"Wah, semat dho wedding kau" Ucap Farha. Areesa tertunduk malu.
"Eleh kau, malu malu lak, sepak kang" Marnisha membuat gaya penyepak nya.
"Tahniah eh, tak sangka lepas Farha kau, lepasni Mar pulak, aku je yang single" Ellyana mencebik, tu lah, dulu suruh kawin awal, tak nak. Kan dah single.
"Insyaallah ada tu jodoh kau, usaha lebih sikit" Areesa memberi kata kata yang berhikmah. Ellyana menjeling. Kau nak suruh aku usaha macam mana gila?
"Mana laki kau?" Farha seketika baru perasan. Mana suami aku?
"Err, dia tinggalkan aku ke?" Mereka bertiga hanya mengangkat bahu.
"Hai?" Sapa seorang perempuan yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Hehe.
Fairel memandang kearah perempuan tersebut. Pandangan yang menunjukkan Fairel tidak tertarik untuk berborak dengan perempuan itu.
"Err, sorry, My name is Najwa, what is your name?" Najwa memperkenalkan diri. Fairel hanya mengendahkan tindak tanduk Najwa. Apa masalah perempuan ni? Nama pun Najwa, ada hati nak berspeaking. Aku tendang kang.
"Hello?" Najwa melambai lambai di depan muka Fairel.
"Ye? Kau nak apa?" Dengan terpaksa dia berkata kata.
"Sombongnya, i nak kenal dengan you boleh?" Tanpa segan silu, Najwa memberi business cardnya. Fairel hanya memandang kosong terhadap kad itu. Tak de rasa nak ambil pun.
Tanpa perasaan malu, Najwa memegang tangan Fairel dan meletakkan kad itu pada tangan Fairel.
"Jumpa lagi, bye bye" Najwa berlalu pergi. Sempat dia membuat fliying kiss pada Fairel. Fairel menjeling. Kad yang ditangannya itu tadi dibuang ke lantai.
Tangannya yang dipegang oleh Najwa tadi di pandang jijik.
"Woi baby bucuk macam!" Farha bercekak pinggang apabila melihat Fairel. Penat aku cari, rupanya dia dekat sini.
Fairel menelan air liurnya. Dia nampak ke?
"Kau ni, aku ingatkan kau dah tinggalkan aku tadi, rupanya kat sini" Tanpa banyak cakap, Fairel memegang tangan Farha.
"Shut, jom balik, kau dah makan kan tadi?" Farha mengangguk.
"Dah kenyang?" Farha mengangguk. Sebab dah kenyang la dia cari Fairel.
"Jom balik, aku rasa macam panas la duduk dekat sini" Ujar Fairel. Panas dengan tindakan Najwa tadi. Serupa perempuan murahan.
Farha melihat disekeliling dewan itu. Dipenuhi oleh penghawa dingin. Panas? Asyumpah lah?
"Banyak dosa ni" kutuk Farha. Fairel hanya menjeling. Sempat mengutuk eh.
"Sayang" Panggil Fairel. Farha yang sedang memakai tali pinggang itu memandang kearah Fairel.
"Ye saya" Dengan sopannya dia bertutur.
"Andai lah, aku kena tinggalkan kau, selama beberapa tahun, tetapi bersebab, dan lepas beberapa tahu tu, aku balik semula, kau boleh terima aku balik tak? Ye la, aku kan dah tinggalkan kau selama beberapa tahun" Fairel memulakan pemanduan.
Farha memikirkan jawapan. Tiada sebab untuk dia tak terima lelaki itu balik. Dia pergi bersebab, bukannya sengaja.
"Kalau aku, aku boleh terima kau balik, lagipun kau suami aku, tapi beragak la sikit, bertahun tahun tu lama baby, kalau sekarang la kan, kau pergi dengan sebab tertentu, dan berjanji untuk kembali dalam beberapa tahun lagi, mungkin aku akan tunggu kau, tapi aku sedih lah, anak aku membesar tanpa seorang ayah, walaupun bukan hingga akhir hayat kau tinggalkan dia, tapi kau tak dapat tengok depan mata kau sendiri yang anak kau membesar, anak kau berjalan, anak kau bercakap, anak kau reti duduk, faham tak? Tapi jujur keberatan la, mungkin ambil masa untuk aku bersabar, dengan anaknya lagi, anak pertama pulak tu, tak rasa sedih ke? Anak pertama, tapi tak tengok anak sendiri membesar, bagi aku sedih lah, tapi aku akan terima kau balik, maksudnya terima lah kepulangan kau tu" jelas Farha.
Fairel terkedu. Betul, dia akan terlepas dengan scene yang penting itu. Tapi nak buat macam mana? Nak tak nak. Perlu juga.
Fairel mengusap lembut kepala Farha. Alhamdulillah isterinya berfikiran terbuka. Kalau jenis yang tak faham? Mampus.
"Kau betul nak tinggalkan aku ke?" Farha memandang kearah Fairel. Dia cuba mencari mata jejaka itu. Fairel memandang kearahnya.
"Bukan macam tu sayang, aku tanya je, tapi kalau betul aku perlu tinggalkan kau buat sementara? Macam mana?" Farha menundukkan kepalanya. Perutnya yang baru dua bulan itu diusap. Mummy redha sayang. Asalkan anak mummy ada disisi mummy waktu mummy sedih.
"Hey, sayang, look at me darling" pipi Farha di pegang lembut.
"Aku akan sentiasa ada dengan kau, walaupun bukan depan mata, ingat tu" Farha mengangguk. Tapi aku nak depan mata.
______________________________________

YOU ARE READING
His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©
Подростковая литератураʜɪꜱ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ᴠᴏʟ 1 Dijodohkan? Cliche Tapi itu yang terjadi kepada Farha dan Fairel. Mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka cuba untuk saling mencintai. Farha yang dulunya seorang gadis yang tidak menjaga kewajipan, kini berubah selepas kematian...