- 28

53 3 0
                                    

"Alara, nah" Farha menghulurkan Farya kepada Alara.

Alara hanya menyambut huluran nya.

"Ini beg pakaian dengan pampers yang ini pulak beg susu dia, kalau dia menangis tu maksudnya dia lapar lah tu, kalau dia tak nak minum, check pampers dia, mana tahu dia membuang ke" Alara hanya akur, dia sudahpun menjadi babysitter Farya. Tetapi tidak berbayar.

"Okay bos" Pantas Alara membawa Farya naik ke tingkat atas untuk menjaganya.

Farha mengatur langkah untuk ke bilik kerja.

"Dah dapat info?" Soal Farha.

"Sikit lagi, kitorang cuma dapat lokasi sahaja, tapi belum tahu tentang rancangan mereka" Jelas Ruby.

"Mana anak?" Soal Arely pula.

"Aku suruh Alara dengan Kate yang jaga" Arely mengangguk faham.

Farha menuju ke sebuah meja yang penuh dengan senjata.

Dia membelek senjata itu satu persatu.

"Lee, aku dah jumpa" Jennifer, mempunyai kemahiran untuk mencari info yang tepat. Seperti hacker.

Ruby pula salah seorang yang mahir dalam menggunakan sniper.

Manakala Arely adalah seorang penembak tepat.

Alara, mahir dalam menggunakan bom tangan.

Yang terakhir sekali Kate, dia biasa sahaja, tetapi dia juga mahir dalam menembak.

"Apa yang kau dapat?" Soal Farha.

Jennifer menunjukkan info didalam skrin komputer nya.

"Ha? Ain Najwa? Gila lah! Aku fikir dia orang biasa je" Jennifer menunjukkan lagi hasil pencariannya.

"Dia tu memang biasa, tapi atok dia tu yang luar biasa" Terang Jennifer.

"Dah tua pun belum bertaubat, ada hati pulak tu nak bunuh laki aku" Farha memeluk tubuh.

"Apa kaitannya dengan misi setahun tu? Dah lah lama" Soal Farha lagi.

"Misi setahun tu bukan dari rancangan orang tua tu, tapi rancangan anak buah laki kau, lebih tepat kumpulan dia memang akan mengambil masa untuk berperang"

"Dia macam ni, setahun ada 12 bulan, lima bulan awal, mereka akan set up apa yang patut, dia berlatih serta membuat plan, bulan yang keenam pula, diorang akan mula buat serangan, tempoh peperangan 1 bulan atau kurang, lepas dah settle bunuh semua orang, kan ada 6 bulan lagi kan? Enam bulan akhir tu diorang akan pastikan yang orang orang musuh ni tak tersisa sorang pun, lepas dah settle semua, baru boleh balik ke rumah masing-masing"

"Yang aku tahu, tak pernah lagi lah diorang ni buat misi sampai setahun, kali ni, musuh diorang sengit, jadi lebih lama lah tempoh dia" Jelas Jennifer. Farha, Arely dan Ruby hanya memasang telinga.

"Aduhai, dah lah nak raya ni, kesian aku raya berdua je dengan anak" Farha mengeluh.

"It's okay Lee, kitorang kan ada?" Pujuk Ruby.

"Boleh tak aku nak tolong?"

Jennifer berfikir sejenak.

"Boleh tolong, tapi tolong dari jauh" Jennifer memberi rancangan.

"Macam mana tu?" Soal Arely.

"Senang contoh, kita hantar je si Ruby ni, dia kan sniper, dari jauh kan tu"

"Eh aku pula" Ruby menolak, memang tak lah dia nak pergi sorang sorang.

"Boleh juga, biar aku cari anak buah aku yang sniper lagi, tak de lah kau sorang sorang Ruby" Farha bersetuju.

"Eh kau ni, kalau aku mati macam mana?" Panik terus Ruby dibuat nya.

"Aik? Takut mati ke?" Usik Arely.

"Gila! Aku nak kawin la!" Ruby menjeling.

"Lah, dengan sapa? Ada calon ke?" Arely mula menganjing.

Ruby menunjukkan jari tengahnya.

Mula lah pertengkaran mulut antara Arely dan Ruby.

Farha hanya menggeleng. Lemah lah korang.

"Weh, korang nak pakwe tak?" Soal Farha.

"Nak!" Laju mereka bertiga menjawab.

"Lah, berminat dengan lelaki rupanya korang ni" Farha tergelak.

"Eh, bos ingin kitorang ni g*y ke? Memang tak lah!" Arely menjawab.

"Ingatkan macam tu, hahaha" Mereka bertiga menjeling.

"Gurau gurau, anak buah laki aku nak? Hensem.." Farha mula memberi cadangan.

"What? Anak buah laki kau? Not my teste!" Pantas Arely menolak.

"Eh kau, kau dah kenal ke?"

"Belum" Arely menjawab tanpa rasa bersalah.

"Ek eleh, poyo lah kau!" Dahi Arely di jentik perlahan. Pantas Farha membuka aplikasi Instagram di komputer itu.

Account Instagram milik Fairel dibuka. Dia mencari sebuah gambar.

"Ni" Dia menunjukkan sebuah gambar yang diambil masa hari perkahwinan nya. Terlihat Shah, Darwish, Haraz, Qaishar dan Dika didalam gambar itu.

Satu persatu dia memperkenalkan.

"Nak mana?" Usik Farha.

"Walaupun aku dah banyak kali usha dia, aku tetap tak nak!" Ketiga tiga menolak. Jangan benci sangat nanti sayang.

"Gurau je, korang pun bukan teste diorang" Farha tertawa.

"Satu je aku nak tahu" Jennifer membuka mulut.

"Apa?" Farha mengangkat keningnya.

"Apa agama dia?" Farha menelan air liur, lupa pulak. Beda agama.

"Sorry geng, diorang Islam, hehe"

Mulut kata benci, hati kata sayang. Hati hati geng. Cinta beda agama.

______________________________________

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now