- 9

71 4 0
                                    

Farha sudah menyiapkan diri untuk berurusan dengan AF company.

Sofi memberi signal untuk memberi tahu Farha bahawa mereka telah sampai. Farha bangun dan berdiri tegak.

Pintu kaca itu dibuka oleh Sofi. Kesemua pekerja telah masuk. Farha hanya menyambut mereka dengan senyuman.

Dia masih mencari sosok lelaki itu. Tiada.

"Please sit" Farha menjemput kesemua tetamunya itu untuk duduk.

"Maaf kerana membuat anda semua menunggu lama, semalam saya cuti, jadi boleh saya tahu mengapa anda semua ingin mengadakan pertemuan dengan saya?" Farha membuka pembicaraan.

"Kami semua dihantar oleh pihak atasan, untuk berjumpa dengan Miss Farha Qaleesa?" Salah seorang dari mereka membuka bicara.

Farha tersenyum, dia amat tidak suka dengan gelaran 'Farha' apabila di tempat kerja ataupun diluar, lagi lagi dengan client atau dengan pekerja asing. Dia mempunyai identiti yang harus dijaga rapi, sekali terlepas kata atau terlepas pandang. Memang menempah maut.

"Awak semua boleh panggil saya Lee" Farha bertutur dengan tenang.

"Ok, sorry miss lee"

Mereka mula membuka topik apa yang perlu dibincangkan.

Farha mengerti, dia mengangguk tanda faham. Simple project baby.

Setelah siap sign contract, mereka meminta untuk mengundurkan diri.

Kebas punggung nya kerana lama duduk diatas kerusi mesyuarat itu. Kerusi paling dibenci adalah kerusi mesyuarat.

"Sofi, lepas ni tukar kerusi yang dekat bilik meeting tu, tak sedap" Sofi mengangguk.

"Semua kerusi ke boss?" Farha berfikir, semua ke eh? semua lah! Nanti takut ada orang complain pulak.

Farha mengangguk.

Sofi juga membalas anggukan itu.

Sofi membuka iPad yang ditangannya. Aplikasi Shopee dibuka.

Setelah membuat pilihan yang terbaik dia menunjuk kepada Farha.

"Yang ni ok tak?" Farha melihat kearah skrin iPad tersebut.

"Saya nak yang macam ni, tapi jangan beli dekat shoppe" Sofi mengangguk. Dia menghantar mesej kepada pekerja yang menghantar barang barang untuk company ni. Macam meja ke, pintu ke, carpet ke, kerusi ke.

Sofi meminta izin untuk kembali membuat kerjanya.

"Sofi, lepas ni saya ada apa apa perjumpaan ke? Meeting ke?" Sofi menoleh, pantas mengecek semula jadual harian Farha.

"No boss, lepas ni bos free" Farha mengangguk.

Dia mengambil beg tangannya dan menaiki lif.

Sofi yang terlebih dahulu berada di tingkat bawah menunduk kearahnya.

Dia keluar bukan sebab apa, tapi dia dipaksa oleh Marnisha untuk pulang. Susah jadi orang famous ni, ada je orang cari. heh.

Keretanya sudah sampai di parking lot.

Ting!

Duduk je dekat parking lot tu, bukan aku yang nak jumpa kau, tapi dia.

Satu mesej daripada Marnisha. Farha mengeluh. Menyesal dia balik awal.

Tok tok!

Seseorang mengetuk tingkap keretanya.

Fairel.

Dia keluar daripada kereta. Dia memeluk tubuh.

"Jom ikut aku" Tanpa basa basi, Farha hanya mengekori langkah Fairel.

Pintu kereta milik Fairel dibuka. Farha membulatkan matanya. Sumpah lah? Dia memandang Fairel.

"Itu untuk kau" Farha mengambil bouqet butterfly tersebut. Bukan satu je, ada lagi. Sekotak penuh dengan chocolate.

"Thank you" Farha tersenyum. Nak pujuk la ni? Okay!

"Masuk lah, aku nak culik kau kejap" Farha masuk ke kereta Fairel. Ikut je la, orang nak pujuk, takkan nak lari kot.

Hadiah yang diberikan oleh Fairel tadi diletakkan diseat belakang.

Farha merenung wajah Fairel. Hensem! Ada sikit muka apek apek.

"Tenung macam nak makan orang" Tegur Fairel. Farha mengalihkan pandangan. Tegur lak, malu la.

"Nak pergi mana ni?" Farha masih kebingungan. Dah lah tak makan lagi. Mau mati dia tahan lapar.

"Lunch, kau dah makan?" Farha menggeleng. Yeay!! Dapat makann.

Mereka tiba disebuah kedai makan. Lebih tepat cafe.

"Aku sebenarnya nak minta maaf" Fairel menundukkan kepalanya.

"Aku tak patut buat macam tu dan aku tak patut cakap macam tu" Farha mengangguk.

"It's okay Fairel, i forgive you" senyuman manis ditayangkan.

"Bila nak kawin eh? Cepat sikit boleh tak?" Rungut Fairel. Farha terkejut, dah kenapa pulak jantan ni.

"Eh kau, sabar la, kita punya tempoh pertunangan 3bulan je" Fairel memandang Farha.

"Lepas kawin kau nak buat apa?" Soal Fairel. Amboi gatal nampak.

"Lepas kawin? Hm.. entah ikut cik suami lah" Farha tersenyum. Apa punya soalan la jantan ni.

"Kau taknak bercinta ke?" Farha mengangkat kening, soalan ni? Cukup pedih ye.

Farha mengangkat bahu.

"Aku tak nak berharap, aku nak bercinta selepas nikah" Fairel mengangguk faham.

'don't worry Farha, I will take care of you, like Shakeel take care of you, I will love you like Shakeel loves you, forever farha, that's my promise'

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now