- 29

59 2 0
                                    

"Raya raya raya raya, selamat hari raya! Kami ucapkan kepada satu dunia... Raya raya raya raya, selamat hari raya, bersalam salaman, bermaaf maafan, sesama insan..." Riuh rendah rumah Dato' Fareed. Semua ahli keluarga berkumpul dirumahnya pada tahun ini.

"Esok raya ke?" Soal Farhan.

"Minggu depan gila" Farha pula menjawab.

"Habistu, kenapa bapak kau pasang lagu raya pulak tu?" Farhan masih menggaru kepala.

"Biasalatu, exited nak raya dengan cucu" Farha menggeleng kepala. Ada saja perangai Dato' Fareed.

"Kau raya mana?" Soal Farhan.

"Aku raya sini lah, kau nak suruh aku raya dekat mana?" Tangan masih sibuk menggaul adonan kuih.

"Aku tengok kau, dah lama tak bawa anak kau balik rumah nenda dia, mesti nenda dia rindu"

"Aku bukan apa, aku segan, tapi minggu pertama puasa haritu, aku seminggu duduk sana" Farhan menggeleng. Ada je nak menjawab.

"Dah dua minggu kan kau tak jenguk mertua kau?" Farha mengangguk.

"Aku takut lah" Farha akhirnya jujur, dia masih tidak selesa dengan keluarga sebelah sana. Ada saja yang tak kena. Lebih lebih lagi masa lelakinya tiada.

"Apa diorang buat dekat kau? Marnisha kan ada" Farha mengeluh.

"Abang, Marnisha dah ada keluarga sendiri, dia dah tak selalu ada masa aku balik kampung" Jelas Farha.

"Apa diorang buat?"

"Kesian kau kan, kena tinggal dengan lelaki, tu la, tak reti jaga laki, kan dah kena tinggal" Maklong tertawa.

Farha hanya mendiamkan diri. Hati terasa terbakar. Ada yang kena tampar kang.

"Maklong, maklong puasa?" Soal Farha tiba tiba.

"Eh kau fikir aku kafir ke tak puasa, lain lah macam kau, tahu langgar agama, dah lah tak belajar agama, acah nak mengajar aku" Jawab mak long bongkak.

"Saya rasa, baik maklong batal kan je puasa maklong tu, takut tak diterima, ye lah, sibuk sangat cakap pasal buruk orang, diri tu baik sangat lah?" Pedas Farha berbicara.

"Eh kau! Kau jangan nak kurang ajar eh dengan aku! Kau tu penumpang! Tak layak duduk dalam rumah ni!" Maklong sudah berdiri didepan Farha.

Farha turut berdiri.

"Apa maklong kata? Penumpang? Bukan ke maklong pun penumpang? Bini nombor dua kan? Bukan setakat bini nombor dua, tapi sebenarnya orang ketiga kan? Ups! Terlepas pula, saya ni lain maklong, saya menantu Datin Atirah, menantu kesayangan pula tu, menantu nombor satu lah dikatakan, bukan setakat menantu nombor satu, bini pun bini nombor satu tau, tapi maklong tak payahlah risau, saya akan jadi satu satunya isteri tuan Aris Fairel"

Dengan nada yang sinis Farha meninggalkan maklong yang masih berdiri tegak disitu.

Marah lah tu.

"Kau memang biadap lah perempuan!" Rambut Farha yang dilapisi tudung sarung itu ditarik dari belakang.

"Argh!" Farha menjerit.

"Nurul Ain!" Pantas Datin Atirah menarik Farha untuk berada dibelakangnya.

"Astaghfirullahalazim! Kau nak buat apa hah dengan anak aku!" Pekik Datin Atirah.

"Kau tak payahlah nak bela budak tu! Meh sini biar aku kerja kan dia! Biar dia beradab sikit dengan orang tua!" Maklong mencuba untuk menarik Farha kembali. Tetapi di tepis oleh Datin Atirah.

"Mengucap Nurul! Kau ni kenapa hah! Budak ni tak kacau kau, kau nak kacau dia buat apa! Suka sangat nak huru hara kan rumah tangga orang!" Datin Atirah membidas.

"Apa kau cakap? Dia tak kacau aku? Dia tu dah biadap dengan aku! Meh biar aku ajar dia!" Pantas tangan Farha ditarik.

Pipi putih milik Farha dicengkam kuat oleh Maklong. Cili padi yang ada ditangan maklong itu disuapkan kedalaman mulut Farha.

"Kau rasakan ni!" Farha masih meronta ronta, dia tidak ada tenaga untuk melawan. Dia penat.

"Nurul!"

Pak! Maklong menerima sebuah tamparan.

Maklong mula menghentikan pergerakannya dan mula memegang pipinya yang sudah merah.

"Maklong memang dah melampau!" Terlihat Fawwaz yang sedang mendukung Farya, datang untuk memberhentikan pergaduhan.

"Kau tampar pipi aku?!" Maklong mula naik angin.

"Sudah! Nurul! Lebih baik kau pergi balik! Anak aku balik kampung untuk berkumpul! Bukan bergaduh! Kau pergi balik! Bawak sekali anak dengan laki kau!" Datin Arshad yang baru balik daripada surau itu mula berbicara.

"Kamu halau aku?! Kau tengok perempuan! Keluarga ni berpecah-belah berpunca daripada kau!" Maklong mula menunding jari.

Farha mencari udara untuk bernafas. Mau mati dia apabila disuruh untuk memakan cili tu, dah lah puasa.

"Pergi balik aku kata!" Dengan perasaan yang tidak berpuas hati, maklong dan anaknya mula keluar dari rumah itu.

"Bapak teruk sial dia!" Farhan tiba tiba mengamuk.

"Eh lek lek, benda dah lama" Farha kelihatan tenang. Tapi sebenarnya masih terasa dengan kata-kata maklong itu. Walaupun dia dapat menjawab.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now