"Kami masih tak dapat nak detect penyebab isteri tuan demam, tapi dia perlu warded 48 jam, sebab dia kekurangan air dalam badan, dan kami akan mengambil darah dia untuk membuat pengesahan, selepas 48 jam dia dah boleh discharge, kalau demam dia dah surut, kalau selama 48 jam ni demam dia masih on kami kena check air kencing dia pulak" Terang doktor Haris.
Fairel hanya mengangguk. Payah lah gini kena warded pulak.
"Mar, kau boleh balik dulu, kejap lagi budak aku sampai, dia kena warded, biar aku jaga, terima kasih tau, sebab tengokkan dia harini" Marnisha hanya mengangguk. Ye la.
"Sama sama, dia kan kawan aku" Fairel mengambil tempat duduk disebelah Marnisha. Masih lama nak tunggu Farha ambil darah. Nak masukkan wad lagi.
"Fairel" Fairel memandang kearah Marnisha. Keningnya diangkat sebelah.
"Bini kau tu pelik la"
"Asal?"
"Tadi aku tanya dia, dia nak apa apa ke, dia kata dia nak anak, kau rasa? Aku jem la, takkan dia demam sebab kau tak bagi anak pulak" Fairel membuat muka. Apehal pulak bini aku macam ni.
"Entah la Mar, aku dah usaha, tinggal tunggu hasil je, aku tawakal, kalau ada, ada lah, kalau takde, aku cuba lagi" Marnisha hanya mengangguk, cakap lebih lebih kang masuk tempat lain pulak.
"Mar, anak buah aku dah sampai, dia pakai kereta Farha" Marnisha hanya mengangguk. Beg sandangnya dibawa sekali.
"Nanti aku kasi kau upah" Marnisha menoleh.
"Betul eh?"
Fairel mengangguk.
"Kalau takde, aku sembelih kau eh"
Fairel menelan air liur nya. Huh seram.
"Ye!" Marnisha sorak keriangan. Thank you sepupu paling tak guna!
Farha dimasukkan ke wad peribadi. Demam pun wad peribadi tau. Kau ada?
"Kau okay?" Fairel mengambil tempat di kerusi yang terletak di tepi katil pesakit.
Farha mengangguk. Dia merenung kearah jarum yang ditangan nya.
"Kau kena rehat, kau kurang air" Fairel membaringkan tubuh Farha di atas katil.
Farha hanya akur, tak de kudrat nak melawan.
Fairel mengusap kepala Farha. Kesian isteri aku ni.
"Kau nak apa apa tak?" Hanya gelengan daripada Farha.
Farha bermain jari sendiri. Dia berfikir, aku nak anak.
"Fairel.."
"Ye sayang"
"Nak anak.." Fairel terkedu. Demam demam pun macam ni eh?
"Boleh sayang, kau nak berapa?" Farha menunjuk jari telunjuknya 1.
"Satu je? Aku boleh bagi banyak sayang, takut kau je yang tak mampu" Farha menjeling.
"Diam lah" Farha memandang kearah lain. Malas nak tengok muka dia.
"Aik? Merajuk? Ala sorry la sayang, betul la aku cakap" Satu tamparan di bahu Fairel.
"Ish dah lah, nak tido, bye good night" Farha menutup matanya.
Tak sampai lima minit, dengkuran halus didengari. Tido dah? Awal.
"Sleep well darling" Satu kucupan diberikan oleh Fairel.
Selama 48 jam Farha mula sehat. Yeahhh! Balik!
"Kau tak payah nak lompat lompat eh sayang, jatuh nanti susah" Farha akur. Suami cakap kena dengar. Derhaka nanti baru tau!
"Nak pergi kedai boleh?" Pinta Farha. Ada benda yang dia nak beli!
"Boleh"
Kereta diparkirkan.
"Biar aku pergi sorang, kau duduk sini diam diam" Fairel ingin membantah. Pantas Farha pergi meninggalkannya.
Pregnency test dibeli. InshaAllah ada hasil!
'barang' yang dibelinya itu diletakkan di dalam beg. Tak nak bagitau Fairel, apa yang dibeli.
Farha datang ke kereta dengan tangan kosong. Fairel memandang pelik.
"Kau beli apa tadi? Mana barangnya?"
"Takde, dia kata takde stok" Fairel hanya mengangguk.
"Nak cari kat tempat lain ke?" Kereta mula bergerak.
Farha menggeleng.
"Tak pe lah, tak penting pun barang tu, aku saja je cari"
Fairel hanya mengangguk.
'tak sabarnya!'
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...