Inilah hari yang ditunggu tunggu, inilah penantian dia selama 3 bulan. Alhamdulillah, walaupun banyak ujian kawin tetap kawin.
Farha melihat dirinya di dalam cermin. Dia memakai baju kurung putih untuk nikah. Inai yang diukur di tangannya di tenung.
Kawin? Asyumpah la.
Bunga yang ditangannya digenggam. Tak sabarnya! Akad nikah pukul sembilan, sekarang pukul 8 setengah. Pengantin perempuan telahpun siap.
Pengantin lelaki segak memakai baju melayu putih.
Juru nikah telah sampai, sekarang tinggal tunggu Farha untuk keluar.
"Pengantin perempuan dah boleh keluar ye, semua dah sampai" Farha mengangguk. Dia didampingi oleh Datin Aliesa. Perlahan lahan menuju ke pelamin.
Fairel yang sudah duduk itu menoleh.
'You look so beautiful dear' getus hati Fairel. Farha sudah tersipu-sipu malu. Dia nervous, tangannya sudahpun sejuk. Nasib bukan dia yang kena salam tok kadi tu.
Tangan Farha dipegang oleh Datin Aliesa.
"Sejuknya tangan Farha" usik Datin Aliesa.
"Ish mama ni, orang nervous tau"
Datin Aliesa tergelak. Ada ada je anak bongsu dia ni.
Setelah siap apa yang patut. Tok kadi memulakan bicaranya.
"Dah sedia?" Fairel mengangguk.
Tok kadi dan Fairel bersalaman.
"Aris Fairel bin Mohd Arshad"
"Saya"
"Aku nikahkan kan dikau dengan Farha Qaleesa binti Mohd Fareed Azhar dengan mas kahwinnya sebanyak 30 ribu ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Farha Qaleesa binti Mohd Fareed Azhar dengan mas kahwinnya sebanyak 30 ribu ringgit tunai"
"Sah?"
Kesemua saksi dan wali mengangguk.
"Alhamdulillah"
Farha jelas terkedu, dengan sekali lafaz, dia sudah menjadi isteri kepada Aris Fairel.
Air matanya tidak dapat ditahan.
'shakeel, i dah ada suami'
Sekarang tiba masanya untuk pembatalan air sembahyang.
Fairel duduk di sebelah Farha.
Farha mencium tangan Fairel.
Fairel membisik 'assalamualaikum Farha Qaleesa'
Farha membalas 'waalaikumussalam Aris Fairel' mereka saling bertatapan.
Setelah siap menyarung cincin dan sebagainya. Kini masa untuk bergambar.
"Tahniah babee!" Ucap sahabat sahabat Farha. Mereka berpelukan.
"Thank you!!" Macam biasalah perempuan kan.
Kini giliran Jennifer, Ruby, Arely, Alara dan Kate.
Mereka berlima nangis.
"Yang korang nangis ni kenapa?" Farha bercekak pinggang. Patutnya happy lah sikit, bos dia dah kahwin.
"Kitorang terkejut la bongok, tiba tiba dah kahwin" Jennifer membalas.
Mereka berpelukan.
"Aku sayang korang!" Ucap Farha.
Terlihat di setiap sudut dewan dipenuhi dengan budak-budak Farha. Lengkap bersuit hitam dan memakai kacamata hitam. Hensem hensem ye semua, sapa nak?
Farha memandang pelik. Tapi yang dibahagian lain bukan anak buahnya.
Fairel memeluk pinggang Farha.
"Tu anak buah aku" Fairel membawa Farha untuk pergi bertangkap gambar.
Majlis mereka dijalan selama 3 hari ye, harini adalah hari nikah sahaja, esok baru sanding, dan lusa bertandang. Mereka hanya membuat 3 majlis sahaja. Dan dibahagikan. Sanding belah Perempuan manakala bertandang belah lelaki. Malas nak pakai baju pengantin lama lama. Cukup 3 baju untuk 3 hari.
Hari sudah pun petang, dari tengah hari tadi mereka keluar untuk photoshoot petang baru muncul semula di rumah Dato' Fareed.
Tak perlu risau sebab ni majlis nikah bukan sanding. Semua tetamu tadi hanya saudara mara dan kawan rapat. Kawan satu sekolah belum datang lagi, esok baru datang.
Farha melepaskan penat. Penat layan Fairel. Ini tak kena itu tak kena. Nasib la.
"Farha, dah balik?" Muncul Datin Aliesa didepan matanya.
"Dah ma" kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
"Pergi tukar baju, mandi lepas tu rehat, bawak suami kamu sekali" pesan Datin Aliesa.
"Mesti lah kena bawak ma, suami Farha kot" Mamanya menggelengkan kepala. Farha menggenggam erat tangan Fairel.
"Jom kita naik atas" Fairel akur.
Semua tetamu sudah pun beransur pulang ke hotel milk Dato' Fareed, satu hotel tu dipenuhi dengan ahli keluarga Farha dan Fairel sahaja. Esok ada majlis lagi di rumah Dato' Fareed jadi dia ambil keputusan untuk mengambil hotel Dato' Fareed sebagai sasaran dia. Bijak Farha ni. Semua kos hotel itu dia yang tanggung. Sebab ni majlis belah dia. Kalau lusa baru Fairel yang tanggung semua.
Farha menuju ke meja solek. Ingin membuka segala pin di kepalanya.
Tapi dia pening. Mana pinnya?
Dia memandang Fairel.
"Weh, tolong"
Fairel yang sudah membaringkan dirinya di atas katil kini bangun semula.
Fairel mencabut satu satu pin di kepala Farha. 10 pin sudah dicabut.
"Dah"
Farha membuka tudung shawlnya. Anak tudungnya turut di lepaskan. Huh lepas beban.
Rambutnya yang masih kukuh disanggul itu dibiarkan. Sekarang nak buang make up.
Siap!
Fairel memandang Farha. Walaupun tiada make up serinya tidak hilang.
Kini rambutnya pula dilepaskan kan.
"Fairel, pergi la mandi dulu, aku lambat lagi nak siap ni" pinta Farha.
"Ok ok" Fairel menuju ke bilik air.
Kini Farha membuka segala benda yang ada dibadannya. Kini dia hanya memakai seluar lengging putih dan baju putih lengan pendek.
Dia terlelap seketika diatas katil.
Fairel keluar dari bilik mandi.
Dengar sahaja bunyi pintu Farha segera tersedar. Terlihat Fairel hanya memakai tuala di pinggangnya.
Oh shit! Roti!
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Fiksi Remajaʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...