Farha memasuki bilik Fairel. Gelap ye. Dia meraba raba. Kalau jatuh macam mana? Dah la gelap.
Bukk!
Farha terlanggar bucu katil.
Fairel hanya melihat tingkah laku Farha, dah kenapa isteri aku ni?
Farha masih berbaring di lantai. Tak nak bangun ke?
"Ish katil ni, kenapa tak bagitau yang kau ada dekat sini? Sakit tau badan aku" bebel Farha, dia mula bangkit.
"Kalau aku bagitau pun, kau langgar juga, sebab kau tak nampak" Usik Fairel.
"Fairel!! Tolong! Ada momok!" Fairel tergelak. Ada ada je.
Lampu bilik dibuka.
Farha terkejut. Sapa pulak buka lampu ni.
"Hai" Sapa Fairel.
"Ish! Kau ni, terkejut aku tau" Farha mencuba untuk cover macho.
"Eleh" Fairel berbaring semula. Lantak kau lah. Aku nak tido.
"Ish jangan la tido dulu! Tunggu la aku" Fairel mengangkat kening. Tunggu?
"Aku nak mandi, tapi takut la, teman" Pinta Farha.
"Ye la, aku teman" Fairel hanya akur.
Dia hanya menunggu Farha di atas katil. Err tolong jangan travel eh.
Farha turun menaiki lif, pagi pagi dah kena tinggal, bukan nak ajak pun.
Sesampai ditingkat bawah mata Farha tertumpu di meja makan. Apa pasal ramai ni.
"Dah siap dah?" Fairel menyarung coats dibadannya.
Farha mengangguk.
"Nak sarapan ke?" Farha menggeleng. Dia tak pernah sarapan.
"Nak aku hantar ke pergi office?"
"Ye la, kereta aku dekat kondo" Fairel mengangguk, lupa pula nak ambil kereta bini dekat kondo.
"Qaishar, nanti ambil kereta bini aku dekat kondo dia" Fairel mencampakkan kunci kereta milik Farha. Qaishar menyambut kunci tersebut. Kereta baru?
"Wokey"
"Jom, Harini aku ada mesyuarat untuk projek baru" Fairel menarik tangan Farha. Tau lah, tu projek aku juga.
"Nanti kalau tengah hari aku tak ambik, call Qaishar tau" Farha hanya akur. Farha mencium tangan Fairel. Sekilas Fairel mengucup dahi milik Farha.
"Bye sayang" Fairel melambai ke arah Farha. Farha membalas lambaian tersebut.
Selepas sahaja mesyuarat, Fairel menghilangkan diri, tak tahu pergi mana. Mereka berdua memang mesyuarat bersama tetapi Fairel tidak mengenali Farha, disebabkan Farha menukar pakaiannya.
"Sofi, I want to go home, if anything happens let me know" Sofi mengangguk. Dia tahu Farha bukanlah sejenis yang suka duduk office dari pagi sampai petang, dia masuk office pun kalau ada benda penting.
Seketika dia berfikir. Aku nak balik guna apa?
Nombor Fairel di telefon.
"hello"
"busy ke?"
"tak pe lah, aku suruh Qaishar ambil"
"okay bye, assalamualaikum"
Belum sempat menelefon si budak Qaishar, tiba tiba rerel muncul didepan mata.
'eh baby'
Qaishar membuka cermin kereta.
"Cepat la masuk, luar tu panas, nanti kau hitam" Farha menjeling.
Kaki mula masuk ke dalam kereta.
"Aku lapar" Farha memeluk tubuh.
"I know"
Radio dibuka. Nak karok boleh? Mesti lah boleh.
Spotify dibuka. Lagu Pesan by Irfan Haris diputarkan.
Dia menghayati lagu tersebut.
Sampai dibahagian kegemarannya.
"Nanti.. diakhir nafas ku, lihatlah ku buat kali yang terakhir, Doa, doakan lah aku, di saat aku menghadapnya.."
Masuk part chorus. Farha membuat tangannya menjadi mikrofon.
"Jaga dirimu, sayang ku... disaat ku bila tiada di sisi mu, semoga cinta kita kan bersama, di hatimu"
Suara Farha semakin rancak. Qaishar hanya mendengar.
"Jadikan aku yang terakhir, sampai nafasku terhenti di hujung waktu, saat ku kirim cinta, Yang abadi..." Lagu dihabiskan, sekali dengan airmata yang mengalir. Cepat cepat Farha lap air matanya.
Qaishar memandangnya. Broken pulak. Lantak awak lah.
______________________________________
YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Ficção Adolescenteʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...