Setelah hampir 20 minit memandu, kini mereka tiba di sebuah kondominium. Semenjak Farha kawin, Marnisha tidak duduk lagi di kondo Farha. Dia sudah berpindah ke kondo Areesa. Jadi mereka duduk bertiga. Kondominium yang dimiliki Farha agak jauh sedikit dari kondo Areesa ini.
"Yeay! Dah sampai!" Farha bertepuk tangan. Seronok betul ye dia.
Mereka mula menaiki lif untuk pergi ke tingkat rumah Areesa.
Sesampai di depan pintu, Farha menekan loceng.
Belum sampai lima minit pintu rumah itu sudah terbuka dari dalam.
"Hai, Assalamualaikum" Sapa Farha. Marnisha yang membuka pintu itu terkebil-kebil.
"Farha? Eh bila sampai!" Dengan nada yang teruja langsung Marnisha menjemput Farha masuk. Dia tak perasan yang ada lagi dua manusia diluar. Farha ditarik masuk. Belum sempat kaki Fairel dan Qaishar melangkah, Marnisha sudah tutup pintu terlebih dahulu.
"Main kasar nampak" Fairel memeluk tubuh.
"Dia tak nampak ke, kewujudan kita?" Qaishar turut memeluk tubuh. Apalah nasib.
"Weh Mar, jahatnya kau" tegur Farha. Marnisha yang berjalan untuk ke dapur itu berpaling.
"Apa yang jahat?" Dia mengerutkan dahinya. Sah buta!
"Laki aku dengan bibik aku dekat luar" Farha menunjuk kearah pintu yang tertutup itu.
"Sumpah lah! Sorry dho, aku tak perasan" Dengan pantas Marnisha pergi ke depan pintu semula.
Tiba tiba, pintu dibuka dari luar. Pandai pulak eh Fairel buka.
"Weh Mar, apa pasal dua orang ni kat luar? Kau tak bagi dia masuk ke?" Ellyana dan Areesa kebetulan baru pulang dari membeli belah. Mereka terkejut juga, ada dua orang jejaka berpakaian office, mereka ingat orang nak kutip hutang. Tapi bila pula mereka berhutang?
Marnisha tersenyum kelat.
"Hehe, tak perasan, maaf" Marnisha menundukkan sedikit kepalanya. Fairel menjeling.
"Dah dah, cepat masuk"
Qaishar hanya mengikuti sahaja.
"Tu sapa Far?" Soal Ellyana sedikit berbisik. Dia menunjukkan kearah Qaishar.
"Ouh, tu bibik aku" dengan selambanya Farha menyumbat karipap yang dibeli oleh Areesa tadi.
"Bibik?" Soal Qaishar pelik. Sejak bila dia bawak bibik sekali ni?
"Bibik kau lelaki? Sumpah lah?" Farha hanya mengangguk. Qaishar sudahpun memaki Farha didalam hati. Dia kata aku bibik?
Mereka duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Sofa yang diduduki oleh Farha dan suaminya agak terletak jauh sedikit dari sofa yang diduduki oleh Marnisha, Ellyana dan Areesa. Mana boleh dekat dekat, bahaya.
Mereka duduk disofa, sedang Qaishar hanya berdiri disebelah Fairel.
"Aku sebenarnya nak bagitau sesuatu ni, lagipun aku dari rumah mama papa, lepastu terus pergi sini" Mereka hanya mengangguk.
"Kau nak bagitau apa?" Marnisha menjadi wakil untuk bercakap.
Satu kotak yang sederhana kecil dihulurkan kepada mereka.
"Apa ni?" Perlahan lahan Marnisha membuka kotak tersebut. Mereka bertiga serentak memandang kearah Farha. Test pack yang berada di dalam kotak itu dikeluarkan untuk memastikan benda betul.
Mereka tak percaya. Areesa sudah pun mengalir kan air matanya. Sama juga dengan Ellyana dan Marnisha. Mereka terlalu teruja. Sampai mengalir air mata.
"Sumpah lah!?" Farha mengangguk. Ada nampak aku main main ke.
Didalam kalangan mereka berempat. Farha yang paling muda. Dia dikira adik la.
"Wah! Tahniah Far!" Ucap mereka. Macam biasa mereka berpelukan. Habis comot muka Farha.
"Korang akan jadi aunty!" Farha bertepuk tangan.
"Yeay! Aku tak sangka secepat ni" Marnisha sempat menoleh kearah sepupunya, Fairel. Fairel menjeling. Nak cakap aku laju lah tu.
"Aku sebenarnya nak bagitau dekat kau sesuatu jugak, tapi maaf la last minit, yela lagipun kita dah jarang jumpa, Ellyana dengan Marnisha pun baru tahu semalam" Ujar Areesa.
"Apa tu?" Farha rasa berdebar. Apa yang Areesa nak bagitau ni?
"Insyaallah bulan depan, aku kawin"
"Sumpah lah?" Farha tidak percaya. Dia ingatkan kawannya taknak ikut langkah dia, rupanya lepas sorang, sorang.
"Ye, kau jangan tak datang pulak, nanti aku send location"
"Cantik!" Farha menunjuk ibu jarinya.
"Lepas Areesa aku pulak" Ujar Marnisha. Fairel membulatkan matanya.
"Kau nak kawin? Dengan siapa?" Kini Marnisha pula yang menjeling Fairel. Sebok je nak tahu.
"Dengan orang la, takkan dengan haiwan" Farha tergelak. Diorang kalau tak gaduh, tak sah.
"Bukan ke kau baru lepas broken, dengan sapa pulak kali ni?" Marnisha menarik nafasnya. Dia dah lama nak bagitau, tapi tulah. Rasa tak confident.
"Aku sebenarnya dah bertunang" Semua membulatkan mata kecuali Qaishar, yela, dia nak terkejut sekali buat apa? Bukannya dia ada kena mengena pun.
Fairel membaling bantal kecil kepada Marnisha.
"Asal kau tak bagitau hah?" Marnisha menjeling lagi. Jelas, sepupunya seorang itu terlalu shock.
"Yang tunang nya aku, bukan kau!" Marnisha memeluk tubuh. Lek ah.
"Kau bertunang dengan sapa Mar? Asal kitorang tak tahu?" Areesa mula bersuara. Kitorang tak penting ke?
"Ish, sabar la, memang tak ramai pun tahu, kecuali adik beradik aku, mak ayah aku, dengan adik beradik mak aku je, tu pun tak semua adik beradik mak aku tau, kalau belah dia family terdekat jela yang tau" mereka mengangguk, okay.
"Dah berapa lama tunang?" Farha pula bertanya.
"Sebenarnya masa aku pergi melawat kau masa kau demam haritu, semalamnya tu, aku baru lepas bertunang, aku ingatkan, aku nak bagitau kau, tu la aku datang rumah kau, tapi aku rasa macam nak rahsiakan dulu" Marnisha tersenyum kelat. Maaf semua.
______________________________________

YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Teen Fictionʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...