Bab 2

228 18 3
                                    



Lama mata mereka bersabung sebelum akhirnya lelaki di hadapannya mengalah. Melarikan pandangan ke mana sahaja asalkan bukan pada Damia. Damia masih diam langsung tak bersuara. Irisnya masih ralit menatap setiap inci wajah di hadapannya.

Patutlah sorok muka. Helok!

Orangnya berkulit cerah, hidung mancung dan bermata redup. Bibirnya nipis dan merah serta memiliki alis yang kemas. Juga jambang nipis yang dicukur elok. Setiap lekuk wajahnya membiaskan aura maskulin. Kacak!

Saat ini Damia sudah 90 peratus yakin yang lelaki di sebelahnya ini adalah Den Mikhael. Oh tuhan, takdir apa yang sedang Kau aturkan ini?

"Boleh tak saya tangkap dengan gambar encik?" Laju saja ayat itu meluncur dari ulas bibirnya. Semangat inner fangirlnya sudah meronta-ronta.

Salah satu senarai dalam forbidden bucket list Damia yang sudah ditulis berkurun lamanya. Dia mahu tangkap gambar bersama Den Mikhael, simpan untuk tayang kepada anak cucunya.

Terpacul soalan itu dari mulutnya. Jelas, soalannya mengundang kerutan di dahi lelaki itu.

"Hah?" Jika tadi lelaki itu tampil dengan wajah bersalah, kini mata redupnya memicing penuh curiga. Menikam tajam anak mata Damia yang penuh mengharap.

"Satu saja. One picture is enough." Tolonglah jawab ya. Damia sudah mula gugup.

Mata lelaki itu terus menikam wajahnya sebelum akhirnya dia pandang semula ke hadapan. Lelaki itu menjawab dengan tegasnya, "No."

Cis! Kedekut.

Lelaki di sebelah ini nampak sombong. Dengan wajah cemberut selepas sahaja Damia minta tangkap gambar bersama, lelaki ini langsung tak menoleh ke arahnya kembali.

Perlahan Damia tilik penampilannya. Berbanding gaya elegan dan sofistikated yang Den pamerkan di Instagramnya, lelaki ini jauh panggang dari api. Tersangatlah selekeh. Mujur saja wajah kacak macam artis dan badannya tegap macam abang polis evo.

"Sombong," decitnya perlahan.

Lelaki di sebelahnya mengeluh, "Saya bukan sombong, tapi suddenly taking picture with stranger deemed unreasonable to me. Cik tak rasa macam tu ke?" Kali ini badannya sudah berpusing menghadap Damia.

Damia tekup mulut. Macam mana boleh terlepas?

"Sorry," Damia ucap penuh sesal.

"Tapi saya tak anggap encik stranger pun." Den Mikhael memang bukan orang asing untuknya. Dia kenal lelaki itu. Buktinya, hanya melalui suara pun dia dapat cam Den Mikhael.

Lelaki itu semakin berkerut. "Do we know each other?"

Alamak! Bagaimana dia mahu terangkan yang dia kenal Den, tapi lelaki itu tak kenal dia. Manakan lelaki itu mahu kenal dia yang hanyalah ikan bilis dalam jutaan pengikut media sosialnya.

Sudahnya, Damia geleng. Lelaki itu mendengus sebelum akhirnya lelaki itu bersandar semula pada kerusinya. Matanya dipejam erat, tangan disilangkan memeluk tubuh. Beberapa kali dia lihat Den mencari ruang, menyorokkan tangan dalam celah ketiak.

Mungkin kesejukan. Damia pun perasan suhu pendingin hawa LRT itu agak rendah berbanding sediakala. Tambah pula, lelaki itu cuma memakai jersi berlengan pendek. Mana tak sejuk.

Muncul idea dalam otaknya. Baju sejuk pada badan ditanggalkan. Bukan niatnya mahu melindungi lelaki itu dari kesejukan sangat tapi dia punya agenda lain. Mahu lelaki ini perasan yang baju sejuk di tangannya adalah merchandise Den Mikhael. Pasti lelaki itu akan sedar yang Damia adalah peminatnya.

Senario yang sempurna untuk memastikan dia dinotice oleh penyanyi pujaannya.

Berdehem perlahan untuk menarik perhatian orang sebelah. Hujung baju sejuk itu dilibas perlahan pada lengan lelaki itu. Kelopak mata dibuka perlahan.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now