- 33

94 2 0
                                    

Qaishar tertunduk. Hanya batu nisan yang ditenung.

Farya masih setia didalam dukungan Qaishar. Bayi itu kelihatan nyenyak.

Cuaca sudahpun mendung. Air rintik hujan mulai turun. Bergegas Qaishar masuk kedalam kereta.

Seluruh ahli keluarga sudahpun beransur pulang.

"Assalamualaikum.." Qaishar meletakkan Farya didalam baby bouncer.

Qaishar melangkah ke dapur.

"Buat apa tu? Kenapa tak rehat?" Soal Qaishar apabila melihat Farha sedang sibuk di dapur.

"Aku dah okay lah" Farha sambung kegiatannya.

Setelah 4 bulan dirawat, akhirnya Farha sudah sembuh secara total. Kecederaan yang parah di kepala akibat hentakan yang terlampau kuat.

"Terima kasih tau, sebab gantikan aku pergi ziarah kubur Paklong tadi" Ucap Farha. Qaishar mengganaguk. Kalau tak, takde nya Qaishar pergi kubur orang Islam. Kalau diikutkan, tak elok kalau bawak baby, tapi nak buat macamana, Farya tu dikira gantikan ibunya, dan Qaishar hanya membawanya sahaja.

Ding! Dong!

"Assalamualaikum!"

"Pergi tengok kejap" Arah Farha kepada Qaishar. Dengan akur, Qaishar pergi untuk membuka pintu.

"Eh, Farhan.." Qaishar menjemput Farhan serta isterinya untuk masuk.

"Mana adik aku?" Soal Farhan

"Ada tu ha, dekat dapur, sibuk memasak" Farhan menyuruh isterinya untuk pergi ke dapur.

"Assalamualaikum Farha" Sapa Maya dari depan pintu dapur.

Farha menoleh.

"Eh, akak.. bila sampai" Tangannya dibasuh dahulu sebelum bersalaman dengan Maya.

"Baru je sampai, Farha sihat?"

"Alhamdulillah sihat, akak?" Soal Farha pula.

"Alhamdulillah, akak pun sihat" Maya tersenyum.

"Mari sini akak tolong" Maya mendekati meja dapur.

"Eh, tak pe kak, akak tetamu, lagipun dah nak siap masak ni" Farha menolak.

"Alah, takpe lah, tembikai ni nak kena potong eh? Biar akak potong kan" Belum sempat Farha menghalang, Maya sudah terlebih dahulu memegang pisau dan mula memotong tembikai itu.

"Kalau macam tu, yela.." Farha mula sambung pekerjaan nya.

Selesai makan, mereka berkumpul didepan televisyen untuk bersembang.

"Kak Maya dah berapa bulan?" Soal Farha.

Maya yang dari tadi sibuk bermain dengan tangan Farhan menoleh.

"Apa?" Farha tersenyum. Naik bersemut aku dekat sini.

"Baby dah berapa bulan?" Farha bertanya lagi sekali.

"Ouh, berapa bulan.. baru 3 bulan.. doakan ye Farha" Farha mengangguk.

"Farya dah 10 bulan eh?" Soal Farhan tiba tiba.

"Haah, nak masuk 11 bulan dah" Farya yang sedang bermain dengan Qaishar itu memandang. Dia berasa seperti dirinya dipanggil. Rambut halus Farha dielus.

"Esok korang nak pergi mana mana ke? Ada plan?" Soal Qaishar tiba tiba.

"Kalau esok takde, lusa baru ada plan, nak bawak korang pergi mandi manda dekat waterpark" Jelas Farhan.

"Ouh" Qaishar mengangguk. Masa yang tepat.

His Pretty Angel {Farha Qaleesa} ©Where stories live. Discover now