirah teruja. Dia memandang kearah Farha untuk kepastian.

Farha mengangguk dan tersenyum.

"Ye ma, Farha mengandung" Pantas Datin Atirah memeluk tubuh Farha. Alhamdulillah.

"Akak pregnant ke? yeayyy! Nanti Airis jadi maksu!" Ucap Airis teruja. Dapat anak buah geng.

"Suka eh kau" Fairel memandang Airis.

"Suka lah!" Airis membuat muka. Sapa je tak suka?

"Wah, barang baik punya" Usik Fawwaz. Tak sangka adiknya laju. Padahal baru kawin 2 bulan.

"Dah berapa bulan Farha?" Soal Dato' Arshad.

"Baru sebulan daddy" Dato' Arshad mengangguk. Dah sebulan dah.

"Ni pun Fairel baru bagitau orang, sebelum ni takde sapa tahu lagi, mama dengan papa Farha pun belum tahu lagi, esok nak gerak kesana" ujar Fairel.

"Lah, mama tak tahu lagi ke?" Datin Atirah memandang kearah Farha.

"Belum ma, esok Farha ingat, nak buat surprise untuk mama" Datin Atirah hanya mengangguk.

"Malam ni tidur sini la?" Soal Datin Atirah.

"Haah, esok baru gerak balik rumah mama, tapi tak tidur la, lepastu nak singgah rumah kawan Farha, sebab dekat, lepastu nak terus balik, lusa Fairel kerja" Fairel hanya mengambil cuti sehari, lagipun dekat pejabat tu banyak kerja.

"Ouh, ye lah, Farha macam mana? Ada mengidam pelik pelik? Alahan okay?" Mak mak memang semua nak tahu. Cucu pertama kan, memang la excited sikit.

"Mengidam tu tak lagi yang pelik ma, semua normal lagi, kalau alahan tu tak teruk sangat, Farha ada jadual, muntah seminggu dua kali, alhamdulillah kalau jalan jauh tak mabuk teruk, mungkin sebab baru lagi kot" Terang Farha.

"Walaupun tak teruk ma, Farha asyik melekat je dekat Fairel ma, jenuh dibuatnya, tak boleh tinggal, dah macam jaga baby pulak" Ujar Fairel pula. Farha mencubit pinggang Fairel. Yang tu tak payah la nak cakap. Ish dia ni kang.

"Lah, sama la dengan mama, dulu masa mengandungkan Fawwaz, mama memang asyik berkepit je dengan daddy, kalah daddy nak keluar, mesti mama nak ikut, kalau daddy kerja pulak, memang mama ikut lah, kalau ada meeting pun mama ikut, hahaha, pantang jauh daripada mata, asyik nak melekat aje" Datin Atirah tergelak. Dato' Arshad hanya mengangguk. Teringat waktu muda muda dulu.

'Apa pasal sebiji dengan bini aku ni? Diorang ada pertalian darah ke?' Bisik hati Fairel.

Satu ruangan itu penuh dengan gelak tawa mereka. Sungguh bahagia. Qaishar turut bergelak tertawa. Qaishar ni dah dikira sebagai bini simpanan Fairel. Asal pergi mana mana mesti ada beruk sekor ni. Memang tak pernah berpisah. Tipu lah kalau takde berpisah kan. Ada la berpisah tapi jarang la.

Lepas sahaja sarapan, Fairel meminta diri untuk pulang kerumah mertuanya pula. Kalau tak balik memang Farha melalak la jawabnya.

"Farha, bangun sayang, kita dah sampai rumah mama ni" pipi putih mulus itu ditepuk perlahan. Farha membuka matanya. Dia menggeliat sedikit.

Terpampang di depannya sebiji rumah besar milik keluarga Farha. Farha cepat berlari untuk masuk ke dalam rumah, memang dah tak ingat suami lah. Fairel ditinggalkan didalam kereta bersama Qaishar. Dia masih terkebil-kebil. Sepantas kilat ye Farha berlari meninggalkan dia.

"Mama!!" Jerit Farha. Datin Aliesa yang berada di dapur segera berlari ke ruang tamu.

"Farha!" Farha berlari kearah mamanya. Mereka berpelukan.

Dato' Fareed yang berada didalam bilik pun segera keluar, apabila mendengar suara riuh rendah dibawah.

"Papa!" Kini Farha berlari kearah Dato' Fareed pula. Anak bongsu kan. Memang la macam tu.

"Aish kamu ni, kenapa tak bagitau nak balik" Bebel Datin Aliesa.

"Saja nak buat surprise" senyuman ditayangkan.

"Eh Farha, mana laki kamu, kamu balik sorang je ke?" Farha kian tersedar. Eh laki aku. Dia lupa sebentar tentang suaminya. Fairel yang masih berada didalam kereta memeluk tubuh. Oh kau, lupa aku eh.

Farha berlari anak mendapatkan suaminya yang masih didalam kereta.

Qaishar yang masih tidur tadi dikejutkan.

Fairel masih tiada reaksi, merajuk.

"Ala, sorry la, aku terlupa, selalunya balik rumah, memang tak bawak sapa sapa, tapi kali ni lupa pulak dah ada cik suami, hehe sorry baby" Fairel terkejut. Baby?

"Dah lah, jom la masuk, Qai, cepat la turun, mamai pulak" Qaishar menggeliat. Selamat pagih dunia tipu tipu.

"Mama, ni Qaishar" Setelah Fairel bersalaman dengan mertuanya, Farha memperkenalkan Qaishar.

"Eh, Qai? Macam mana kamu boleh ikut sekali?" Datin Aliesa jelas terkejut, setelah kejadian itu, Datin Aliesa memang sudah tak berjumpa dengan ahli keluarga Shakeel. Mereka berdua memang rapat. Tapi terpisah sebentar. Kini bersua kembali.

"Dia kawan Fairel ma, orang penting la dikatakan" Datin Aliesa mengangguk faham.

"Mana Farhan?" Soal Farha, rindu sosok abangnya.

"I'm here budak" Farha menoleh, eh Farhan. Mereka bersalaman. Qaishar turut bersalam dengan Farhan.

"Eh, kau?" Soal Farha pelik.

"Yow, jumpa lagi ye kita" Qaishar membuat hand shake.

"Farha sebenarnya nak bagitahu sesuatu ni" Mereka kini duduk diruang tamu ke dua.

"Mama dengan papa akan dapat cucu!" Jelas riak wajah Datin Aliesa dan Dato' Fareed terkejut.

"Alhamdulillah!" Ucap Datin Aliesa.

Farha hanya tersenyum bahagia.

"Tahniah bro, kau dah tepati janji kau dulu" Ucap Farhan.

Fairel dulu sempat berjanji akan membuat Farha bahagia bersamanya. Kini dengan zuriat itu, boleh membuktikan bahawa Fairel telah membuat Farha bahagia. Liat sahaja raut wajah Farha. Jelas menunjukkan dia sangat bahagia.

____________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now