Keluar sahaja dari bilik air, matanya melihat sosok jejaka yang sudah dibuai mimpi.
'wah, penat betul eh' Farha menggelengkan kepalanya.
Dia memakai baju t-shirt lengan pendek dan seluar pendek. Malas nak pakai seluar panjang. Kakinya yang putih mulus itu terdedah.
Takpe kan? Dah halal, tak haram. Lagipun dia dulu selalu berpakaian macam tu, jadi dia banyak stok baju seksi.
Kini dia membaringkan dirinya di sebelah Fairel.
Matanya kian memberat. Kusyuk merenung wajah Fairel. Lama kelamaan dia terlena juga.
Selesai solat maghrib berjemaah, mereka turun untuk makan malam. Farha menyarung seluar track adidas dan memakai baju hoodie tak lupa juga menyarung tudung sarung. Malas untuk bershawl.
"Itu dia pengantin baru kita" Usik Datin Atirah. Mereka bermakan malam di rumah Dato' Fareed. Makan malam pun ramai.
Meja yang boleh diduduki oleh 15 orang itu tersisa 2 lagi kerusi. Sah itu untuk Dia dan Fairel.
Mereka duduk di kerusi itu.
"Nak makan apa?" Farha bangun untuk mencedok nasi.
Di meja itu penuh dengan 5 jenis lauk.
Fairel memandang ke semua lauk itu. Apa eh.
"Ambil je la apa apa" Farha hanya mengangguk.
Pinggan yang sudah terisi makanan itu diberi kepada Fairel.
Isteri mithali yer.
Farha turut makan. Dia sebenarnya tiada selera untuk makan tapi nak buat macamana. Makan je la.
Semua ahli keluarga sudah pulang ke hotel. Kini tinggal mereka sahaja yang berada diruang tamu. Datin Aliesa bersama Dato' Fareed sudah pun memasuki bilik mereka. Fairel memandang Farha yang sudah lentok dibahunya.
Sebenarnya mereka memang dah nak naik, tapi disebabkan Farha suruh teman dia tengok drama, tak jadi la naik. Last last drama yang tengok dia.
Jam dinding menunjukkan pukul 10. Awal lagi.
Fairel berfiki. Takkan nak tinggalkan dia? Kesian pulak aku tengok dia ni. Takkan nak angkat? Malu la. Setelah lima minit berfikir, dia tiada pilihan, dia mengangkat Farha secara bridal style macho wo.
Farha diletakkan secara perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu lena si gadis. Fairel turut merebahkan diri disebelah Farha.
Dia melihat kearah Farha.
Eh tudung dia. Secara perlahan-lahan Fairel membuka tudung sarung yang dipakai Farha. Tudung diletakkan di atas sofa.
'sleep well dear' Sayang tapi ego.
Farha ditarik kedalam pelukan. Memang suka hati bapak kau je kan. Biarla.. bini dia..
'shakeel tak pernah salah pilih orang' Fairel tersenyum sendiri.
Majlis kahwin selama 3 hari berjalan dengan lancar. Hari terakhir majlis mereka memang memenatkan. Lebih 1000 orang datang ke majlis mereka. Mestilah ramai, diorang ni bos, takkan la diorang tak jemput pekerja diorang. Kecik hati mereka.
Mereka mengambil keputusan untuk duduk dirumah sendiri. Baru ada privacy.
Pintu rumah dibuka.
Semua pekerja Fairel berdiri di hadapan pintu. Ingin menyambut Puan mereka. Tuan tak perlu sambut sebab dah muak tengok muka dia.
"Welcome to my house" Dia menarik tangan Farha untuk turut masuk.
Pembantu rumah Fairel, turut menundukkan sedikit badan mereka.
"Ni kak Hazirah, kak Siti, kak kinan, kak Yanti, dan Ayu" Fairel memperkenalkan seorang deni seorang.
"Dan jantan jantan ni, Shah, Darwish, Haraz, Qaishar dan Dika"
Farha hanya mengangguk.
"Farha" Farha mengenalkan dirinya.
Semua mengangguk.
Dia merenung Qaishar lama. Macam kenal dengan mamat ni.
"Jangan tenung lama lama, nanti jatuh cinta" usik Qaishar. Farha menjeling, sah dia lah orangnya.
Fairel sudah pun naik ke bilik meninggalkan Farha dibawah. Farha yang minta nak duduk bawah sekejap.
"Kau tak rindu aku ke?" Qaishar masih mengusik Farha.
"Takde masa la nak rindu kau, senget" Farha memeluk tubuh.
"Kau memang tak berubah kan" Farha memandang Qaishar. Nak mengata lah tu.
"Tetap cantik, patut la ada orang tu sayang" Farha membuat muka. Apa la yang tak kena dengan jantan ni.
Qaishar, lebih dikenali sebagai Qai, Farha dan Qaishar sempat berkenalan dahulu kerana Qaishar sepupu kepada Shakeel. Pernah la ada hati dengan Farha ni. Tapi sampai sekarang Farha tak tahu.
"Kau dah lama ke, kerja dengan Fairel?" Tanpa segan silu Farha duduk di sofa yang berada di ruang tamu itu.
"Dari dulu aku kerja dengan dia, kau je yang tak tahu, sebab keel tak bagi aku bagitau kau" Farha membuat muka. Apa yang mamat ni cakap. Bukan ke Shakeel ada group sendiri?
"Itulah yang kau tak tahu, kau boleh je suruh Jennifer cari tahu tentang Shakeel, tapi kau yang taknak, kau tolak macam tu je" Qaishar duduk disebelah Farha. Jauh sikit la.
"Jadi, Fairel tahu la pasal aku?" Farha menunjuk dirinya sendiri.
"Kau? Sedar Farha kau tu leader Queen susah nak korek pasal kau, budak Fairel pun tak lepas Farha, dia cuma tahu pasal kau dengan Shakeel je, pasal group dan lain lain tu, mana nak korek? Aku boleh je bagitau ikut mulut, tapi takde bukti, lagipun kau juga yang taknak orang kenal kau, jadi aku hormat lah keputusan kau tu" Qaishar memeluk tubuh. Soalan apa la yang Farha nak tanya lagi. Puas dia nak menjawab. Orang introvet memang macam ni.
Demi cinta hati yang mati, dia sanggup layan Farha walaupun Farha banyak songeh.
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Novela Juvenilʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...